View: 4661|Reply: 34
|
'Siapa Nampak Isniwati, Tolong DM Ya' - Giliran Bibik Elyana Pula Buat Hal
[Copy link]
|
|
Penyanyi Elyana tidak menyangka apabila pembantu rumahnya yang sudah berkhidmat dengannya selama tiga tahun melarikan diri tanpa sebab sejak seminggu lalu.
Penyanyi Elyana, 35, menerusi Instastory memohon jasa baik orang ramai untuk mengesan pembantu rumahnya yang melarikan diri tanpa sebab sejak seminggu lalu.
IG Story Elyana
Dia juga meluahkan rasa kecewa apabila pembantu rumahnya yang dikenali sebagai Isniwati dan sudah berkhidmat dengannya selama tiga tahun sanggup berbuat demikian sedangkan dia memiliki perwatakan yang sangat baik, malah sentiasa bertelekung di rumah.
Menerusi hantaran yang dimuat naik Elyana dalam InstaStory miliknya, pelantun lagu Niat itu meminta orang ramai supaya membantunya mengesan pembantu rumah berasal dari Lombok, Indonesia itu yang disifatkan sebagai ‘akal panjang’.
“Di rumah bertelekung sampai kita nak minta tolong buat kerja pun jadi serba salah,” tulis Elyana.
Dalam perkongsian itu juga, Elyana atau nama lengkapnya Erneelya Elyana Emrizal turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediamannya yang menunjukkan detik pembantu rumah terbabit melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan berwarna hitam pada waktu malam.
Suaminya, Khairul Anuar Husin ketika dihubungi Kosmo! memberitahu, dia telah mendapatkan khidmat pembantu rumah melalui ejen sejak tiga tahun lalu.
Kata Khairul lagi, dia bersyukur apabila pembantu rumah itu tidak melakukan jenayah lebih berat seperti mencuri atau membawa lari bersama barang-barang berharga ketika keluar dari rumahnya.
“Setakat ini tidak ada lagi barang-barang yang hilang,” katanya ringkas.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Mademoisellee replied at 11-7-2022 12:42 AM
Takde siapa nak komen ke
Sebab tak nampak apa gosipnya di sini |
|
|
|
|
|
|
|
oggy replied at 11-7-2022 12:44 AM
Sebab tak nampak apa gosipnya di sini
Paham.
Btw kan chuols, petang tadi I ada tgk live ig dia.
She looks very depressed.
Nampak mcm lost gila, hilang arah. Iols tak sanggup nak mention apa yg dia mention kat ig live tu sbb melibatkan family.
Ada satu part tu dia mcm campak phone atas meja pastu ada someone mcm Cuba nak off live dia tapi dia tak bagi and dia cakap "biar, aku nak satu Malaysia tahu"
|
|
|
|
|
|
|
|
Mademoisellee replied at 11-7-2022 12:50 AM
Paham.
Btw kan chuols, petang tadi I ada tgk live ig dia.
Pastu iols ingat dia moody pasal maid lari, dia ada la juga mention pasal maid, minta tolong semua cari maid dia, then dia cakap ni bukan pasal maid je. Banyak lagi la dia bebel, which too sensitive to talk about.
Nampak mcm dia penat dgn life dia. Entah la. Iols ni bukan la alim or baik pun tapi kalau iols jadi dia, iols off semua social media, bawa diri, and cari makna hidup yg sebenar. Cuba utk accept the truth walaupun sakit. Itulah lumrah dunia. Dunia bukan tempat utk bertenang, tapi tempat ujian. Nak tenang tu nanti kat Akhirat sana. Pandai2 la cari bekalan utk tenang kat sana. Dunia mmg penat. |
|
|
|
|
|
|
|
“Di rumah bertelekung sampai kita nak minta tolong buat kerja pun jadi serba salah,”
lerr... majikan pulak jd takut mintak bibik yg digajikan utk buat kerja |
|
|
|
|
|
|
|
elyana merempan ke ? psal ap plak
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa bertelekung dlm rmh
Ssh lah nk buat keje
Kadang2 pelik org kite nie
Dah di gaji jgn la bg muka
Keje tu bg je la. Die nk bertelekung ke ape hal die
Jgn bogel dah la
Bile terlampau baik jadi mcmnie la |
|
|
|
|
|
|
|
Mademoisellee replied at 11-7-2022 12:50 AM
Paham.
Btw kan chuols, petang tadi I ada tgk live ig dia.
Ape die u die ckp
Curiousityyy plk i nie
Sbb xde follow die
Adekah die penat kesan rawatan cancer die |
|
|
|
|
|
|
|
Mademoisellee replied at 11-7-2022 12:50 AM
Paham.
Btw kan chuols, petang tadi I ada tgk live ig dia.
Cer citer chuols cer citerr. Iols pergi ig elyana bermangga la puler. |
|
|
|
|
|
|
|
Mademoisellee replied at 11-7-2022 12:50 AM
Paham.
Btw kan chuols, petang tadi I ada tgk live ig dia.
Alang2 tu baik u cerita je apa yg dia share pasal family yg depressed sgt tu |
|
|
|
|
|
|
|
Mademoisellee replied at 11-7-2022 01:00 AM
Pastu iols ingat dia moody pasal maid lari, dia ada la juga mention pasal maid, minta tolong semua ...
hal apa lagi yg lain chuols, nk tahu jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 11-7-2022 01:20 AM
elyana merempan ke ? psal ap plak
Pasal banyak benda, basically pasal life dia |
|
|
|
|
|
|
|
hangdenim replied at 11-7-2022 03:42 AM
Cer citer chuols cer citerr. Iols pergi ig elyana bermangga la puler.
Kat ig dia takde apa2 pun, live petang semalam pun dia tak save. Dia banyak cerita pasal takde support dari orang sekeliling, pastu dia nangis, bukan nangis teresak, nangis yg cuba nak tahan tapi jatuh gak air mata |
|
|
|
|
|
|
|
Baca kt mstar ,elyana meluah pasal org terdekat dia. Tah la die ni. Die perli shuben die ke.. aku buat andaian je ni... |
|
|
|
|
|
|
|
missyL replied at 11-7-2022 02:02 AM
Ape die u die ckp
Curiousityyy plk i nie
Dia takde mention pasal tu pun, dia byk cakap pasal takde support dari org sekeliling. Dia kata dia berusaha untuk terus hidup tapi apa dia dapat? Pastu dia tanya semua orang hidup ni untuk apa sebenarnya tapi dia taknak jawapan related to agama. Bagi I kalau tanpa agama, hidup ni nothing tu je.
But yela jawapan I tu salah untuk org yg mengalami depression. I'm not an expert. So yea harap dia jumpa expert la kalau nak dapat jawapan |
|
|
|
|
|
|
|
Diamje replied at 11-7-2022 09:07 AM
Baca kt mstar ,elyana meluah pasal org terdekat dia. Tah la die ni. Die perli shuben die ke.. aku bu ...
Based on live ig dia petang semalam, dia takde mention pasal husband dia langsung, dia just mention pasal family dia. Siapa tu iols taknak go details. Basically, family. Tapi bukan sorang dua, ramai. Tu apa yg dia mention semalam la |
|
|
|
|
|
|
|
Iols ingat lagi last year dia ada upload story gelap, tapi ada suara dia menjerit kuat gila sambil nangis. Tak ingat iols ada screenrecord ke tak. Waktu tu aman2 je, media langsung tak cover pasal dia. Dia aman2 je meluah itu ini kat ig. |
|
|
|
|
|
|
| |
|