CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 666|Reply: 0

Penunggang Tercampak Dalam Longkang Dirempuh Vios Langgar Lampu Isyarat

[Copy link]
Post time 16-2-2022 06:24 PM | Show all posts |Read mode
Tindakan cuai seorang pemandu melanggar lampu isyarat mengundang padah apabila mengakibatkan kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal sehingga tercampak ke dalam longkang di Taman Pandan Jaya, hari ini.


Dalam kejadian berkenaan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 9.22 pagi.




Anggota bomba menyelamatkan mangsa yang telah terjatuh ke dalam longkang sedalam tiga meter - FOTO: IHSAN BOMBA




Menurut Pegawai Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, Ameran Muda, pihaknya tiba di lokasi yang terletak sejauh 3.8 kilometer pada pukul 9.28 pagi.


“Sebaik tiba, pihak bomba mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha R6 dengan sebuah kereta jenis Toyota Vios.


“Mangsa yang dikenali sebagai Mohd. Amir Hazim Mat Taha, 33, telah tercampak ke dalam longkang sedalam tiga meter di bahu jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya,” katanya.


Sementara itu, Ameran Muda menjelaskan anggota bertugas telah berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan ‘stretcher'(pengusung) serta membuat pemeriksaan ke atasnya.


“Mangsa disyaki mengadu sakit di bahagian pinggul dan telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” ujarnya.


Terdahulu, tular sebuah video berdurasi satu minit di laman sosial memaparkan tindakan seorang pemandu merempuh sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran SK Pandan Jaya.




Sumber: KOSMO!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.049257 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list