CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2421|Reply: 20

Kontroversi Dituduh Curang Langsung Tak Jejaskan Syazuwan Hassan

[Copy link]
Post time 17-2-2022 10:35 AM | Show all posts |Read mode
Selepas terpalit dengan kontroversi melibatkan hubungan cintanya bersama bekas kekasih yang dikatakan berakhir disebabkan orang ketiga, pelakon, Syazuwan Hassan mendedahkan dirinya kini lebih selesa untuk tidak terlalu terbuka mengenai kisah peribadinya.


Menurut Syazuwan, dia sebenarnya sudah lama mempraktikkan cara tersebut sejak mula-mula bergelar anak seni.




Foto: IG




“Bila dah terpalit dengan isu-isu sebegini, saya lebih memilih untuk tidak berkongsi hal-hal peribadi melibatkan diri saya kepada umum. Malah, perkara seperti ini memang sudah lama saya praktikkan.


“Biarlah saya sendiri yang tahu daripada berkongsi kepada orang ramai. Saya masih lagi mengekalkan pendirian yang sama,” katanya kepada MH.


Syazuwan berkata sedemikian ketika ditemui media di majlis tayangan perdana filem, The Disappearance Of Irdina Adjwa yang berlangsung di GSC, Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Rabu.




  



Ketika bekas kekasihnya dikatakan lebih terbuka mengenai masalah perhubungan yang dialami oleh mereka dahulu, Syazuwan memberitahu, setiap orang mempunyai hak mereka yang tersendiri.


“Bagi saya, tak mengapalah sekiranya pihak di sana mahu berbuat sedemikian. Mungkin ini merupakan perkara biasa.


“Lagipun, kita tak boleh nak kawal atau halang apa yang orang lain nak perkatakan. Itu semua merupakan pilihan peribadi,” kongsinya lagi.




  



Langsung ditanya adakah kontroversi ini sedikit sebanyak menjejaskan kerjayanya sebagai seorang pelakon, bintang berusia 31 tahun ini percaya setiap yang berlaku itu, pasti ada hikmahnya.


“Dari segi kerjaya, alhamdulilah, segalanya berjalan seperti biasa. Tapi saya ada juga menerima banyak ‘direct message’ daripada orang-orang yang tak tahu kisah sebenar.


“Mereka hanya menilai daripada apa yang mereka baca tanpa mengambil kira cerita kedua-dua belah pihak. Tapi saya anggap itu lumrah sebagai anak seni. Saya tiada masalah pun dengan perkara sedemikian.




  



“Nak kata kontroversi ini sedikit sebanyak menjejaskan kerja saya dari segi tawaran kerja, Alhamdulillah setakat ini tiada. Sebaliknya masa isu itu terjadi, makin ramai yang hubungi saya untuk tawaran kerja, akhirinya.


Dalam perkembangan lain, Syazuwan mengakui dirinya berasa amat teruja selepas diberikan kepercayaan untuk membawakan watak antagonis di dalam filem pertamanya itu.


  



  



Selain Syazuwan, The Disappearance Of Irdina Adjwa turut dibintangi pelakon-pelakon hebat lain antaranya, Alicia Amin, Nelissa Nizam, Josiah Hogan dan ramai lagi.


Filem ini bakal ditayangkan di saluran Astro Ria First bermula 24 Februari ini. -CARI


Sumber: Media Hiburan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 10:45 AM | Show all posts
siapa ni whoareyusss dik?? berbirat semacam jek... ada leak tak? takde leak tak kuasek nak layan gossip whoareyus.
btw, pelakon jantan sekarang muka template dekat nak sama eh macam Hun Pancut Haqem, Anak Riduan Tee tu, etc etc, style pun dekat nak sama, kalau sorang muka remy sahak, semua nak muka cam dia, dah macam industri korea pulak dah.. yang jantan lain2 muka macam dulu tak ramai dah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:05 PM | Show all posts
muka mcm playboy je walau pon takdela hensem mane
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 01:50 PM | Show all posts
ok satu soalan... Who are youss..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Syazuwan ni lebih dulu berlakon dr hun haqeem dn ank riduan tee. Drama dia krg laku rsnya. Lakonan not bad.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Belum cukup pemes utk warga cari kesahkan.. #whoareyussss
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2022 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yuuu r whossss.... Eeee muka gini pun nak curang ke... Tapi acik2 semua tak heran pun kalau curang sebab kalau curang pun dengan cikki2 wajah animal planet jua... Setara gittew....

Lain la rhoper macam jho low tu tapi dapat miranda kerr lepastu curang pulak dengan barbara palvin... Yang tu baru orang heran kalau rhoper haus2 nan gini, orang kalih tengok animal planet je nyah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 02:00 PM | Show all posts
Heols ni meols kenal.... blakon citer Sein Luna, Cinta Fantamorgana (meols terpaksa layan time2 kobid dulu). Muka bole tahan, blakon pun ok. Dah lama dalam industri, tapi ntah la knape heols takleh nak popular.

Daripade si Hafreez Adam, Redza Rosli tu sumer, helok lagi heols ni. Tapi tu la... hero2 sekarang tak capai gred lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
fair_iza replied at 17-2-2022 01:50 PM
Syazuwan ni lebih dulu berlakon dr hun haqeem dn ank riduan tee. Drama dia krg laku rsnya. Lakonan n ...

dia ni berlakon pun watak extra je. drama pun kebanyakkan slot2 rtm n tv9. mana mahu nk pemesss
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
deebiz14 replied at 17-2-2022 02:00 PM
Heols ni meols kenal.... blakon citer Sein Luna, Cinta Fantamorgana (meols terpaksa layan time2 kobi ...

Betul tu saya setuju
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 03:41 PM | Show all posts
muka ensem berlakon pun ok tapi tak femes sbb klu kat luar gaya rempit kot.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok je dia ni berlakon. Xkayu pun. Pastu tinggi elok xdela katik. Nth kenapa beku sikit
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 09:03 PM | Show all posts
bukan ke heshe pernah jadi dambaan acik2 porem sekejap suatu ketika dulu? namun idokle tular seantero porem hingga acik2 porem pecah ovari yach. Heshe tasty jah sis, cuma macam plain dan membosankan gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mamat ni tigggi
tul….aiman tu rendah sket je dr dia…..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 09:32 PM | Show all posts
Jap, die ni ialah siapa?
Jangankan kontroversi curang, nama pun haku x kenal
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jejaskan mende dah memang frozen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada rupa jgklah..n dia tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 03:23 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 17-2-2022 01:52 PM
Yuuu r whossss.... Eeee muka gini pun nak curang ke... Tapi acik2 semua tak heran pun kalau curang s ...

Mohtip kakadude xkenal heols??? Heols famous sblm hun lg. Cerita apa i x ingat pulak. Tp berbakat la dia ni dlm lakonan. Masa awal2 dulu dambaan acik porem jugak la tp bukan taste iols
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 03:30 AM From the mobile phone | Show all posts
dia banyak berlakon bawah a. aida & sis dulu. kezzah dia dengan ex tak ingat sangat. break sebab cinlok ke hapa tah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Walau tak kenal dan taktau isu kontroversi tu iols cuma nk ckp suka tgk kaki awak sbb panjang.
Org2 tinggi kaki pnjang mmg menyedapkan mata yg memandang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.071803 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list