|
View: 2239|Reply: 17
|
Ezuwan Ismail Dedah Rahsia- Adibah Noor Tak Suka Ditaja, Akan Bayar Untuk Busana
[Copy link]
|
|
|
Di sebalik busana cantik yang diperagakan oleh Adibah Noor, siapa sangka disebaliknya adalah seorang pereka fesyen terkenal yang turut berjinak jinak dalam dunia nyanyian, Ezuwan Ismail yang sudah lama bersahabat dengan penyanyi popular itu.
Hanya tinggal dua minggu sebelum Gegar Vaganza 8(GV8) melabuhkan tirainya, Ezuwan mengambil kesempatan untuk berkongsi cerita dan pengalamannya menyediakan busana untuk Adibah yang terjalin sejak lebih 10 tahun lalu.
Menurut Ezuwan, dia menyifatkan Adibah sebagai seorang figura yang begitu menyenangkan dan tidak cerewet. Namun begitu, disebalik persahabatan mereka terdapat sesuatu yang lucu kerana dalam tempoh sedekad itu pertemuan ’empat mata’ diantara mereka boleh dibilang hanya beberapa kali.
 Foto: IG
“Kali pertama jumpa dia masa tengah hoskan sebuah acara fesyen di pusat beli belah KLCC. Masa itu saya teman Allahyarham Kak Pah (Datuk Sharifah Aini) jadi ‘muse’. Dia tengok baju arwah pakai masa itu dan cakap berkenan. Tambah pula dia dan arwah bertubuh comel atau ‘plus size’.
“Selepas itu, dia pernah datang ke rumah saya untuk ukur ukuran bentuk badan. Masa itu saya belum ada butik lagi. Selebihnya aliran komunikasi kami berlangsung selepas itu hanya menerusi telefon bimbit atau bermesej di aplikasi WhatsApp. Banyaknya lebih ke WhatsApp.
“Bayangkan sampai saya sudah ada butik di Taman Dagang, Ampang pun, dia tak pernah jejak. Selepas itu, adalah beberapa kali kami berjumpa untuk sesi ‘fitting’. Daripada dulu ukuran baju yang saya ambil kali pertama tak berubah ketara. Paling kurang pun dia akan cakap minta besarkan ukuran lebih seinci. Itupun boleh dikira berapa kali saja dia minta dibesarkan ukuran berkenaan,” dedah Ezuwan.
Ibarat jatuh cinta kali pertama, sejak itu Adibah terus menggunakan khidmatnya sebagai pereka fesyen baju dan ditempah berulang kali.
“Siap baju yang ditempahnya untuk acara atau pertandingan, hanya sediakan invois untuk bayaran. Selepas itu, hanya pembantu peribadi atau pekerjanya yang datang ‘collect’ pakaian di butik saya. Dia hanya akan cakap nak warna baju itu ini dengan sejumlah tertentu. Perihal rekaan, semuanya dia serah bulat bulat dekat saya.
“Dia takkan tanya atau nak tengok rekaan bagaimana saya hasilkan untuknya. Bab rekaan, material kain atau potongan, apa yang dia utamakan adalah keselesaan dan nampak elegan walaun berukuran plus size. Malah selama ini, memang baju dihantar dan ditempah dipakainya tanpa banyak songeh dan tidak perlu ‘alter’.
“Keserasian dan kepercayaan itu mungkin juga jadi sebab kami terus bekerjasama. Dia tidak takut mencuba warna apa sekalipun. Kalau sudah plus size, buat apa nak sorok lagi. Dia pakai apa yang diingini, janji selesa,” kata bapa kepada dua cahaya mata itu.
Malah,lebih mengharukan penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu juga menolak tajaannya dan lebih kepada konsep profesional iaitu dengan membayar pakaian yang ditempahnya.
“Pernah saya nak taja baju untuknya. Tapi dia menolak sebab nak ‘support’ survivor pereka fesyen seperti saya. Dulu terlintas hati nak taja masa dia mengacarakan Anugerah Industri Muzik. Dia tolak juga.
“Malah kalau sempena ulang tahun hari lahirnya, saya nak hadiahkan baju. Dia tetap dengan pendirian nak bayar. Atau paling kurang pun, dia hanya akan bersetuju bayar separuh kos baju itu macam komitmennya sepanjang di GV 8. Siap tak berkira ‘tag’ nama saya di bawah entri baju dipakainya,” katanya yang turut menjadi pilihan selebriti seperti Rozita Che Wan, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nelydia Senrose, Uqasha Senrose dan ramai lagi.
Dalam tempoh lebih 10 tahun itu, adat dalam hubungan terjalin, kerjasama mereka pernah terhenti seketika.
“Dijadikan cerita pernah satu ketika, baju yang dia nak tempah, saya tak dapat penuhi kerana terlalu sibuk dengan komitmen menyiapkan baju kahwin. Ikutkan selama ini, ada permintaan minit akhirnya kerana situasi tak terduga, saya boleh penuhi.
“Masa itu, dia guna khidmat pereka fesyen lain. Selang beberapa ketika, dia kembali kepada saya. ‘Merajuk’ dia tak lama. Saya meminta maaf kepadanya kerana bukan sengaja berbuat begitu. Kerjasama terjalin semula.
“Dia terus sokong khidmat dan kepakaran saya. Hingga kini hampir 1000 jugalah baju ditempahnya.
Apabila sudah selesa dan diberi kepercayaan penuh, saya sampai satu tahap bimbang mengulang siar rekaan baju. Tapi setakat ini ia belum terjadi,” katanya.
Mengenang kembali persahabatan dan kerjasama mereka, Ezuwan teringat akan kata-kata seorang individu yang pernah menyifaktan untungnya pereka fesyen itu sekiranya Adibah mempercayai khidmat dan bakat dimiliki.
“Masin mulut yang cakap itu. ‘Jodoh’ saya dengannya kuat sampai sekarang. Malah bukan nak bodek dia sebab guna khidmat saya. Tapi saya pernah dengar ada cakap dia diva dan cerewet. Namun sepanjang kerjasama kami, dia sangat ‘sempoi’ dan tidak seperti digambarkan.
“Pada akhirnya saya cuba berikan yang terbaik untuknya. Tambah pula, dia barangkali percaya bukan mudah untuk orang bertubuh gebu mendapat pakaian sesuai.
“Ini saya teruja nak siapkan pula baju separuh akhirnya untuk GV8. Kalau dia ada rezeki ke ‘final’, semestinya saya nak siapkan baju paling meletop untuknya,” katanya lagi
Selain Adibah, pentas separuh akhir GV8 turut menyaksikan Suki Low, Aliff Aziz, Aweera, Nikki Palikat, Azan Scan, Ani Mayuni dan Shidee bakal berentap sesama sendiri pada 16 Januari 2021 menempah tiket ke peringkat akhir kelak. -CARI
Sumber: Murai.my
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap2 kak dib bole baya sbb aritu pn die jual baju2..
Harap dpt rezeki lbih lah nk baya baju |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Lah aku mati2 ingat baju peserta semua astro sponsored fully by astro. Baju nikki lawa2 dia pun slim walau anak dah besar panjang. Samalah nikki mak beranak 3. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu rumah Tok Zainal Hijau kena banjir
Dia bagitahu Kak Dibah ni setiap hari hantar makanan pada family dia walaupun dok sibuk dgn GV
Semoga Kak Adibah & kita semua dikurniakan rezeki yang luas & berkat. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Heyy jangan tipulah. Zaman ko xde butik zaman arwah kak pah masih hidup masa tu xde wasssappp hokayyyyy
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
VirginLady replied at 12-1-2022 08:27 PM
Heyy jangan tipulah. Zaman ko xde butik zaman arwah kak pah masih hidup masa tu xde wasssappp hokayy ...
Bukannya dia ckp dorang berwasap waktu kak pah masih ada.
"Komunikasi selepas itu"
Adakah komunikasi mereka terhenti apabila matinya kak pah ?
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru retis ada kelas. Nak apa2 BAYAR la. Job payment ribu2, kerja bbrp jam, bukan rm1200 kerja sebulan.
Ni tak. Hidup mewah bukan main. Besday anak pun gigih gi mintak sponser sana sini. Gi mintak pulak dgn seller2 kecil-kecilan yg sah2 idup lagi struggle dr dia sampai kena buat part time niaga online. Ko berduit, gi mintak sedekah dgn org lagi susah dr kau. Low class! |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kak Dibah diperluaskan lagi rezeki. Suka dengan sikap kak Dibah yang tak berkira dan tak kedekut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Oooo patut la baju kak dibah rhoper macam beli dekat Hari-Hari... Bagus ibu kucing, moga luas rezeki sheols. Harap2 sheols menang lagi yang duit mingguan untuk minggu depan. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Utk org plus size kira fesyen dia ok la nice jgk
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslaa, tak gemar konsep win2 situation kejadah tu
Apa ingat org beli material tu guna air liur kah? Kederat dan masa yg dikerah tu tak perlu kos kah.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo body mcm ni, mmg takde sapa nak sponsor..sila sedar diri ok
Ok done bodyshaming
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Baju adibah ni memang cantik2. Meols pernah attend satu show dia, dia tukar baju dua kali. lawa2 bajunya dan kena dengan bentuk badan dia. Tak ketat sgt tp taklah gedobos |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus pendirian Kak AN....selayaknya dicontohi semua org (bkan artis sahaja)...baju2 yg dia pakai pun nampak cantik dan elegan wlpun bersaiz comel.....xperlu nak berfesyen pelik2 dan sedap mata memandang |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bagus kakdib tak kedekut |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tikusmontok at 13-1-2022 04:28 AM
VirginLady replied at 12-1-2022 08:27 PM
Heyy jangan tipulah. Zaman ko xde butik zaman arwah kak pah masih hidup masa tu xde wasssappp hokayy ...
“Selepas itu, dia pernah datang ke rumah saya untuk ukur ukuran bentuk badan. Masa itu saya belum ada butik lagi. Selebihnya aliran komunikasi kami berlangsung selepas itu hanya menerusi telefon bimbit atau bermesej di aplikasi WhatsApp. Banyaknya lebih ke WhatsApp.
Ko skolah tak? Srp lepas tak? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
susah gak camni, semua design pakai terima je, no wonder la design lebih kurang je dan ada kala tak kena langsung dgn badan. patutnya two way communication la, at least side ezuwan ni boleh la enhance dia punya idea dan design. huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|