CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1345|Reply: 9

Bukan 'Kaleng-Kaleng' Menipu- Dapat Duit, Makanan, Barang Elektrik Sebab Kononnya Jadi Mangsa Banjir

[Copy link]
Post time 4-1-2022 11:10 AM | Show all posts |Read mode
Kuantan: Seorang wanita tergamak menipu mengatakan dirinya adalah mangsa banjir bagi mendapatkan bantuan yang disalurkan badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan di Mentakab, Temerloh, baru-baru ini.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek berumur 33 tahun itu didakwa membuat permohonan bantuan banjir yang disampaikan sebuah NGO di pusat pemindahan sementara (PPS) di Temerloh pada 29 Disember lalu.


"Suspek mendakwa dirinya berstatus ibu tunggal kepada tiga anak dan tidak menerima sebarang bantuan, menyebabkan NGO itu memberi sumbangan kewangan, bekalan makanan, toto, selimut, bantal dan peralatan elektrik seperti kipas angin, mesin pengisar dan periuk nasi bernilai RM700.


"Bagaimanapun, NGO itu menerima rungutan orang ramai mendakwa wanita itu bukan mangsa banjir kerana alamat rumah yang digunakan dalam permohonan itu tidak didiami suspek," katanya menerusi kenyataan.


Gambar Hiasan




Mohd Wazir berkata, seorang ahli NGO Itu membuat semakan sendiri dan mendapati wanita itu turut membuat permohonan bantuan kepada NGO serta sukarelawan lain, menyebabkan pengadu membuat laporan polis.


Siasatan awal polis juga mendapati alamat yang digunakan oleh suspek serta rumah yang didakwa ditumpanginya tidak berpenghuni selain semakan dengan ketua kampung di situ mengesahkan wanita itu bukan mangsa banjir.


Sehubungan itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. -CARI


Sumber: harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam biasa dekat fb penuh puak sakai duk husnuzon tak sudah2..patut la scammer berleluasa je sebabkan pemikiran bodoh puak barua2 sikit2 husnuzon ni la..siyal betul
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 12:20 PM | Show all posts
ni macam orang pon ade..tp tu la orang kita mmg bagus pemurah
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Haa Tu lah.. mesti ade je yg ambik kesempatan... Kang bile procedure diketatkan kata birokrasi pulak... Jenuh.. xpaham betul la org pangai cam ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 12:33 PM | Show all posts
Biasa ler kat tanahair ni bila ada peluang ramai je cuba ambil kesempatan.  Nasib dalam kes ni ada yang siasat betul2 dulu siapa dia sebenar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 12:54 PM | Show all posts
sbb org2 gini lah kjaan ritu buat mcm2 syarat, nak kena ada gambar keadaan rumah, bil utiliti etc..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2022 05:41 PM | Show all posts
betul.. tak boleh nak husnozon sangat..
nak derma pun rasa was2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kira tempat & masa, geng2 licik mcm
ni sentiasa ada. Sbb org2 tamak ni ada, org nak buat baik jadi makin kurang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2022 05:44 PM | Show all posts
kat fb sakan jual makanan bantuan banjir
prelove ler sangat
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 05:49 PM | Show all posts
sekemer ada di mana-mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kukku
akku3kukku
Views : 505 Replies : 0
Haram jadah punya sepet, betina tersial. Laii..laiiii
sonic-bertaikHaram jadah punya sepet, betina tersial.
Views : 3552 Replies : 1
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 26385 Replies : 119
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 9670 Replies : 11
Langsung tak ada job, Daí Syed spend time dengan anak bini je-hanya terima watak ustaz je
RalineLangsung tak ada job, Daí Syed spend ti
Views : 28039 Replies : 172
Aliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah - Gambar
piaoAliff Aziz Kini Muncul Dengan Awek Sabah
Views : 24917 Replies : 93
Seram nyaaaa
laqoyahSeram nyaaaa
Views : 5558 Replies : 0
Betina tersial Cari Forum
laqoyahBetina tersial Cari Forum
Views : 5661 Replies : 0
Pelajar UM kecam peraturan sekat keluar malam.Wajar atau tidak?
YgBenarPelajar UM kecam peraturan sekat keluar
Views : 35759 Replies : 48
Update :Ramai memuji muji PMX,Ringgit kini RM 3.96
YgBenarUpdate :Ramai memuji muji PMX,Ringgit ki
Views : 1289 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.045043 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list