CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 542|Reply: 1

Perdana Menteri Mengaku Berparti Ketika Negara Tengah ‘Lockdown’

[Copy link]
Post time 14-1-2022 08:00 AM | Show all posts |Read mode
London: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson memohon maaf selepas mengakui beliau menghadiri ‘parti’ di kediaman rasminya ketika perintah berkurung pertama Britain dilaksanakan berikutan pandemik Covid-19.


Dalam pengakuan yang dibuat pertama kali itu, Johnson memaklumkan dia menghadiri parti berkenaan pada Mei 2020, ketika semua perhimpunan sosial dilarang bagi mencegah penularan Covid-19.


Sebagai pemimpin dan ahli politik, beliau mengakui sikapnya itu tidak patut dicontohi dan menerima kemarahan masyarakat.




Boris Johnson, Foto: Reuters




“Saya sedar ramai yang marah terhadap saya dan kerajaan yang saya pimpin kerana saya sendiri tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan.


“Saya menyesali perbuatan saya. Saya menyertai parti itu selama 25 minit sebelum meneruskan kembali kerja saya dan sepatutnya, saya mengarahkan semua yang hadir hari itu supaya kembali bekerja kerana perintah berkurung sedang berlangsung,” katanya.


Pengakuan itu menyaksikan semua pemimpin parti pembangkang mendesak Johnson meletak jawatan dan pemimpin Konservatif di Scotland menjadi individu pertama bersetuju dengan desakan tersebut.


Pemimpin parti Buruh, Keir Starmer berkata, rakyat yang mengundi Johnson kini menganggapnya sebagai penipu.


“Alasannya yang memberitahu beliau tidak menyedari parti diadakan di kediaman rasminya ketika itu amat tidak masuk akal dan memalukan rakyat Britain,” ujarnya.


Pemimpin Konservatif di Scotland, Douglas Ross pula berpandangan, kedudukan dan kuasa Johnson tidak lagi kukuh ketika ini dan bersetuju sekiranya beliau meletak jawatan. – CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sementara itu di tanah ayaq kita sendiri............ sila lengkapkan ikut suka hampa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.323668 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list