CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 814|Reply: 0

Satu Perlima Tentera Britain Tak 'Fit' Untuk Berperang

[Copy link]
Post time 3-1-2022 03:17 PM | Show all posts |Read mode
27,000 tentera Britain tidak bersedia untuk berperang disebabkan pelbagai faktor membabitkan masalah kesihatan.


Pendedahan itu dibuat Kementerian Pertahanan Britain, lapor The Sun seperti dipetik Kosmo Online.


Menerusi laporan dikeluarkan Freedom of Information, lebih 13,000 tentera darat, laut dan udara tidak bersedia meninggalkan Britain untuk menjalani operasi ketenteraan disebabkan kesihatan fizikal atau mental.




Gambar hiasan




Manakala 13,786 lagi diklasifikasikan sebagai mempunyai kekangan dari segi perubatan. Mereka boleh meninggalkan Britain, tetapi tidak dapat berada dalam mana-mana operasi pertempuran.


Kebanyakan mereka mengalami kecederaan sama ada patah tulang, kerosakan otot, ligament terkoyak dan kecederaan tulang belakang.


Bagaimanapun, 4,000 tentera lagi dikatakan mengalami masalah kesihatan mental.


“Agak mengejutkan apabila satu perlima daripada tentera kita tidak cergas sepenuhnya dan tidak bersedia untuk ditempatkan bagi berperang, terutamanya dalam keadaan saiz pasukan yang kecil sekarang.


"Kerajaan perlu mengambil tindakan untuk ‘melepaskan’ mereka yang sukar untuk pulih dan akan menggantikan mereka," kata bekas komander Tentera British, Richard Kemp.


Di sebalik data tersebut, Britain masih mempunyai lebih 110,000 tentera yang sihat dari segi perubatan dan bersedia untuk berperang.


“Sekitar 90 peratus tentera kita boleh dikerahkan pada bila-bila masa. Bagi kebanyakan yang tidak dapat dikerah, ia hanya langkah sementara,” kata Kementerian Pertahanan. - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 32206 Replies : 616
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3291 Replies : 39
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39519 Replies : 129
Kisah iblis betina yang tak pernah tidur pt.2
manoppKisah iblis betina yang tak pernah tidur
Views : 7581 Replies : 2
Cafe Chef Wan
GigihadidntCafe Chef Wan
Views : 20600 Replies : 60
ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
kukukud450ALL TRAVEL SERVICE'S BY KUKKU
Views : 1616 Replies : 0
Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gunung, ganggu ketenteraman penduduk. Orang India sendiri tertekan apabila kuil haram dibina di depan rumahnya
ultra78Kuil haram besar ceroboh tanah rizab gun
Views : 45716 Replies : 57
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 356639 Replies : 3525
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63569 Replies : 74
Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau "Bunga Orked" Rakan Ofis
tumpanglalu74Brother Kat Threads Ni Heboh Pasal Bau
Views : 4089 Replies : 100

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.737133 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list