CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7427|Reply: 93

Kenapa Ada Yang Tak Dijangkiti Covid-19? Bukan Kalis Jangkitan Tapi Ini Sebabnya

[Copy link]
Post time 11-2-2022 08:11 AM | Show all posts |Read mode
Beberapa penyelidikan baru mencadangkan bahawa orang tertentu mungkin lebih berdaya tahan terhadap jangkitan berbanding orang lain.


Tiada alasan kukuh yang boleh membuktikan seseorang itu kalis jangkitan Covid-19, walaupun mereka terdedah dengan virus itu, termasuk kerana menjadi kontak rapat.


Namun, penyelidikan terbaharu yang dijalankan Universiti Kolej London (UCL) boleh merungkai persoalan ini.




Kredit foto: Medical Research Foundation




Ia mencadangkan sesetengah orang tidak dijangkiti Covid-19 mungkin disebabkan tindak balas sel-T iaitu sel darah putih dalam tubuh yang membantu melawan jangkitan.


Ini ditambah pula kepada pendedahan terdahulu bahawa Covid-19 sama seperti selesema.


Penyelidikan sejak November tahun lalu itu mencadangkan sel-T 'memori' yang mungkin terhasil pada sesetengah orang ketika melawan selesema diaktifkan apabila virus Covid-19 memasuki tubuh.


Keadaan ini berupaya 'membersihkan' virus daripada badan sebelum berpeluang menyebabkan sebarang kerosakan pada tubuh.


Ini bermakna virus tidak kekal lama dalam badan sehingga menyebabkan sebarang gejala atau mencipta antibodi membolehkan ujian calitan menjadi negatif.


Setiap orang mempunyai bukti bagaimana dia terdedah kepada virus itu tetapi tidak terkesan, kata Pakar Imunologi UCL, Leo Swadling.


Individu ini berjaya mengelakkan daripada jangkitan sepenuhnya dengan cara 'membersihkan' virus itu secara semula jadi sebelum ia dapat dikesan oleh ujian rutin.


Kajian itu dijalankan terhadap 731 pekerja penjagaan kesihatan ketika gelombang pertama pandemik dan keputusan menunjukkan 58 pekerja tidak dijangkiti Covid-19, walaupun berada dalam persekitaran berisiko tinggi.


Bagaimanapun, kajian menunjukkan mereka mengalami peningkatan dalam aktiviti sel-T, selain mungkin sudah mempunyai sel-T 'memori' yang 'membersihkan' jangkitan Covid-19.


Keadaan ini membolehkan kajian digunakan untuk mencipta vaksin baharu yang menyasarkan sel-T berbanding respons kepada antibodi yang boleh memberi ketahanan lebih lama.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhirnya depa mahu focus dengan T cell...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Duta beksin ckp lain....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sapa blm penah lagi kena angkat tangan? Ke ramai je dh kena tp tak sedor pun penah kena.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 08:45 AM | Show all posts

antuvaks pon cakap lain..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 10-2-2022 04:50 PM
Firenzza replied at 10-2-2022 04:35 PM
Duta beksin ckp lain....


Sebab vaccine focus kepada antibody... Nanti boleh seru inadory untuk tolong backup
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2022 08:59 AM | Show all posts
cell ubat cacing dan selalu pakai topi kertas timah
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 09:08 AM | Show all posts
Suchi replied at 11-2-2022 08:44 AM
Sapa blm penah lagi kena angkat tangan? Ke ramai je dh kena tp tak sedor pun penah kena.



everyweek buat self test sbb kena masuk opis
hidung pernah kena jolok 2 kali sbb close contact
alhamdulillah, so far semua negatif

tak dapat bayangkan yang pernah kena lebih dari sekali tu
apa perasaan mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih -ve covid w/pun dah 3tahun wabak ni
Lengkap 2dose
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 09:52 AM | Show all posts
Suchi replied at 11-2-2022 08:44 AM
Sapa blm penah lagi kena angkat tangan? Ke ramai je dh kena tp tak sedor pun penah kena.

entah2 semua mmg dh kena
sbb virus merata
cuma sedar tak sedar
sbb awal2 Covid menyerang
byk pesanan suruh cepat2 ambik panadol
bila ada rasa sakit kepala, sakit badan
& makan ubat batuk
bila ada batuk2
siap ambik bekalan dr klinik
panadol & ubat batuk
habis jgk lah panadol 1 papan 2 tahun ni

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:08 AM | Show all posts
Subhanallah...see God is GREAT...pandai kan...dah ade memory T cell...so vaksinasi akan bagi banyak maklumat kepda sel sel immune untuk 'ingat'spike proteins atau ape ape cebisan spie protein CoVid-19.

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Paracetamol tuh ubat tahan sakit je nok... Bukan nye sejenis utk rwtn pemulihan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:45 AM | Show all posts
grup WA aku dh sunyi bab jualan evermectin
mungkin stok tak laku kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:48 AM | Show all posts
Suchi replied at 11-2-2022 08:44 AM
Sapa blm penah lagi kena angkat tangan? Ke ramai je dh kena tp tak sedor pun penah kena.

alhamdulillah kami satu family tak pernah kena  

dah buat test, so far semua negative. jaga SOP, jaga jarak, basuh tangan dengan sabun, facemask 4 ply, etc.

tapi risau jugak sebab jiran sekeliling kejap2 positif, rumah depan sana satu family kuarantin
baru satu family elok, family rumah lain pulak positif. bersin bersin je katanya, bila buat self test, 5-6 jam sekali, positif.

ni saudara-mara kat kampung 3 family positif. padahal dok jauh-jauh tu

kami dah cucuk booster haritu, lega sikit la
rata-rata yang positif baru2 ni, ramai tolak booster. optional katanya.
wallahualam. tu pilihan mereka
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:49 AM | Show all posts
Alhamdulilah setakat ni belum lagi n berharap sgt tak kena. tp penah la rasa nk demam, seram sejuk n sakit kepala teruk plus selsema berhari2. tp bila test -ve
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 03:19 PM | Show all posts
Kajian itu dijalankan terhadap 731 pekerja penjagaan kesihatan ketika gelombang pertama pandemik dan keputusan menunjukkan 58 pekerja tidak dijangkiti Covid-19, walaupun berada dalam persekitaran berisiko tinggi.


Gelombang Pertama Covid di UK berlaku pada Okt 2020 hingga Feb 2021. Mengapa sekarang baru kajian ini tentang T-sel memori dilaporkan.? "Self-censorship" untuk BIG Pharma punya kempen Covid-vaksinasi beramai-ramai.?
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 03:22 PM | Show all posts
Kompeni aku require buat test guna test kit setiap 14 hari.
So far x pernah +ve lagi.
Sbb kerja x perlu jumpa org. Office mate yg kerja site, so far ada yg dah 2 kali kena.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ioilss masih berjaya elak covid. Masa husband positive mmg kitorg anak beranak tido sebilik. Time tu tak tau lg dia positive. Esoknya baru tahu sbb dia g cucuk hidung.. dah demam. So weolss 3x kkm swab sbb close contact. Negative. Magic kan.. kikiki!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 11-2-2022 10:08 AM
Subhanallah...see God is GREAT...pandai kan...dah ade memory T cell...so vaksinasi akan bagi banyak  ...

Depends… T cell pompuan x sama dgn lelaki. Lelaki dan obesity lebih tinggi kebarangkalian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 11-2-2022 08:44 AM
Sapa blm penah lagi kena angkat tangan? Ke ramai je dh kena tp tak sedor pun penah kena.

Aku belum prnh kena..aku mmg susah nk demam..biasanya kalau demam aku tido dlm selimut, bg badan beroeluh, dah sihat dlm  3-4 jam gitu.
Aku rasa sbb tu kot aku takkn dijnagkiti covid nih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.076647 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list