Kredit foto: IG
"Dia bukan meroyan tapi dia mempertahankan diri dia sendiri."
Isteri kepada pelakon Nazrief Nazri, Aizatul Aqma tampil mempertahankan Puteri Sarah mendedahkan dia pernah menyarankan aktres itu supaya menyaman pihak ketiga yang menggangu rumah tangganya.
Kredit foto: IG
Pendedahannya itu dibuat selepas melihat video tular memaparkan suami Puteri Sarah, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof bersama bapa Ira Kazar di sebuah kedai emas.
Kredit foto: TikTok
Dia bagaimanapun terkejut apabila Puteri Sarah menolak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira kerana memikirkan masalah kewangan bakal dihadapi keluarga kepada pengganggu hidup rumah tangganya.
"Aku bukan tak nak saman, tapi nanti aku saman siapa nak bayar.
"erempuan tu tak kerja, tambahan pula bapa dia ada penyakit. Kalau orang tua tu sakit tak boleh nak kerja, siapa nak tanggung famili dia?" jawab Puteri Sarah apabila ditanya kenapa enggan menyaman Ira suatu ketika dahulu.
Aizatul juga menyifatkan Puteri Sarah seorang yang sangat baik kerana 'tak pandai buat jahat dekat orang lain', sebaliknya dia memilih untuk menjaga hati orang.
Kredit foto: IG/Murai
Di penghujung perkongsiannya, model itu mendoakan kebahagiaan buat Puteri Sarah.
Aizatul juga memaklumkan dia pernah diserang Ira yang berselindung di sebalik akaun palsu.
Kredit foto: IG
Nanti muncul lah tu fake account menghamburkan kecaman terhadap pembela Puteri Sarah. - CARI |