|
Jejaka pemalu tiba-tiba viral selepas wajah dikatakan mirip Tengku Hassanal, sepupu dah lama perasan ada ‘wow factor’!
Ahad, 02 Januari 2022 11:00 AM
Oleh: MOHD IZZAT MOHD KHALIZAN
SAMA tapi tak serupa.
Mungkin begitulah gambarannya mengenai seorang jejaka yang dikatakan memiliki wajah iras Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Video memaparkan wajah Syed Faris Syed Abdul Rahman, 20, turut meraih hampir setengah juta tontonan apabila ia tular di media sosial.
Menurut pemilik video, Syarifah Khyra Muhsin, 30, remaja tersebut merupakan sepupunya yang menetap di Terengganu.
"Faris merupakan sepupu saya. Dia seorang yang sangat pemalu. Tapi saya selalu usik dan kacau dia sejak kecil lagi. Setiap kali jumpa, saya akan mengusik.
"Dia memang ada rupa sejak kecil lagi. Rasanya, dia paling 'elok' dalam adik beradiknya. Tapi yang lain pun cantik-cantik belaka.
"Ramai yang cakap dia serupa Tengku Hassanal. Pada saya, dia bukanlah 100 peratus sama. Cuma ada sikit-sikit bila sekali pandang," ujar wanita itu.
Mesra disapa Khyra, dia tidak menyangka video wajah remaja itu akan meraih perhatian ramai selepas dikongsi ke laman TikTok miliknya.
Selain dihujani lebih 1,000 komen, ada sebilangan netizen turut meluahkan hasrat untuk mengenali remaja berkenaan.
"Video itu saya rakam ketika kakak Faris bertunang minggu lepas. Ketika itu, saya juga sempat ajak dia bergambar. Tak sangka video itu viral.
"Ramai yang tegur mengenai lesung pipit Faris. Ada juga yang bertanya sekiranya dia dah berpunya, ada yang minta akaun Instagram Faris.
"Ada macam-macam komen yang berbeza pendapat. Ada kata wajah dia sama dengan Tengku Hassanal, ada yang kata tak sama. Saya anggap semua komen sekadar gurauan semata-mata," ujarnya.
Menurut Khyra yang juga seorang usahawan, dia pernah berseloroh untuk mengetengahkan wajah remaja tersebut bagi tujuan promosi dan pengiklanan produk kecantikan miliknya.
"Bila dia dah besar, dengan ada beard, nampak lagi kacak. Dia sekarang masih belajar di Politeknik di Dungun, Terengganu. Tapi saya selalu bergurau nak ambil dia jadi model produk.
"Saya ajak, tapi dia malu-malu. Saya rasa dia ada wow factor. Saya pun pernah suarakan pada mak Faris. Mak dia OK saja, cuma Faris malu-malu.
"Saya kata kat dia, ini belum buat makeover. Kalau dah buat makeover, mesti dia nampak lagi segak. Kemudian dia gelak-gelak saja.
"Dia punya tahap malu, kadang-kadang dia akan pakai face mask sejak awal majlis sampai habis majlis. Sedangkan yang ada kebanyakannya keluarga kami saja. Bila bercakap pun dia tunduk-tunduk walaupun dengan sepupu," ujar Khyra lagi.
Mengenai dirinya, Khyra yang juga ibu kepada tiga cahaya mata sudah sembilan tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Dengan kira-kira 3,000 pengedar, produk keluaran Khyra bukan sahaja dipasarkan di Malaysia, malah turut dijual di Singapura dan Brunei.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|