CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14776|Reply: 154

'Salah Ke Saya Bantu Wanita Dapat Tenaga Lebih?' - Tya Ariffin Sedih Keberkesanan Jamu Dipertikai

[Copy link]
Post time 15-7-2022 11:18 PM | Show all posts |Read mode
“Mengarut je (sahaja) jamu semua ni, aku dah cuba minum. Konon bertenaga sangat, bertambah lemah lagi ada lah! Pahit.”


Itu komen pengguna di aplikasi TikTok menerusi hantaran video dimuat naik pelakon dan usahawan Tya Arifin yang berkongsi dirinya masih muat mengenakan baju kebaya empat tahun lalu selain kekal bertenaga selepas bersalin anak kedua.


Menerusi video itu, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari, 28, berkongsi semua itu berkat amalan turun temurun dengan mengamalkan meminum jamu termasuk produk diusahakan iaitu jamu Mutyara.




IG Tya


Tya berkata, dia tidak pernah terasa hati dengan komen atau kritikan kerana percaya masih banyak yang memberikan maklum balas positif selepas menggunakan produk miliknya.


Tya berkata, dia tidak pernah terasa hati dengan komen atau kritikan kerana percaya masih banyak yang memberikan maklum balas positif selepas menggunakan produk miliknya.


“Rasanya tidak salah berkongsi apa yang saya buat dan amalkan. Sebab sebelum memulakan perniagaan ini pun ramai bertanya macam mana saya mengekalkan tubuh badan yang bertenaga sepanjang masa.


“Satu daripadanya adalah amalan meminum jamu. Itu sebab Mutyara ini dirumus dari resipi turun temurun keluarga saya di Indonesia dengan menggunakan bahan alami dan makanan sunnah.


“Sudah tentu saya juga ingin melihat keberkesanan kepada diri sendiri. Sebagai contoh, baju kebaya saya empat tahun lalu masih muat dipakai hari ini. Buktinya seperti yang dikongsikan dalam TikTok dan Instagram.


“Bukan itu saja, tahap kesihatan dan kecergasan tubuh juga baik biarpun sekarang sudah ada dua anak. Ditambah pula dengan komitmen kerja, kerjaya dan keluarga memang memerlukan tenaga yang banyak.


“Jadi, kalau ada yang kata tak kena minum jamu pada dirinya atau apa saja, mungkin dia menggunakan jamu lain. Saya faham di Malaysia ini ramai juga menyalahgunakan nama jamu dan mengeluarkan produk yang meragukan, tetapi di Indonesia, jamu ini sangat dipercayai dan minuman herba yang bagus untuk wanita. Disebabkan itu saya mengangkat kembali nama jamu dengan menghasilkan produk yang berkualiti tinggi,” katanya.


Pada masa sama, menantu tiri kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza itu mengakui sedih apabila terdapat komen yang mempertikaikan produk dihasilkan itu.




  



“Saya sedih baca komen itu yang mempertikaikan dan cakap jamu tak bagus. Kadang mereka yang komen tu, mereka tak minum pun jamu Mutyara. Seperti yang semua tahu, jamu ini dibuat bukan suka-suka, tapi sebab pengalaman saya sendiri.


“Saya buat Mutyara untuk wanita, sebab macam saya, saya  seorang isteri nak urus anak, selebriti dan menguruskan banyak perkara. Sama juga macam wanita lain yang sebenarnya ramai tak tahu tanggungjawab wanita sangat besar, nak kena bangun awal, tidur lambat, uruskan anak, uruskan pekerjaan, bisnes, semua ini perlukan tenaga fizikal dan emosi.




  



“Bagi saya ini adalah sesuatu yang saya perlu berikan dan sokong wanita. Wanita ini selalu ada masalah penat, lelah, letih dan lesu. Jadi kita sangat perlukan tenaga, jika tak  ada macam mana nak uruskan semua komitmen dalam kehidupan seharian kita?


“Adakah saya salah buat semua ini? Adakah salah nak bantu wanita dapat tenaga lebih? Ini lah sebenarnya perjuangan saya. Saya sedih kalau masih ada orang yang bersikap negatif dan tetap nak nampak perkara ini tak bagus. Mentaliti yang saling menjatuhkan,” katanya.




  





Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa tgk video tu asyik focus pd gigi dia je
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia mmg lawa kan. Rugi kawen dgn somi dia yg tembun tu. Sure tak 'kuad' hehe.

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan jamu ni berkesan kat wanita je? Bagilah serap gundu tu pun minum. Tokguru hang sekali bg minum. Entah buat kat mana jamu ni agaknya. Ada r&d kah? Sikit2 nak bantu nak kongsi rezeki padahal nak kayakan diri.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedara aku Tak makan jamu mutyara... Masih muat baju 17 tahun dulu alhamdulillah jaga anak urus rumahtangga, kerja..layan suami...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 12:04 AM | Show all posts
Tya Arifin yang berkongsi dirinya masih muat mengenakan baju kebaya empat tahun lalu selain kekal bertenaga selepas bersalin anak kedua.


ternyata jamu mu tidak berkesan pada mertua mu itu
anaknya juga dua
laki mu jua tidak berhasil ramping
malahan makin gundu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2022 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg marah ni doktor la tya. Ko pasarkan la kat indo sana bukan kat malaysia.
Btw ko sorang je kan dlm famili yg makan jamu tu.? Tokti and menantu perempuan lain makan tak? Mesti tak kan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Haah salahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
So kt indo laku tak jamu dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Sharp eyeliner dia..lawaoo
Tapi dia memang lawa lahh
Muka Indon yang lawa
Kulit glowing
Bab kurus tu aku tak cayalahh. Memang ko genetik kurus kecik kan
Pasal kurus2 lepas kaweni ramai isteri2 over claim perasan hebat
Padahal kebanyakan tu sebab genetik ko je
Macam aku la..berat masih sama sebelum kawin dengan beranak pinak. Tengok mak aku kurus bapak aku pun bukan genetik gemukkk
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 10:56 AM | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 15-7-2022 11:24 PM
Dia mmg lawa kan. Rugi kawen dgn somi dia yg tembun tu. Sure tak 'kuad' hehe.

tak kuat tak pa..tapi RM dia kuat....
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 11:13 AM | Show all posts
Saya faham di Malaysia ini ramai juga menyalahgunakan nama jamu dan mengeluarkan produk yang meragukan, tetapi di Indonesia, jamu ini sangat dipercayai dan minuman herba yang bagus untuk wanita.

So, kau ada jual tak jamu kau kat yindon sana? Yelah, kot-kot laku keras, makan untung dari dua negara lah, boleh tambah lagi setingkat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Jamu ni kena consistent... Selalu dr muda mkn, lagi ok. Dah tua2 br nak mula emphmmm

Dia ni sbb muda badan masih ok.. so advantage lah jual jamu. If pandai jaga mkn .. plus exercise mesti body cun sampai tua.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 11:35 AM | Show all posts
Jamu ni sangat sinonim dgn wanita Indonesia. Mereka minum jamu mcm minum kopi/teh. Tu sebab ada jamu gendong yg mudah dibeli di jalanan.  Gadis2 mereka sudah mengamalkan minum sejak dari mereka akil baligh dn pengambilan jamu ni berkesan berpanjangan.

Wanita M'sia tak ramai gemar dgn jamu2 ni. Jamu hanya diambil sewaktu dlm pantang bersalin.  Walaupun jamu ini ada khasiatnya untuk organ dalaman, namun bukan sesuai dgn semua orang.  Pahit memangla pahit, mana ada jamu yg manis?
Terpulanglah kpd penerimaan masing2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 11:45 AM | Show all posts
jamu memang la pahit amende lah netizen yang komen pahit tu. Namun iols pon rasa sangsi nak2 kalau ada bubuh gula berkilo2...produk ni tak tau lah sebab tak terfikir pun nak mencuba. Jamu yang mak meols buat kat kampung dulu tu pun meols tak lalu nak telan nyah
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 12:02 PM | Show all posts
jamu si km yg gentel kat rumah pun selera ornag beli ek

tp tu la tokti tak makan ke jamu menantu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tah la tya. sakit hati i bace psl korg sekeluarge kt thread ibu mertua mu. kalau berkesan sgt produk ni, ponder tayah koyak sebegini. mesti akan ade repeat customer.

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak tak tahu lah ye. Hari tu akak makan teeus keluar keputihan sampai sekarang ni. Tak pernah2 ada keputihan. Bila bgth seller dia xakao maybe x suai dengan badan. Senang je. Aku hadap gatal dan keputihan berbulan ni macam mana!!! Solusinya makan lagi sampai hilang. Matilanak oii
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 15-7-2022 11:24 PM
Dia mmg lawa kan. Rugi kawen dgn somi dia yg tembun tu. Sure tak 'kuad' hehe.

syg kan lawa gini pilih si kaki drama tu. rupe gini bole je tekel retis indon yg kaya kt sane
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makcun14 at 16-7-2022 12:26 PM

Aiyoh gigih pertahan kan jamu timbang kilo itew. Jamu yang yindon tu fresh  sama hari bancuh ngan makan dia..takde bahan yang diragui, jauh sekali beza negan jamu botol Tayar arifin  oii.
Sedih nasib hidup Si Tayar ni, ingatkan kawin anak orka Malaysia boleh idup senang Tai tai lifestyle akhirnya dikerah laki gundu bekerja.  Kalau dulu pilih blue blood konglomerat atasan Yindon mesti tak perlu buat kerja keras macam ni..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.156957 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list