BAB 2
“Eh!Gua ni perompak lu tahu.Perompak!Bukannya bai jualkarpet.Lu tak takut sama gua ke hah?Boleh lu buat muka selamba badak macam nidepan gua”.
Kus semangat..aku ingat tadi dia nak toreh pisau belit tukat muka aku.
“Takut?Buat apa aku nak takut sama kau?Sebelum kau rompakaku,aku dah terlebih dahulu kena rompak dengan orang lain.Setakat muka kau yangmacam penjual air cendol depan rumah aku ni,aku tak hairanlah..”
Yap!Itu kebenarannya.Sebelum aku berjumpa dengan lelakini,aku sudah pun dirompak oleh hamba Allah yang lain.Habis semua duit simpananaku dikebas.Yang ditinggalkan,hanyalah not seringgit.Itu pun mungkin perompakitu tinggalkan sebab kesian tengok aku.Mungkin..
Lelaki tersebut membuntangkan biji matanya.Dia pandangaku,sebelum menjatuhkan pandangannya pada beg pakaian aku yang berada di tepikaki.
“Lu dah kena rompak ke?”.
Aku angguk kepala.
“Bila?”.
“Setengah jam tadi.Sebelum aku lalu lorong ni”jelas aku,tidak bersemangat.
“Itulah lu..Lu tahu tak?Ni KL.Kejahatan lelaki.Dekat sinimemang banyak orang yang jahat-jahat”.
“Macam kaulah..?”soal aku sinis.
“Gua tak adalah jahat sangat macam diaorang tu.Nah!Lu ambikbaliklah beg sandang lu ni.Harap beg sandang aje yang besar,duitnya cumaseringgit.Banyak lagi duit gua”.
“Kalau duit banyak pun,haram nak buat apa”perli akuselamba.Beg sandang yang dihulurkan aku capai.Huhuhu..ringan betul beg aku.
“Lu lari dari rumah yea?”soalnya lagi.Aku terdiam sejenak.
“Muka aku ada nampak macam muka lari dari rumah ke?”.
Dia pula terdiam.Kotak rokok dikeluarkan daripadapoketnya.Rokok diambilnya sebatang,sebelum menyalakan dengan lighter.Akumemandang dengan penuh meluat.Meluat melihat ketenangan dirinya ketikamenghembus asap rokok tersebut.
“Gua nampak muka lu macam lari dari rumah”.
“Memang aku lari dari rumah pun”ucap aku lalu terusmengangkat beg pakaian.
“Lu nak pergi mana ni?”jerit dia kuat,mematikan langkah aku.
“Kenapa?”soal aku.
“Yelah..gua saja tanya.Lu nampak muka macam budakkampung.Lepas tu,dahlah lari daripada rumah.Konfem pertama kali datang KL nikan?Dengan duit seringgit,lu nak pergi mana?”.
Aku terdiam.Tidak tahu untuk berkata apa.Betul kata dia.Manaaku nak pergi?Aku bukannya ada sape-sape pun dekat KL ni.
Lelaki tersebut mengeluh melihat reaksi aku yang kelu itu.
“Jomlah!Lu ikut gua.Gua kasi perlindungan dekat lu.Lu nakmerayau sorang-sorang dekat KL ni bahaya.Ikut gua okey”ajaknya.
Aku kerut dahi.Lelaki tersebut aku pandang ke atas dan kebawah.Boleh percaya ke ni?
“Kenapa?Lu tak percaya sama gua?”soalnya.
Aku angguk kepala.Lelaki tersebut ketawa.
“Lu ni memang jujurlah.Gua tak buat apa-apa dekat lu.Guacuma kesian aje.Lu nak ikut ke tak ni?”soalnya sekali lagi.
Aku berfikir-fikir.Nak ikut ke tak?Gaya lelaki ni NAMPAKmacam baik.Mungkin dia boleh dipercayai.Mungkin juga tak.Apa-apa pun,tawakalsudahlah.Tapi buatnya kalau dia ada niat tak baik,nampaknya esok pagi mesti nama aku keluar dekat surat akhbar Metro muka depan.
"Kalau lu tak nak,tak apa.Gua tak kisah.Gua cuma kesian je"Ren pandang aku tenang.
Aku gigit bibir bawah.Nak ke tak nak?Kalau aku tak ikut dia,mana aku nak pergi?Rumah anak-anak yatim?Gi-la!Balai polis?Apa aku nak cakap?Encik..saya lari dari rumah.Tumpang tidur sini boleh?Mahunya aku kena hantar balik ke rumah.Ke nak tidur dekat hotel.Jangan mengarut.Aku mana ada duit.Seringgit adelah.
"Nak ke tak nak.Penat betullah gua tunggu lu ni".
"Err..kau ni bukan perogol bersiri kan?"soalku teragak-agak.
Dia terkejut barangkali dengan soalan aku.
"Bukan bapak ayam kan?"
Dia pandang aku dengan pandangan tak percaya.Malah,makin berkerut dahi dia.
"Bukan pembunuh upahan kan?"soalku lagi.
"Lu banyak sangat tengok Gerak Khas ni"Dia senyum sinis.
Aku angguk kepala,lurus.Dia mengaru kepalanya.
"Gua tak buatlah kerja jahat peringkat bahaya macam tu.Dah!Lu jangan nak fikir yang bukan-bukan."
Aku diam.Boleh percaya ke tidak dia ni.
“Jom!Ikut gua.Nama gua Azren.Tapi,lu boleh panggil guaRen.Lu?”soalnya.
“Salha”jawab aku pendek.
aerolit_gurlz ^-^ |