CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 803|Reply: 5

Mancung Hidung, Hilang Kedut- Ramai Sungguh Terpedaya Dengan Susuk Moden

[Copy link]
Post time 17-2-2022 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Shah Alam: Aktif menawarkan perkhidmatan 'susuk moden' melalui laman sosial Instagram bagi memancungkan hidung serta memastikan wajah berkedut menjadi muda semula 20 tahun.


Rawatan estatik menggunakan cecair vitamin C, hydroquinone, botox dan hormon membabitkan caj ribuan ringgit itu bagaimanapun dikesan ditawarkan menggunakan produk tidak berdaftar selain oleh pakar tidak bertauliah.


Difahamkan pengendali pusat kecantikan itu yang popular dalam kalangan wanita kaya amat berhati-hati apabila hanya memberikan 'rawatan' kepada pelanggan yang sudah diberikan temujanji awal.




Pegawai penguat kuasa farmasi merampas produk estetik disyaki tidak berdaftar di sebuah premis kecantikan di Petaling Jaya, semalam. Foto: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor




Kegiatan haram itu bagaimanapun dibongkar apabila Cawangan Penguatkuasa Bahagian Perkhidmatan Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) melakukan serbuan terhadap sebuah premis kecantikan yang menawarkan perkhidmatan pelbagai rawatan kecantikan menggunakan produk-produk estetik disyaki tidak berdaftar dan tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.


Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr Sha'ari Ngadiman berkata, premis terletak di Petaling Jaya itu didapati menjadi tumpuan ramai wanita dan golongan selebriti tanpa menyedari bahaya menanti.


"Dalam serbuan itu, 19 produk dianggarkan bernilai lebih RM5,000 dirampas.


"Modus operandi pusat kecantikan itu dengan menjalankan perniagaan melalui pengiklanan di Instagram dan pelanggan diberikan temujanji rawatan melalui atas talian," katanya.


Menurutnya, antara perkhidmatan estetik ditawarkan adalah filler, vitamin C secara suntikan air ke dalam tubuh dan suntikan botox.


"Semua perkhidmatan dilakukan oleh mereka yang tidak berkelayakan dengan menggunakan produk tidak berdaftar dan tidak diperakui oleh KKM.


"Jika ianya dibiarkan berleluasa tanpa kawalan, saya khuatir ia membahayakan nyawa orang ramai susulan kesan buruk dan mudarat dari produk digunakan," katanya.


Beliau berkata, siasatan lanjut dilakukan mengikut Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan, pemilik premis boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali mengikut akta sama. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 01:58 PM | Show all posts
Sekarang ni macam-macam produk ada, kita sebagai pengguna kena lah bijak dalam memilih
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 02:05 PM | Show all posts
Beraninya nak cuba benda2 bukan dari pakar bertauliah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
tak sayang nyawa ke, usaha je la nak cantik cara natural jaga makan exercise, paling2 pon guna skincare yg selamat. kalau kekal hodoh terima la dirimu seadanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 02:41 PM | Show all posts
cantik tu biar seiring dgn usia..i mean bila dah 40..cntik lah mcm cara 40an.... jgn jadi alien..dah warga emas, tp muka cekang. tegang, memanjang je sbb dok boh botox tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
jijilaaa replied at 17-2-2022 02:41 PM
cantik tu biar seiring dgn usia..i mean bila dah 40..cntik lah mcm cara 40an.... jgn jadi alien..dah ...

Contoh retis... Dah umur 40t pastu cucuk botok la filler la.. Muka dh jd mcm ape ntahm..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 37933 Replies : 18
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40091 Replies : 321
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 16492 Replies : 12
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 41570 Replies : 9
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 76441 Replies : 508
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 26548 Replies : 13
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 44124 Replies : 86
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 359805 Replies : 3537
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55185 Replies : 1069
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 5021 Replies : 59

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 10:11 AM GMT+8 , Processed in 1.455574 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list