View: 1845|Reply: 27
|
Perlu Ke Kedai Mamak Buat Transformasi Macam Restoran Makanan Segera?
[Copy link]
|
|
Pengusaha restoran India Muslim perlu membuat transformasi selain menawarkan daya tarikan baharu sepertimana di restoran makanan segera untuk menarik minat rakyat tempatan bekerja di situ.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, pengusaha restoran India Muslim harus menyediakan perkara-perkara utama dalam menentukan kesediaan pekerja tempatan untuk bekerja di bahagian perkhidmatan restoran itu.
Katanya, pengusaha restoran India Muslim perlu membuat perbandingan antara apa yang ditawarkan di restoran mereka dan restoran makanan segera dalam menarik minat pekerja tempatan.
SEORANG pekerja memeriksa lauk yang dijual di Restoran Masyur, Taman Pelangi, Johor Bahru. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
“Ini kerana pekerja tempatan terutama golongan muda bekerja dengan ‘glamour’, maka apabila bekerja di restoran makanan segera, penghantar ada nama untuk dibawa.
“Itu trend pekerja tempatan pada masa kini bagi generasi X, Y dan Z. Jadi pengusaha restoran kena menarik minat. Tak dinafikan mereka bersedia dan rajin bekerja, tetapi adakah pekerjaan itu memberikan rangsangan dan minat mereka untuk bekerja di situ?” Soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.
Kelmarin, akhbar ini melaporkan, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Datuk Jawahar Ali Taib Khan memberitahu, mereka kini memerlukan kira-kira 10,000 pekerja tempatan berikutan pekerja mereka yang pulang bercuti ke India tidak dapat kembali semula ke Malaysia kerana polisi kerajaan yang mengawal pekerja asing ketika ini.
Bagaimanapun katanya, untuk mendapatkan pekerja di restoran India Muslim sekarang ini, agak payah kerana rakyat tempatan lebih suka bekerja di restoran makanan segera.
“Kami sudah sediakan makan minum sampai tiga atau empat kali sehari dan tempat tinggal, tetapi rakyat tempatan lebih suka bekerja di restoran makanan segera dan jadi penghantar makanan. Hina sangatkah kerja di restoran mamak?” Soal Jawahar Ali.
Gambar hiasan
Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, pengusaha restoran India Muslim juga seharusnya membuat kajian mengenai perbandingan antara bekerja di restoran India Muslim dan restoran makanan segera.
Katanya, ini kerana kebanyakannya hanya melihat dari segi kemudahan majikan atau pengusaha dan bukannya pekerja semata-mata.
“Jadi pengusaha kena lihat apa ada di restoran makanan segera, mereka bekerja mengikut jam disediakan Akta Kerja 1955 iaitu lapan jam bekerja, satu hari rehat dan bekerja tidak melebihi empat jam bagi bekerja lebih masa dalam sehari iaitu bersamaan 104 jam dalam masa 26 hari.
“Mereka menyediakan perlindungan sosial Perkeso dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mana tidak disediakan oleh pengusaha restoran India Muslim atau restoran biasa yang lain di seluruh negara kerana mengambil pekerja lebih kepada sambilan dan gaji harian tanpa perlindungan setimpal dalam perlindungan sosial bagi pekerja tempatan, ini tidak berlaku dan tidak disuarakan.
“Jadi, pekerja asing kesemuanya bekerja melebihi 12 jam dengan hanya satu bayaran, maka berisiko atau dianggap hilang keuntungan kerana pengusaha harus membayar perkara yang diwajibkan dalam Akta Kerja 1955, Akta Perkeso 1969, Akta KWSP 1991.
“Oleh itu, perkara sebegitu menjadi tanggungjawab lebih dan tidak disedari oleh pengusaha restoran, malah mereka tidak bersedia memahami keperluan perlindungan sosial dan perlindungan Akta Kerja 1955,” jelasnya.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Iols say big no to mamak pengotor |
|
|
|
|
|
|
|
1. Mahal sangat mamak ni. Kebajikan pekerja xde lgsg. Kekadang ak yg selalu punctual dtg pun tetiba dalam sekali tuh ak lewat seminit sbb bus lmbt (zaman lpas SPM- awal 2000) terus cut gaji.
2. X hygiene. Pernah ak tgk staff die buat roti canai uli dgn kaki uols kat belakang. Walaupun sarung dgn plastik kaki tu. Tapi ak geli nak makan. Hampir 10 taun tau ak geli tgk roti canai and xmakan lgsg. Especially masok kedai mamak. Ak tahu pun sbb kje kedai mamak lpas SPM.
3. Ak cuci pinggan kaca sekali jatuh pecah satu. Terus kne ganti. Potong brape ringgit ntah time tuh. Dah la kje masok jam 7am-3pm. Sehari rm5 uols. Budak mentah xtau ape dibayar murah. Sekali pnggan pecah. Bw blik rm3 je uols. Hampehhh kedaun kena tipu.
4. Tempat basuh pinggan and memasak sangat la hazab kotornye yeee... Kalau korg ke dapur masyallah. Ak rase mmg korg x akan mkn kat mamak. Dgn lantai. Dgn tmpt simpanan bahan mentah. Rak die penuh lipas and tikus kehulu ke hilir. Tmpt mencuci. Kalo korg pegi masyallah bole migrain uols. Belom lg korg tgk toilet yg sehari brape kali la diorg cuci.
5. Mahal nak mampus tapi kekdang teringin nk makan kan?
6. Bab bayar tax diorg ni pandai menipu. Every berapa tahun diorg tukar owner. Diorg ni mmg pndai menipu dr segi keuntungan. Mcm chinese.
Yang lain korg sebut laaa... Ade je part yg bail diorg ni. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bersih & Murah.. tu jer cara nk bg restoran mamak up balik.. toksah la nk mimpi kembali ke lifestyle melepak kt mamak mlm2 sambil tgk bola pasca pandemik ni dah |
|
|
|
|
|
|
|
Lantai berminyak, toilet hancing, tapi servis mantap.
Dulu tiap2 hari aku makan kat kedai mamak. Lepak sampai ke pagi. Tau kotor tapi tetap datang makan kat situ. Kena bomoh ke sekarang je dah rasa geli nak makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat kedai mamak pun ada jual tomyam |
|
|
|
|
|
|
|
Tak silap tu hari masa PH masih berkuasa
masa tu isu pelaksaan SST .
ikut rate standard 500k kena SST
tapi persatuan Mamak ni mintak RM 1.5 juta baru di kenakan SST
nah bukti :
|
|
|
|
|
|
|
|
Cuba u guna imiginasi liar :
a) kedai mamak jenis menu fix tampal kat meja kaunter. buat macam KFC.
order. bagi makanan. pastu bayar pastu blah
b) KFC / McD buat macam mamak. ambik dulu coeslaw , ayam , roti whatsoever
pastu time bayar panggil datang kira .....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak kasi daging bewak pon dah cukop..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 18-1-2022 03:30 PM
Tak silap tu hari masa PH masih berkuasa
masa tu isu pelaksaan SST .
ikut rate standard 500k kena ...
Mamak mmg kedekut abis. Mmg la bisness masyukkkk kat mesia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Jauh jauh jauh lar lebih bagus kedai mamak tu dari segala aspek, dibanding kodai Molayoo yg.tutup hari Sabtu Minggu & bukak 3.hari seminggu, lepas 3bulan tutop sulamanya |
|
|
|
|
|
|
|
Zack8hunter replied at 18-1-2022 03:15 PM
Bersih & Murah.. tu jer cara nk bg restoran mamak up balik.. toksah la nk mimpi kembali ke lifestyle ...
Kodai melayu lagi kotor lagi mahal. Dah semakin popular istilah REGA MELAYU dah. Marah Yahudi depa dah kalah dgn. Molayoo |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk kedai mamak ada je dpt rate A.. ok what.. bersih la tu |
|
|
|
|
|
|
|
pegang duit pastu tangan tak basuh terus tebar roti canai
mamak ni pilihan terakhir bagi aku bila dah lapar sangat
|
|
|
|
|
|
|
|
nasi goreng mamak tak berapa sedap, sedap lg yg aku masak guna perencah adabi tu
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni paham ke gen x y dan z tu apa
gen x lahir 1965-1980...kebanyak umur 40-50an dah
takkan gen x nak jd pelayan kedai.mamak...bodoh betul
gen y pulak dlm umur 30 an nak.msuk 40 an...ada yg masih hujunng 20an |
|
|
|
|
|
|
|
pyropura replied at 18-1-2022 09:13 PM
Jauh jauh jauh lar lebih bagus kedai mamak tu dari segala aspek, dibanding kodai Molayoo yg.tutup ha ...
tak tahula..nak cari kedai mamak.di kelate ni ada la satu dua..tu pun di kb..kami.makan kedai.melayu ajelah pyro oii
kedai mamak
1. kotor
2. lauk recyle
3 pekerja india diperas ckup2
4 takda bnyak pilihan
5 makanan.sihat takda..sayur kecut digoreng |
|
|
|
|
|
|
| |
|