CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1047|Reply: 6

Wanita Cabut Nombor Plat, Tahan MPV Daripada Bergerak Di Linkedua

[Copy link]
Post time 13-7-2022 04:53 PM | Show all posts |Read mode
Rakaman video memaparkan seorang wanita berdiri di hadapan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menahannya daripada bergerak di Linkedua mengubungkan Malaysia dan Singapura.


Insiden itu yang antara lain dikongsikan di laman Facebook SG Road Vigilante dikatakan berlaku pada Sabtu, berhampiran Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar di Iskandar Puteri, Johor.


Kesesakan di kawasan itu tidak menghalang ‘drama’ berkenaan daripada terus berlaku dengan wanita itu dilihat cuba ‘menolak’ MPV hitam terbabit di atas jalan raya.


Foto: FB




Tidak hanya menolak MPV itu, Mothership.sg melaporkan, wanita itu turut mencabut nombor plat kenderaan berkenaan dan membalingnya.


Beberapa saat selepas itu, ketika wanita itu beredar, seorang lelaki muncul dari sebuah kereta berwarna merah dengan nombor pendaftaran Singapura.


Lelaki itu berlari ke arah kereta MPV tersebut, bukan untuk membantu meleraikan kekecohan, sebaliknya menunjukkan isyarat lucah kepada pemandunya.


Wanita itu dilihat menahan lelaki berkenaan daripada terus mara dan mereka kemudian kembali ke kereta mereka apabila pemandu MPV terbabit keluar dari kenderaannya untuk mengambil nombor plat yang dicampak.


Insiden itu juga menjadi bahan ketawa netizen yang berkongsikan video wanita itu seolah-olah sama seperti aksi Spider-Man menahan kereta api dalam filem itu sebelum ini.


Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, polis sedang mengesan suspek kes itu yang diklasifikasi sebagai khianat.


Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan pengadu telah bergesel dengan kereta dipandu dua suspek terbabit.


“Ketika kejadian, mangsa yang menaiki sebuah MPV jenis Toyota Alphard mengubah laluan ke kanan dan telah bergesel dengan sebuah kereta jenis KIA yang dinaiki dua suspek dari arah kanan.


“Suspek telah berhentikan kenderaan sebelum seorang lelaki dan seorang perempuan kemudiannya turun dari kenderaan terbabit. Suspek lelaki kemudian bertindak menjerit dan mengeluarkan perkataan serta menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa.


“Sementara itu suspek perempuan bertindak mencabut nombor pendaftaran kereta mangsa dan mencampak nombor pendaftaran itu ke arah cermin hadapan kereta mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.


“Kes di siasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat,” katanya. -CARI


Sumber: Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 05:04 PM | Show all posts
Feeling deva ju lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lembabnya..x tahan lagi ke...road bully tu..ahso khabarnya dr negara jamaica tp pr singapore.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahso ni mau kemurungan vid dan pic dia org dh bt lawak jenaka jaa hahaha yg x menahan tu siap ckp wanita hidung kembang haha
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 08:33 AM | Show all posts
jalfa replied at 13-7-2022 05:15 PM
Lembabnya..x tahan lagi ke...road bully tu..ahso khabarnya dr negara jamaica tp pr singapore.

elok delete terus kerakyatan nya. banned masuk msia.
mohon mereput di negara jiran selamanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2022 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 4047 Replies : 179
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 38716 Replies : 84

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.052607 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list