View: 3143|Reply: 31
|
Tragedi Cuti Raya Cina- Bawa Virus Balik Kampung, Tidak Lapor Kena Covid-19 Sampai Meninggal
[Copy link]
|
|
Kuantan – Kegembiraan sebuah keluarga pulang ke kampung melawat ibu bapa sempena cuti Tahun Baharu Cina bertukar tragedi apabila mereka membawa jangkitan virus Covid-19 sehingga mengorbankan warga emas berkenaan.
Malah tindakan keluarga berkenaan tidak melaporkan jangkitan positif dengan hanya mengasingkan arwah di bilik berasingan di rumah memberikan kesan buruk sehingga menyebabkan arwah meninggal dunia dan dikategorikan sebagai kes meninggal dunia di luar hospital (BID).
Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, kisah bermula apabila ahli keluarga balik dari Kuala Lumpur ke kampung di negeri ini bagi melawat ibu bapa yang tidak berapa sihat dan mempunyai masalah penglihatan.
Katanya, selepas dua hari berada di kampung ahli keluarga berkenaan pulang semula ke Kuala Lumpur sebelum disahkan positif Covid-19 menyebabkan semua ahli keluarga di kampung melakukan ujian saliva yang mana hanya arwah didapati positif Covid-19.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/03/160625kevys8r1s9m9agmg.png) Gambar Hiasan
“Namun pihak keluarga tidak melaporkan hal ini kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) sebaliknya arwah diasingkan di bilik berasingan dalam rumah yang sama, sama ada keluarga khuatir arwah seorang diri dibawa ke pusat kuarantin atau mereka bimbang keluarga akan dipakaikan gelang dan dikuarantin.
“Sehari kemudian pesakit didapati tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia dan ujian RTK-Ag disahkan positif,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Nor Azimi tindakan keluarga yang tidak melaporkan kepada PKD boleh mengundang komplikasi kepada pesakit apatah lagi melibatkan warga emas.
Katanya, meskipun keluarga mengambil inisiatif membuat ujian saliva secara harian ke atas semua ahli keluarga tetapi mereka mungkin tidak mahir untuk memantau kesihatan arwah.
“Jika kes positif tidak dilaporkan bermaksud arwah tadi di luar pengetahuan PKD dan pemantauan terhadap kes tidak akan dibuat. Banyak contoh pesakit nampak sihat tetapi sebenarnya telah berlaku komplikasi Covid-19,”katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, kes tersebut harus dijadikan iktibar yang mana setiap individu perlu memastikan bebas Covid-19 jika ingin melawat ibu bapa atau keluarga di kampung.
Katanya, semua ujian saliva yang positif mesti dilaporkan supaya PKD boleh membuat pemantauan kes dan pesakit Covid-19 yang berusia sepatutnya dimasukkan ke hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) agar pemantauan rapi boleh dibuat.
“Dua dos vaksin tidak mencukupi, pengambilan dos penggalak perlu untuk mengurangkan risiko komplikasi dan kematian, arwah telah lengkap dua dos vaksin cuma belum lagi dos penggalak.
“Kematian akibat Covid-19 sangat menyayat hati yang mana urusan pengebumian tidak sama seperti kematian penyakit lain, bukan sahaja tidak dapat menguruskan jenazah tetapi melihat daripada jauh pun tidak boleh sebab sedang dikuarantin apatah lagi melihat orang tersayang buat kali terakhir,”ujarnya. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Baik takyah balik kampung.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak skrg ni Raya cina bru semlm then bila diorg balik kl n sedar kena covid and terus kuarantin sendiri n bila plak meninggal.. Cara cerita ni mcm dh berminggu berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
pengambilan dos penggalak perlu untuk mengurangkan risiko komplikasi dan kematian, arwah telah lengkap dua dos vaksin cuma belum lagi dos penggalak.
tu ja yg nk dsampaikan |
|
|
|
|
|
|
|
crystel replied at 3-2-2022 04:31 PM
Tak skrg ni Raya cina bru semlm then bila diorg balik kl n sedar kena covid and terus kuarantin send ...
Ramai dh blk kmpg dr khamis n jumaat lepas utk elak jem |
|
|
|
|
|
|
|
manehnya replied at 3-2-2022 04:36 PM
tu ja yg nk dsampaikan
Ooohhh..sebab tak ambik buustee la kannn?? Kalau dah ambik..demam biasa2 jer.![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kompius baca sbb mercun pun baru stop berdentum rini. Baru sgt kiranya raya cina ni. Kira kena2 tu arwah terus meninggal la kot |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak kuarantin kat umah kena ade mesin yg baca oksigen tu....mungkin org tua dia yang taknak ke hospital....mak saye pon macam tu siap pesan awal2 ape jadi dia nak duduk rumah je tak nak kuarantin kat lain..... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm tipu je cite ni
Sbb takde mention pun daerah mana
Stakat petik2 any stories,siapa2 pun bleh make up any stories.
Aku hanya percaya cite ni kalo PKD mention daerah mana.
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 3-2-2022 05:26 PM
Mcm tipu je cite ni
Sbb takde mention pun daerah mana
Stakat petik2 any stories,siapa2 pun bleh make ...
Ada rsnya kt negeri pahang... |
|
|
|
|
|
|
|
Aikkk cny baru semlm??? Takkan dh balik rmh terus cobid |
|
|
|
|
|
|
|
crystel replied at 3-2-2022 04:31 PM
Tak skrg ni Raya cina bru semlm then bila diorg balik kl n sedar kena covid and terus kuarantin send ...
Haha aku pn terpikir benda yg sama
Sbnrnya kkm nk suh p cuk booster nyahh |
|
|
|
|
|
|
|
Hasanah versi cina ke ni? Timeline berita ni macam tak berapa betul.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak sebut berapa haribulan balik dan dan berapa haribulan meninggal? |
|
|
|
|
|
|
|
Masih nak salahkan KKM ke tak kalau macam nie gayanya. |
|
|
|
|
|
|
|
berita karangan sendiri ni, nama tak ada, umur tak ada, daerah kuantan yg luas, sesiapa pun boleh buat cerita. copy template dari mana la. ujian rtk ag tu byk false positif, apa-apa pun bleh positif, ramai dah orang post test air paip pun positif. habis tu jumlah kes harian pun meningkat tinggi, mencerminkan air paip yg positif. |
|
|
|
|
|
|
|
bkn CNY bru abes smlm ke? jln cerite mcm dh berlaku lame sblm cuti lg. |
|
|
|
|
|
|
|
JunkMail: Hasanah versi cina ke ni? Time ...
Hasanah versi melayu di raya cina. Sbb guna perkataan arwah. Kalo tak mesti dia sebut mendiang |
|
|
|
|
|
|
| |
|