UNITED KINGDOM - Sebuah hospital wanita di Birmingham kini sedang mencari lelaki untuk menjadi penderma sperma.
Memetik Daily Mail, stok dalam bank sperma Hospital Wanita Birmingham semakin berkurangan sejak dua tahun lalu selepas dunia dilanda pandemik Covid-19, kata wakil hospital itu.
"Kami tak terima penderma sperma ketika pandemik kerana risau akan risiko jangkitan Covid-19. Ada beberapa individu yang nak menderma tapi ia baru sahaja dibuka semula.
"Kini kami menggesa sesiapa yang berminat untuk hadir bagi mengisi kekosongan stok kami. Kami perlu mencari lebih ramai penderma,' ujar Dr Jackson Kirkman-Brown.
Image: Getty Images
Tambah pihak hospital itu lagi, lelaki kulit hitam dan lelaki Asia menjadi keutamaan dan digalakkan menderma.
Penderma akan dibayar £35 (RM198.62) sebagai ganjaran bagi setiap kunjungan untuk menderma sperma ke hospital itu.
Derma pun dapat duit, untunglah. - CARI |