CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1300|Reply: 8

Berpuluh Tahun Depan Kamera, Fasha Sandha Masih Tuntut Ilmu Dengan Fauziah Nawi

[Copy link]
Post time 17-7-2022 10:46 PM | Show all posts |Read mode
Fasha Sandha tidak mendabik dada walaupun mnceburi bidang lakonan sejak usia belasan tahun.


Malah, kata aktres berusia 38 itu, sehingga ke hari ini dia masih menyertai kelas lakonan bagi memperkemaskan teknik lakonan daripada aktres Fauziah Nawi kerana percaya ilmu itu sangat penting.




IG Fauziah




"Sehingga ke hari ini saya masih lagi belajar dengan ibu (Fauziah Nawi) tentang teknik lakonan. Jika bercuti, saya akan ambil peluang menimba ilmu kerana percaya ilmu tidak pernah putus.


"Sebab itu juga saya yakin dan percaya perkara itu juga yang membawa saya di sini, hari ini. Belajar mengenai kawalan suara, cara untuk marah, menangis dan melontarkan dialog dengan jelas juga mempunyai ilmunya," katanya kepada mStar ketika Majlis Tayangan Episod Akhir Drama Dendam Seorang Isteri bersama peminat dan media di Panggung Asia, Kuala Lumpur pada Khamis.


Dalam pada itu, Fasha berkata, antara faktor dia mengekalkan kualiti dalam lakonannya adalah termasuk memberi fokus kepada satu projek dalam satu masa agar dapat memberikan hasil terbaik.




IG Fasha




Namun, dia menolak dakwaannya dia memilih watak demi mengekalkan nilai eksklusif ketika muncul di televisyen.


"Banyak kali saya dapat tawaran serentak, kadangkala empat atau lima produksi tawarkan dalam bulan sama. Tetapi saya akan pegang satu kerja dan akan fokus.


"Saya tidak setuju untuk buat dua kerja dalam satu masa sebab tidak boleh fokus. Saya percaya pada rezeki, daripada menyusahkan orang lain lebih baik kita berkorban dengan melakukan satu perkara sahaja. Itu lebih baik," jelasnya.


Sudah lama mengikut kelas lakonan, Fasha berkata, dia juga sering menasihati pelakon baharu agar tidak jemu mencari ilmu selain sentiasa menjaga disiplin dan bertanggungjawab dalam amanah diberikan.


"Saya memang terapkan disiplin dalam diri sejak remaja lagi. Dulu masa zaman sekolah, saya seorang pengawas.




IG Fasha




"Apabila jadi pelakon, saya percaya itu adalah resepi dan rahsia yang membawa saya ke tempat sekarang.


"Sebab itu juga saya sering pesan kepada pelakon baru agar jaga disiplin, rebut peluang menimba ilmu dan melunaskan tanggungjawab dengan baik," katanya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Baguslah still p belajar pi kelas.. Ko berlakon dah lama.. Disiplin mmg sgt2 bagus.. Cuma Kadang2 tu lakonan tu nampak fake, lagi2 kalau scene2 terkejut..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 06:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Igt dulu fenomena natasya. Siap kt bungkusan roti pun ada muka fasha
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 09:14 AM | Show all posts
aku suk fasha blakon.. mmg best.. moga terus sukses..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 10:12 AM | Show all posts
dia berlakon tak natural. nampak yg dia tengah berlakon.
adiknya si elisya tu best natural je bila berdialog.

so elok lah kau pergi kelas lakonan
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 10:55 AM | Show all posts
Menuntut ilmu tak ada penghujung, teruskan usaha & selamat maju jaya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2022 01:48 PM | Show all posts
Kaktusmati replied at 18-7-2022 10:12 AM
dia berlakon tak natural. nampak yg dia tengah berlakon.
adiknya si elisya tu best natural je bila b ...

haah, elisya lagi natural dalam cite nasi kerabu che abe tu.natural betul dia jadi anak mami.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 01:49 PM | Show all posts
Cokoro replied at 18-7-2022 06:01 AM
Igt dulu fenomena natasya. Siap kt bungkusan roti pun ada muka fasha

bukan tu je, masa tu majalah remaja banyak kali cover up muka pasha.iklan maybelinne, garnier, dia tapau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama Dendam sorg Isteri lakonan Nad Zainal lagi hidup dan berkerektor dari Fasha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.056977 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list