View: 2837|Reply: 25
|
Tangkapan Ikan Gergasi 16 Kaki, Penduduk Percaya Gempa Dahsyat Bakal Berlaku Tak Lama Lagi
[Copy link]
|
|
SANTIAGO, Chile – Sekumpulan nelayan di Chile berjaya menangkap seekor ikan gergasi sepanjang 4.8 meter (16 kaki) yang mencetuskan kebimbangan masyarakat setempat, lapor akhbar Daily Star UK.
Ini berikutan kepercayaan tahyul masyarakat tempatan bahawa gempa bumi akan berlaku selepas kemunculan ikan gergasi itu yang dikenali sebagai ikan dayung(oarfish).
Ikan itu ditangkap di luar pantai Chile dan orang awam yang tinggal di bandar Arica berpusu-pusu ke jeti untuk melihat haiwan ganjil tersebut.
Rakaman yang dikongsi di laman TikTok menunjukkan ikan yang panjang dan bertulang itu dicangkuk di kepala ketika pekerja-pekerja memindahkannya ke darat.
Foto: Jam Press
Ikan dayung yang juga digelar ‘King of the Herrings’ itu memiliki panjang hampir 5 meter.
Rakaman video itu mendapat 10 juta tanda suka. Namun ia turut menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan yang khuatir penemuannya adalah petanda gempa bumi dahsyat akan berlaku.
“Isunya sekarang ke mana kita akan melarikan diri jika bencana ini berlaku,” komen seorang pengguna media sosial.
Sesetengah orang juga percaya bahawa sesiapa yang menemui ikan dayung akan disumpah, manakala kemunculannya di dunia manusia adalah petanda buruk.
Ikan dayung hidup di laut dalam dan hanya kembali ke permukaan apabila sakit, hampir mati atau mahu membiak. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
bertaubatlah komee byk dah tanda kiamat |
|
|
|
|
|
|
|
Oarfish dikaitkan dengan bencana.
Ikan ni duduk laut dalam. Bila dia naik ke pesisiran teori kata dia lari dari sesuatu. Selalunya gempa la. Mula dari lautan, naik ke darat |
|
|
|
|
|
|
|
... Sampai 16.7 jika terjadi apa2 bencana sgt dasyat. Semoga jangkaan meleset. |
|
|
|
|
|
|
|
Di belah Asia pun ada tertangkap baru2 ni tapi nasib tak ada apa2 bencana melanda |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan dayung hidup di laut dalam dan hanya kembali ke permukaan apabila sakit, hampir mati atau mahu membiak
dh clear ni kan |
|
|
|
|
|
|
|
Laut ni luaskan?
Berapa jauh ikan tu perlu berenang nak lari dari gempa, macam dari Phuket ka Singapore?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengok gambo dalam laut nampak kecik je cm.ikan malong tu..
Tengok gambo kat atas neh...beso betul..
Nak.buat goreng pung cam ermmm je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti daging ikan ni liat…lenguh nak kokak kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 15-7-2022 04:42 PM
Iols takde kuali yang muat... maybe kena belah 1000 pcs..
Potong kecik2 je.kaka...
Buat mcm.ikan talang kering
Hahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
masyaallah
menakutkan rupa ikan tu
panjang bebenor
|
|
|
|
|
|
|
|
Menyeramkan rupaa ikan nie. Btw boleh makan kaa? besarr sangat niee. xmenyelerakan |
|
|
|
|
|
|
|
Ikan dayung hidup di laut dalam dan hanya kembali ke permukaan apabila sakit, hampir mati atau mahu membiak.
moge ikan ni naik ke permukaan sbb nk membiak je la |
|
|
|
|
|
|
|
ikan kan ade garis deria yg boleh kesan getaran air so , kalau perkaitan ikan yg mendiami habitat laut dalam dengan kejadian pergerakan gempa di laut maka ( gempa kan ade tenaga wave seismic wave ) , plausible juga, cume , yg tak pasti tu gempa kat laut setempat ke atau yg besar besaran macam Kat acheh tu kan? so pada i kalau sekoq ikan tu macam hmmm..low probability tapi kalau 23 ekoq tu i think buke mate lah jugak kot...and takkan ikan specis tu aje yg akan lari ke kawasan yg kurang getaran kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kita sama-sama bersedia untuk menghadapi segala mungkin bencana |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf: ikan kan ade garis deria yg boleh kesan getaran air so , kalau perkaitan ikan yg mendiami habitat laut dalam dengan kejadian pergerakan gempa di laut ...
macam kes Tsunami acheh dulu ya. beberapa ketika sebelum bencana haiwan2 semua dah semacam tak betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
sama ada gempa atau makanan dia dah habis akibat pemanasan global. |
|
|
|
|
|
|
| |
|