Sumber IG
Kemelut rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan suaminya yang juga seorang pengarah, Syamsul Yusof masih belum berkesudahan namun masalah itu sama sekali tidak menjejaskan hubungan baik antara aktres itu dengan ibu mentuanya.
Menerusi hantaran baharu di Instagram Datin Fatimah Ismail, isteri kepada pengarah dan penerbit Datuk Yusof Haslam itu memuat naik sekeping gambarnya sedang meluangkan masa makan bersama Puteri Sarah.
"Lunch bersama menantu saya, isteri Shamsul Yusof. Alhamdulillah," tulisnya ringkas.
Sementara itu, di ruangan komen Puteri Sarah turut membalas hantaran berkenaan meluahkan rasa sayangnya kepada ibu mentuanya itu.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada netizen yang rata-rata memuji hubungan menantu dan mentua masih baik walaupun rumah tangga Puteri Sarah dilanda badai.
Tidak kurang juga ada yang beranggapan keterangan gambar yang ditulis oleh Fatimah secara tidak langsung ditujukan kepada individu yang merosakkan keharmonian rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul.
Warga maya turut meluahkan rasa lega dan gembira kerana Puteri Sarah mendapat sokongan moral daripada keluarga mentuanya.
|