|
Nama Saiful Apek mempunyai tempat yang istimewa di hati kita semua. Siapa yang tidak mengenali pelakon dan pelawak ini?
Dia telah memulakan karier lakonannya sejak tahun 1994, banyak filem dan drama yang dibintanginya.
Dia juga terkenal dalam filem Senario. Namun selepas dia terlibat dalam kontroversi pada tahun 2010, Saiful Apek banyak mendiamkan diri dari industri seni.
Sejak Saiful Apek aktif sebagai pelakon dan pelawak, dia telah berjaya meriah 4 anugerah. Tahun lepas, dia juga memenangi anugerah sebagai Ikon Komedi Malaysia 2021.
 The Star
Saiful Apek pernah melalui banyak saat pahit dan getir sepanjang menjadi seorang selebriti. Niatnya untuk memulakan kariernya di dalam industri perfileman bukanlah satu perkara yang mudah baginya kerana banyak yang perlu dikorbankan dari segi jiwa dan emosi.
Tetapi, disebabkan cabaran yang dia dilalui itulah yang menjadikan dirinya yang sekarang. Kini, Saiful Apek merupakan senior dalam industri seni. Dia juga dipandang tinggi oleh pelawak-pelawak baru.
Namun, dia tetap memilih untuk merendah diri dan menganggap artis-artis lain sebagai rakan seperjuangan kerana sama-sama mencari rezeki.
Baru-baru ini, Saiful Apek ditemu ramah oleh Dj Nazz dari Radio Gegar.fm. Di dalam temu ramah itu, Saiful Apek telah meluahkan rasa sedihnya apabila dia menerima banyak surat yang menyatakan dia tidak layak menjadi seorang pelakon dan pelawak. Hal ini menyebabkan dia berasa begitu sedih kerana dia hanya seorang manusia biasa.
Dia juga pernah dikecam oleh netizen yang tidak menyukai gurauannya sepanjang di berada dalam industri seni sehinggakan ada yang sanggup mengatakan dia tidak layak memasuki Senario.
Rata-rata netizen yang mengikuti perkembangan Saiful Apek tidak bersetuju dengan statement haters tersebut dan memuji dia berjaya membawa watak-watak dalam filem yang dibintanginya.
Tidak mudah untuk anak seni berjuang dalam industri hiburan dan setiap satu daripada mereka pasti menghadapi perkara yang sama seperti Saiful Apek. Semoga kental berdepan dengan kecaman.-CARI
|