Pelakon dan model Ahya Rosli berkongsi berita gembira apabila isterinya iaitu Shahirah Sanusi selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka.
Menurut Ahya atau nama sebenar Ahya Ulumuddin Rosli, 34, bayi lelaki seberat 3.33 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di ibu negara pada pukul 5.05 petang, Selasa.
Foto: IG
"Alhamdulillah selepas dua tahun akhirnya kami dikurniakan cahaya mata... sepatutnya baby lahir awal Januari depan tapi dia nak keluar awal pula.
"Isteri masuk bilik bersalin selepas Zohor, tanpa sebarang bius atau bantuan ubatan dia berjaya melahirkan anak kami secara normal.
"Isteri saya memang kuat. Alhamdulillah kedua-duanya berada dalam keadaan baik dan sihat. Bayi sempurna sifatnya, wajah pun sama macam saya," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.
Berkongsi pengalaman pertama menyaksikan isteri melalui proses bersalin, Ahya berkata ia satu momen yang tidak mungkin dilupakan dalam hidup.
"engalaman paling menyentuh hati saya apabila melihat isteri meneran nak bersalin... semasa itu saya berada di sebelah dia, saya selawat di tepi telinga dia sambil kipaskan dia sampai keluar air mata melihat kesukaran itu.
"Memang kasihan sangat tengok isteri berpeluh-peluh walaupun dalam bilik bersalin itu sejuk. Mungkin sebab dia terlalu penat kerana menahan kesakitan.
"Saya diberi peluang memotong tali pusat bayi... memang takut sangat masa itu tapi Alhamdulillah semuanya selesai dengan begitu baik. Saya juga dapat azankan bayi, masa pegang baby itu memang rasa happy sangat.
"Selepas tujuh hari InsyaAllah kita rancang nak buat sedikit kenduri aqiqah dan cukur jambul untuk anak kami ini," ujarnya.
Ahya yang juga merupakan anak kepada dramatis terkenal Normah Damanhuri ini berkahwin dengan Shahirah di Bukit Kiara Equestrian, Kuala Lumpur pada 29 Mac 2019.
Sebelum ini, kakak kepada Ahya iaitu Liana Rosli atau Kak KM selamat melahirkan bayi keempat pada 23 Disember lalu. -CARI
Post time 30-12-2021 09:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Skrg ni trend ek citer pasal bini.meneran kat 1 dunia...rasa geli pulak bila terbygkan..mmg la proses nk lahirkn anak tu kna meneran tp bila suami citer kat public
Post time 30-12-2021 10:41 AMFrom the mobile phone|Show all posts
I pernah tgk dia berlakon cite hantu..ingatkan dia ada 6th sense sbb blh nmpk hantu, rupanya dia sendiri dh mati n jd hantu..tp lakonan sgt kayu ye. I komen (baca kutuk) kat ig dia psl lakonan dia, dia gelak2 baca komen i..siap cakap dia baru nk bljr blakon
kalau doa kemahenn tapi mcm kurious mummy laki bini ni. umah die tak pernah adik badik si ahya dtg... aku syak bini nye rimas perangai kampung belah ahya ni kot..
ya la bile balik umah mentua or g umah kak km. tapi tak pernah nengok adik beradik ahya dtg umah ahya ni. kan ade kolam renang sure la anak2 buah depa ngan mak buah batak nak g umah ahya kan... sebab tau family depa ni mcm mane..
Post time 30-12-2021 06:34 PMFrom the mobile phone|Show all posts
erkkkk perluuu kee nak gitau
bukan minik alien beranak method lain keluar lobang lain
ayat klise sangat yachhh anak soleh
moga masin laa mulut ko yahh oii
moga anak heol bersuara lantang bila tengok aunty nyaa buat perangai gelenyar macam fonen baru dapat fooki.
Post time 30-12-2021 08:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lebih kurang je umur sepupu ni,yela masa tau pregnant pun sama je kan ngn kak KM.
Sorang gegel sorang boboy.
Tahniah acik normah dapat 2 cucu penutup 2021 nih.