CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1812|Reply: 23

Bertungkus Lumus Kemas Rumah Macam Nak Sambut 'Tetamu' Sebelum Mati Lemas

[Copy link]
Post time 17-2-2022 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Sabak Bernam: Seorang remaja lelaki yang ditemukan lemas di Air Terjun Batu Berangkai, Kampar, Perak, dikatakan sempat mengemas rumah keluarganya di Kampung Parit Baru di sini.


Kelakuan pelik Allahyarham Muhammad Amirul Hafidz Ma’asor, 20, itu disedari ahli keluarganya yang dianggap menjadi petanda awal pemergiannya dalam tragedi tersebut.


Kakak mangsa, Siti Suzelawati, 38, berkata, Allahyarham dilihat bertungkus-lumus mengemas rumah berkenaan seolah-olah mahu menyambut kehadiran ‘tetamu’.


Foto: JBPM Perak




Katanya, arwah adiknya itu kebiasaannya tidak mengambil peduli sekiranya diminta mela­kukan demikian sebelum ini.


“Namun, semalam kelakuannya dilihat agak pelik seperti ada tetamu yang ingin datang ke rumah kami. Kami tidak menyangka rupa-rupanya akan menyambut kepulangan jenazah arwah adik buat kali terakhir,” katanya ketika ditemui di kediaman ibunya itu, petang semalam.


Semalam, Utusan Online melaporkan kegembiraan empat sekawan mandi di air terjun itu berakhir tragedi apabila dua daripada mereka ditemukan mati lemas.


Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mayat Muhammad Amirul Hafidz ditemukan hampir sejam selepas mayat rakannya, Muhammad Fikri Adam Azmi, 20, dibawa naik oleh orang awam.


Difahamkan, kedua-dua mangsa datang ke lokasi berkenaan bersama dua rakan mereka dari Sabak Bernam untuk mandi sebelum seorang daripada mereka dilihat terkapai-kapai di tengah lubuk.


Jelas Siti Suzelawati, Allahyarham turut sempat memohon maaf kepada ibunya, Normah Sharif, 59, sebelum kejadian itu.


“Arwah sempat memeluk dan menciumnya sambil meminta ibu mengampunkan segala dosanya sebelum bertolak ke Perak. Biarpun reda, keluarga amat merasai kehilangan Muhammad Amirul yang disifatkan berperibadi baik dan mende­ngar kata,” luahnya.


Tambah guru sekolah agama itu, dia mengetahui kejadian lemas itu ketika bersiap untuk mengajar di sebuah sekolah rendah di daerah ini, kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.


“Saya hanya mampu berdoa supaya segalanya dipermudahkan dan arwah ditempatkan di kalangan insan beriman. Jenazah Allahyarham Muhammad Amirul dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Batu Ba­roh selepas selesai urusan bedah siasat,” ujarnya. – CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalilahiwainnslilahi rojiuun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 10:12 AM | Show all posts
Takziah utk keluarga..moga arwah ditempatkan bersama para solihin
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah & takziah untuk keluarga..terkesan bila baca Arwah  mohon maaf pada ibunya sebelum berangkat. Semuga ibunya tabah menghadapi ujian ini
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...
takziah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2022 12:36 PM | Show all posts
Innalillah.. moga rohnya dicucuri rahmat.. amin yra..
ingt aku arwah abg aku.. masa tu dia 14thn.. meninggal sbb lemas ikut pakcik kelaut..
mak aku br bersalin..3x dia tny sapa nama adik sampai marah mak aku.. sblm tu dia kaitkn arwah uwan kelapa byk.. pastu dia azan zohor dimasjid.. masa nk pegi tu.. dia melambai2 ktorg.. sampai skrg aku ingt senyuman dan lambaian dia tu.. moga roh abg dicucuri rahmat..amin yra..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
babelina replied at 17-2-2022 12:36 PM
Innalillah.. moga rohnya dicucuri rahmat.. amin yra..
ingt aku arwah abg aku.. masa tu dia 14thn.. m ...

Sedihnya
Arwah abang I meninggal usia 18 tahun. Pagi sebelum dia meninggal dia sempat pergi Institut Kemahiran daftar nak sambung belajar. Beberapa hari sebelum tuh, dia jahit baju2 lama, mak tegur dia cakap nak pakai. Dia meninggal pakai T-shirt pengakap yang dia siap jahit koyak2. Malam sebelum meninggal dia keluarkan semua duit simpanan dalam bank belanja ktorg semua siap nak belikan I patung Garfield tapi dia cakap tak sempat, rupanya memang tak sempat...
Dah 25 tahun dia meninggal...

Semoga adik2 ini ditempatkan dikalangan orang yang beriman & beramal soleh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah...sama umur anak aku....moga ke syurga kedua2nya...amin
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
bondeh replied at 17-2-2022 12:52 PM
Sedihnya
Arwah abang I meninggal usia 18 tahun. Pagi sebelum dia meninggal dia sempat pergi In ...

Innalillah...moga rohnya ditempatkan di syurga dikalangan org2 yg beriman..amin
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 01:15 PM | Show all posts
Takziah buat keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 01:17 PM | Show all posts
babelina replied at 17-2-2022 12:36 PM
Innalillah.. moga rohnya dicucuri rahmat.. amin yra..
ingt aku arwah abg aku.. masa tu dia 14thn.. m ...

sebak baca ni..semoga roh abg babe ditempatkan dikalangan roh org beriman
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 01:51 PM | Show all posts
rmin replied at 17-2-2022 01:17 PM
sebak baca ni..semoga roh abg babe ditempatkan dikalangan roh org beriman

amin yra.. tima kasih..
moga awk sentiasa dikelilingi yg baik2.. amin yra
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 01:55 PM | Show all posts
bondeh replied at 17-2-2022 12:52 PM
Sedihnya
Arwah abang I meninggal usia 18 tahun. Pagi sebelum dia meninggal dia sempat pergi In ...

Allah.. sedihnya.. Allah lg syg kt arwah abg2 kita.. klau arwah abg hidup lg.. dh 48 thn dia skrg..

I doakn moga roh arwah abg u ditempatkan dikalangan mereka yg beriman.. amin yra..


Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 01:57 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 02:18 PM | Show all posts
sama mcm arwah adik lelaki aku
pun meninggal lemas, pun kemas2 rumah sampai tahap panjat tangga lap kipas siling
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 02:33 PM | Show all posts

Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
tutup la badan arwah tu...ai tadi tak baca tajuk.ingat kan anak ikan mana dok santai baring ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
bondeh replied at 17-2-2022 04:52 AM
Sedihnya
Arwah abang I meninggal usia 18 tahun. Pagi sebelum dia meninggal dia sempat pergi In ...


Sama situasi macam arwah mak iols. Nak dekat masa arwah nak pergi, arwah mak iols suka pakai baju kurung dia lama2 dulu. Sampai iols tegur kenapa pakai baju lama, baju cantik kan ada. Arwah abg iols pun sama, nak dekat meninggal tu dia suka sangat tengok kain cadar yg lusuh, siap ikut lagi pattern pada kain tu. Takziah kpd keluarga arwah mamgsa lemas.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupanya "tetamu" tu adalah malaikat maut

I have been told to thank the Lord
For all that He will send,
But if death should come to meet me -
Must I greet him as a friend?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.045324 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list