CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 777|Reply: 0

Utama 'Rating' Berbanding Bakat, Perangai Stesen Penyiaran Memualkan

[Copy link]
Post time 15-2-2022 12:57 PM | Show all posts |Read mode




Isu penyertaan individu yang tidak berbakat dalam mana-mana program pertandingan anjuran stesen penyiaran bukan lagi perkara baharu dalam industri seni.


Pihak itu didakwa hanya mengejar 'rating' berbanding mencari individu berbakat yang boleh menjadi pelapis kepada anak seni sedia ada.


Memetik Berita Harian, setiap kali program pencarian bakat ditayangkan, ada saja peserta yang turut bertanding atas alasan individu berkenaan berpotensi tular dan menjadi bahan perdebatan di semua platform media sosial.


Sebelum ini, setiap pertandingan yang dianjurkan itu adalah bertujuan mencari bakat baharu namun tujuan program seumpama itu sudah berubah apabila bakat entah sudah menjadi nombor berapa selepas eleman rupa, drama dan potensi tular diutamakan.


Sekiranya sikap memualkan ini diteruskan, industri muzik pasti akan musnah. Sehubungan itu, Presiden Konsortium Persatuan Industri Muzik Malaysia (IRAMA)  mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) supaya menilai kembali penerbitan program realiti yang tidak memberikan keuntungan kepada industri seni.




Ayob Abdul Majid (Sumber Harian Metro)




Presiden IRAMA, Ayob Abd Majid berkata, dia mewakili semua penggiat seni tanah air berharap KMMM segera menghentikan sebuah program yang sedang disiarkan di sebuah stesen televisyen (TV).


Katanya, tindakan itu diambil selepas mengambil kira sikap stesen TV yang dilihat aktif menerbitkan program hiburan memalukan. Dia kecewa apabila stesen TV berkenaan didakwa tidak menjalankan objektif utama menjadikan program berkenaan sebagai medan mencari penyanyi berbakat.


"Apakah stesen TV ini terdesak memiliki 'rating' tinggi hingga sanggup menerbitkan program yang sangat memualkan. Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini menjadikan program yang dimaksudkan bukan meraih publisiti, sebaliknya, suatu tindakan yang sangat bodoh dan memalukan negara.


"entas yang sepatutnya menjadi medan beradu bakat untuk mencari yang terbaik daripada yang terbaik bertukar menjadi pentas sampah," dakwa Ayob.




  



Sementara itu, Datuk Hattan juga adalah antara penyanyi yang lantang bersuara dan kesal dengan situasi berkenaan. Pelantun lagu Memburu Rindu itu menyelar tindakan stesen penyiaran yang seolah-olah memijak maruah industri muzik hanya kerana 'rating'.


"Stesen penyiaran perlu ada sifat bertanggungjawab membantu membangunkan industri muzik tanah air dan meletakkannya di tempat lebih tinggi. Kita kena ada jati diri, ada maruah. Nyanyi, nyanyi juga, maruah sangat penting. Kepada pihak produksi, fikirlah secara waras sebelum buat keputusan.


"Apabila panggil penyanyi yang tidak berbakat, ini memalukan negara kerana secara tidak langsung kita menunjukkan kepada orang luar yang standard penyanyi Malaysia adalah seperti itu," katanya.





  



Vokalis kumpulan Slam, Zamani pula melihat kualiti dan 'rating' adalah perkara penting dalam dunia 'showbiz'. Situasi seperti tidak hanya berlaku dalam Malaysia tetapi juga di luar negara.


Sama ada suka ataupun tidak, masyarakat harus menerima faktor tular dan populariti adalah eleman yang diperlukan dalam penerbitan program realiti.


"Bagaimanapun, memandangkan ini adalah program pertandingan nyanyian, kita kena cari juara yang terbaik. Jadi, kita tidak boleh hendak kompromi dari segi kualiti," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
MICHAEL
SY_MumiMICHAEL
Views : 307 Replies : 5
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201494 Replies : 4022
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40166 Replies : 333
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 10497 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 44615 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46430 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25988 Replies : 13
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 18779 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.300136 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list