CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 894|Reply: 0

Nasib Baik Shooting 2 Minggu Lagi, Naim Daniel Jatuh Ketika Main Papan Selaju

[Copy link]
Post time 13-1-2022 06:01 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel cedera ringan pada muka dan tangan selepas terjatuh ketika bermain papan selaju di salah sebuah tapak permainan di Shah Alam, malam tadi.


Naim atau nama lengkapnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 25, ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia terjatuh dan mukanya tersembam pada lantai selepas gagal menyeimbangkan badan ketika meluncur atas papan selaju.




Kredit foto: IG Naim




“Tersalah langkah. Saya gagal seimbangkan badan dan muka saya tersembam pada lantai gelanggang permainan papan selaju.


“Lagi pun tempat bermain di situ agak gelap sebab banyak lampu yang rosak. Bahaya sebenarnya. Tapi sebab sudah beberapa kali bermain di sana, jadi saya dah biasa. Cuma malam tadi nasib kurang bernasib baik,” katanya.




Kredit foto: IG Naim




Ujar pelantun lagu Purnama itu lagi, selepas terjatuh dan mengalami kecederaan, dia telah dibawa rakan-rakannya termasuk penyanyi Ismail Izzani ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan.


“Tak ada apa yang serius sangat. Cuma tangan terseliuh dan luka pada kening serta dagu hingga menyebabkan mata sedikit bengkak.


“Alhamdulillah doktor maklumkan tidak ada anggota yang patah. Doktor ada bagi ubat tahan sakit dan surut bengkak sahaja,” katanya.









Disoal tentang jadual penggambaran yang mungkin terpaksa ditangguhkan, Naim berkata buat masa ini dia tidak terikat dengan mana-mana jadual kerja dalam masa terdekat dan hanya akan kembali menjalani pemnggambaran sekitar dua minggu lagi.


“Nasib baik penggambaran lagi dua minggu. Jadi saya ada masa untuk berehat dan sembuh sepenuhnya,” katanya.


Jelas Naim, sukan papan selaju dan kecederaan adalah perkara biasa yang akan dihadapi peminat aktiviti lasak tersebut.




  



Malah, kecederaan dialaminya itu tidak akan melunturkan minatnya untuk terus bermain papan selaju.


“Aktiviti papan selaju memang ada cabaran dan risiko yang perlu ditempuh. Apa yang penting adalah utamakan keselamatan diri ketika bermain,” jelasnya.




Sumber: K! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.377800 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list