CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1239|Reply: 9

Bekas Perenang Negara Kini Jual Kantung Tisu Di Jalanan- "Biar Saya Hidup Berdikari"

[Copy link]
Post time 21-1-2022 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Bekas perenang para negara, Koh Lee Peng memberitahu beliau sendiri yang memilih untuk menjual barangan kecil dan kantung tisu supaya dapat hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain sepanjang masa.


Pemenang tujuh pingat emas Sukan Para Asean (APG) itu yang bergerak dengan bantuan kerusi roda, turut meminta orang ramai dan netizen supaya mengelak membuat tuduhan tidak berasas tanpa mengetahui cerita sebenar, selain mengakui menerima bantuan daripada beberapa pihak sebelum ini.


"Ada juga menerima tawaran menjadi jurulatih, tetapi saya tidak mahu kerana masa saya sudah berlalu. Saya bukannya terbiar atau tidak ada rumah sendiri, cuma tidak mahu menganggu adik-beradik kerana mereka pun sudah ada keluarga sendiri.


Saya sudah biasa kerja kilang dan sebagainya, tidak mahu lagi bekerja dengan orang lain, macam mana kalau OKU (orang kurang upaya) sendiri tak faham kesusahan OKU. Saya memang nak buat perniagaan sendiri dan tidak malu dengan perniagaan ini," katanya ketika ditemui pemberita di kawasan Bukit Bintang.




Foto: Harian Metro




Beliau turut meminta semua pihak supaya tidak menyusahkan beliau dengan berjanji untuk membantunya dan mengambil maklumatnya tetapi janji tinggal janji tanpa sebarang bantuan diberikan, selain berharap tidak dilayan dengan kasar ketika melakukan perniagaan di kawasan tumpuan orang ramai.


Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker serta Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed melawat dan menyampaikan sedikit bantuan wang tunai dan hamper sempena Tahun Baharu Cina kepada Lee Peng.


Sebelum ini, tular di media sosial dan dilaporkan dalam media bahawa Lee Peng, pemenang tujuh pingat emas dan tiga perak ketika mewakili negara di APG dari 2001 hingga 2005 terpaksa menjual kantung tisu di kawasan Bukit Bintang demi kelangsungan hidupnya dan kononnya tiada pihak yang membantunya selama ini.


Sementara itu, Ti menjelaskan bahawa Lee Peng menjalankan perniagaannya di ibu negara sambil mengikuti rakannya ke kursus di sebuah syarikat penapis air selama tiga minggu di sini dan bakal pulang ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang esok berikutan kursusnya tamat.


"Beliau ke sini bersama rakannya (yang dikenali sebagai Andrew) untuk mengikuti kursus dan perniagaan ini adalah kemahuan sendiri tanpa mengharapkan simpati daripada orang ramai. Mereka berdua juga memiliki syarikat berdaftar (enterprise) yang cukup untuk membantu lapan lagi OKU di bawahnya.


"Jadi untuk mengatakan kerajaan tidak menolong dan mengambil berat mengenai dirinya adalah tidak benar sama sekali. Kita juga ada bagi peluang dan tawaran kepadanya sebelum ini menerusi Yakeb, namun beliau memilih untuk berdikari sendiri.


Bila isu ini diviralkan, beliau (Lee Peng) tidak gembira dengan situasi ini dan rasa terhina, beliau mengharapkan orang ramai menghormatinya," kata beliau. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus!! Pemikiran ini yg Kita mahuu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 10:25 AM | Show all posts
Baru nak bukak mata..ni si peja ni buat apa tarak guna punya muntri
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 10:48 AM | Show all posts
tp tshirt tetttap harimau malaya

relate dgn gongxi

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahasa mudahnya..dia dah bosan dengan politaik2 yang berjanji macam2 ,tapi harrey takde apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:29 PM | Show all posts
td tengahari nampak dia dgn kwn kt stesen MRT
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 03:44 PM | Show all posts
Bukan beliau je ramai bekas ahli sukan yang lain pun terima nasib yang lebih kurang sama jauh berbeza dengan zaman kegemilangan
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:04 PM | Show all posts
para...biasalah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2022 02:41 PM | Show all posts
macam mana kalau OKU (orang kurang upaya) sendiri tak faham kesusahan OKU.


bekas majikan dia buat ke apa?
sama2 oku buat dajal kt dia
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2022 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus ka dia berdikari drpd minta sedekah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-2-2026 12:59 PM GMT+8 , Processed in 1.662035 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list