Mesti ramai tertanya-tanya kenapa Rita Rudaini lantang bersuara di media sosial terutama soal vaksin.
Memberi penjelasan berhubung hal itu di Instastory, pelakon itu mengakui menerima banyak teguran supaya menutup mulut mengenai sesuatu isu.
 Kredit foto: IG
Rita bagaimanapun menegaskan bahawa dia bukan seorang individu yang sanggup melihat perbuatan penindasan, lebih-lebih lagi jika membabitkan diri dan anak-anaknya.
Malah, dia pernah menolak bayaran berlakon apabila ada kru yang tidak menerima bayaran.
"Saya tak nak jaga bontot saya sorang-sorang. Maaf, saya bukan jenis yang pentingkan periuk nasi sendiri.
" ada saya, orang yang membisu dan hanya jaga diri sendiri adalah mementingkan diri sendiri umpama syaitan bisu, sanggup tengok penderitaan orang lain asalkan diri tak terkena tempias," ujarnya.
 Kredit foto: IG/Murai
Bagaimanapun, di akhir hantarannya itu Rita membuat pengakuan dalam nada menyindir bahawa dia boleh saja berdiam diri di rumah dan menyaksikan penderitaan dialami orang lain.
Tak menjejaskan hidup Rita pun kan? - CARI |