Sudah hampir sembilan tahun pelakon Rita Rudaini menggalas tanggung jawab sebagai ayah dan ibu buat dua puteranya. Ketabahan dan kesungguhan aktres itu membesarkan anak-anaknya seorang diri membuatkan dia dikagumi ramai.
Dia menjadi salah seorang individu yang menjadi inspirasi kepada wanita lain yang turut sama melalui episod perkahwinan seperti dirinya. Bagi mereka, Rita adalah ibu tunggal yang wajar dijadikan contoh kerana anak-anaknya tidak hanya berjaya dalam akademik tetapi juga hal-hal berkaitan agama.
Prestasi akademik anak sulungnya turut membanggakan Rita apabila diterima masuk belajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan pada April lalu.
Menerusi sebuah hantaran baharu di Instagram, kata-kata yang disertakan dengan rakamn berkenaan nyata cukup menarik perhatian serta menyentuh hati netizen.
"Biar gagal menjadi isteri, yang penting tidak gagal menjadi seorang ibu," coretnya ringkas.
Video tersebut turut memaparkan koleksi gambarnya bersama anak-anak dari mereka kecil sehingga sekarang.
Untuk rekod, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan namun berpisah pada 2013.
Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11 tahun. - CARI
|