|
View: 1428|Reply: 4
|
Dua Pasang Anak Kembar Maut Terbakar- Ibu Balik Shopping Selamba Siap Boleh Hisap Rokok
[Copy link]
|
|
|
London: Tragedi kebakaran sebuah rumah yang meragut dua pasang kembar di selatan London kelmarin mendapat perhatian pelbagai pihak.
Berdasarkan laporan terbaharu, ibu empat kanak-kanak malang itu dikatakan ‘sibuk membeli-belah’, sekali gus didakwa mengabaikan anak-anaknya.
Kyson Bryson, empat tahun dan Leyton dan Logan, tiga tahun bersendirian di rumah di Sutton ketika kebakaran berlaku.
 Foto: Agensi
Keempat-empat kembar itu diberikan bantuan pernafasan oleh orang awam dan pasukan paramedik, namun mereka disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Menurut beberapa jiran, ibu mereka, Deveca Rose keluar membeli-belah dan mendapati rumahnya terbakar ketika pulang.
Seorang daripada jiran itu memberitahu, ibu mangsa hanya pulang antara pukul 8.30 dan 9 malam waktu tempatan, sedangkan kebakaran dianggarkan berlaku sebelum pukul 7 malam.
“Rose masih boleh menghisap rokok dan tidak menunjukkan sebarang emosi apabila melihat keadaan rumahnya,” menurut jiran tersebut.
Wanita berusia 27 tahun itu kini ditahan polis bagi membantu siasatan.
Dalam pada itu, datuk kepada empat kembar tersebut, Jason Hoath menyifatkan kematian mereka sebagai amat tragis.
Sementara itu, siasatan bomba mendapati punca kebakaran mungkin berpunca daripada lampu hiasan Krismas yang dipasang. -CARI
Sumber: Utusan Online |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Isap rokok utk tenangkan fikiran kot..serupa juga dgn ambil alkohol |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
budak 4 tahun, 3 tahun, kena tinggal tanpa pengawasan orang dewasa?? giloo apooo
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya...dua2 pasangan kembar boleh diabaikan mcm tu je...sedih |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Macam sengaja aje maknya tinggalkan anak....bersyukur ke dah takyah susah2 jaga anak kembar 2pasang
Mungkin terlalu penat tapi takde sesiapa tolong |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|