Sebarang persembahan membabitkan penyanyi nombor satu tanah air pasti mendapat perhatian ramai. Apatah lagi jika bergandingan dengan penyanyi lain yang juga berbakat besar.
Kredit foto: IG
Terbaru, persembahan duet Datuk Seri siti Nurhaliza dan Aina Abdul di pentas akhir Big Stage 2022 pastinya menjadi buah mulut ramai terutama di media sosial.
Pada malam itu, Siti membawakan lagu ‘Semalam’ milik Aina manakala penyanyi muda itu mempersembahkan lagu hit penyanyi tersohor berkenaan, ‘Purnama Merindu’.
Mana tidaknya, kedua-kedua penyanyi ini terkenzl mempunyai vokal yang mantap.
Namun, ada suara sumbang yang membanding-bandingkan kualiti nyanyian mereka terutama pada nada suara.
Siti ketika ditemui mStar menjelaskan dia menyanyikan lagu milik Aina itu mengikut cara dan kemampuannya.
“Semestinya suara dia tinggi dan saya tak perlu pergi ke arah itu, tak perlu menjerit.
“Saya lebih kepada menyanyi dengan cara yang relaks dan semampunya serta sedap didengari.
Kredit foto: IG
“Saya rearrange susunan lagu itu mengikut kesesuaian dan kemampuan saya.
“Aina juga menyampaikan lagu saya dengan sangat bagus. Waktu pilih lagu ini saya tahu dia boleh bawa dengan baik.
“Kalau peminat suka, semestinya saya pun gembira,” jelasnya kepada mStar.
|