CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 3462|Reply: 71

Ada Golongan B40 Di Sekitar Ibu Negara Tak Mampu Beli Tuala Wanita

[Copy link]
Post time 16-12-2021 10:17 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur– Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi sebuah kajian yang dijalankan mendapati 13.1 peratus kemiskinan haid daripada golongan remaja dan wanita tidak mampu membeli tuala wanita disebabkan harga yang mahal.


Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, kebanyakan golongan yang tidak mampu membeli tuala wanita terdiri daripada golongan B40 di sekitar ibu negara.




Helodoktor.com




“Kajian rintis ini dilaksanakan melibatkan remaja perempuan dan wanita berusia 13 hingga 24 tahun di 13 komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dua insititusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


“Kemiskinan haid merujuk kepada situasi apabila perempuan atau sebuah keluarga mereka tidak mampu membeli tuala wanita disebabkan kekangan kewangan yang dihadapi,” katanya dalam sesi soal jawab di persidangan Dewan Negara hari ini.


Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Datuk T.Mohan (MIC-PUCHONG) yang ingin mengetahui keadaan sebenar masalah kemiskinan haid di negara dan perancangan kerajaan untuk mengatasi isu ini.


Tambah Siti Zailah, KPWKM turut mengadakan program pekerti dengan pemberian kit kebersihan kepada 13,000 golongan remaja sebagai salah satu usaha mendidik remaja tentang pendidikan kesihatan


“Program pengagihan kit pengurusan haid dilaksanakan di 1,105 sekolah seluruh negara melibatkan remaja yang berusia 13 hingga 17 tahun yang menekankan aspek dari sudut kesihatan fizikal dan mental,”jelasnya.- CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Mahu buat bagaimana... Apabila activist mahu sedeqoh pads... Ada warga forum kata tiada maruah
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Edar menstrual cup china tu
Industri tuala wanita ni pun macam scam
Tiap2 bulan kena beli sepanjang hidup
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 01:09 PM | Show all posts
KIM.K: Edar menstrual cup china tuIndustri tuala wanita ni pun macam scamTiap2 bulan kena beli sepanjang hidup


Betul kaka. Educate pakai menstrual cup je lar. Amik free kt kk/kkia. Kalo dah serba serbi miskin & xmampu,t jgn la sampai mati akal truih. Potong2 ken batik lama pn bole,kna rajin basuh la. Tp at least xyah kluaq modai dh kt ctu. Sedangkn mekap pn bole beli. Phone pn xpenah xtopap. Haih
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
alang2 nak bagi bantuan tu, kementerian pun bagi la pad yg boleh cuci semula tu..at least 5 keping..kalu pemalas jugak nak cuci,taktau nak cakap la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi cloth pad ok la. Menstrual cup ni aku dah try guna, xselesa.. depends pada orang kot. Starter pack cloth pad 6-7 keping pon ok, yg penting kena rajin basuh & ada tempat nak keringkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-12-2021 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kang nnt bersidai cloth pad tu dh mcm org sidai baju, korg jgk yg sakitt mata kata malu lah, jaga maruah lah, sidai kt dlm rmh la..
Hello, korg ingat rmh semua org ada kwsn luas, tertutup mcm rmh korg?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2021 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
DIY pada dua henggit je utk 12+1pcs. Takkan yg tu pun tak mampu gak kot??? Mekap sekati dekat muka boleh beli. Enset jenama tak kalah data full sentiasa. Yg keperluan tak mampu pulak. Mampos macam ni punya perangai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2021 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by KIM.K at 16-12-2021 11:35 PM
Thunderclouds replied at 16-12-2021 01:09 PM
Betul kaka. Educate pakai menstrual cup je lar. Amik free kt kk/kkia. Kalo dah serba serbi miskin  ...


Kkia bagi menstrual cup ya
MC sangat jimat belanja dan masa. Seamless, murah satu cup tahan bertahun

Pad kurang efisyen utk heavy flow, too much cleaning
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico: DIY pada dua henggit je utk 12 ...


Sebenarnya I ponnpnah terfikir mcmtu.. Kat diy pon ada yg murah
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2021 12:42 AM | Show all posts
Siapq yg pakai tampon? thampon ke namanya? Zmn kotek bungkosss paper siapa ingatt lolMasa sekolah menengah aku beli ada satu brand nama whisper mahall sgtt utk org zmn tu, tp aku beli jugaklah dr duit sekolah sbb selesa utk pakai pegi sekolah, masa tu mmg kena pakai yg terbaikk sbb remaja heavy flow lol duit sekolah dpt bulanan so dptlah beli pad baguss ada wings klu tak hermmmm mmg masalah besarrr. Dah lah nak kena dealt dgn rasa sakitt yg melampau lagi setiap bulan. So simpati sgtt pd remaja2 yg tak mampu ni semoga ada bantuan utk dorg.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 08:58 AM | Show all posts
tuala wanita 5 ringgit je. apa ke bodoh?

cakap je lah pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 09:24 AM | Show all posts
brand giant tu murah je...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 16-12-2021 02:24 PM
DIY pada dua henggit je utk 12+1pcs. Takkan yg tu pun tak mampu gak kot??? Mekap sekati dekat muka b ...

Betul....takkn rm2 pun tak mampu....

Mampusss lah klu pangai mcm ni....beli bulu mata palsu ada duit pulak
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 04:15 PM | Show all posts
guna menstrual cup .....

xpun pegi kedai dua hengget 20 sen ... ada bungkus kecil ....
cukup lah untuk satu/dua kitaran
kalau ada rezeki lebih ... untuk simpanan beberapa kitaran ...

kat DIY pun ada ......
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aerhys at 24-12-2021 04:23 PM
krustykrab replied at 16-12-2021 01:36 PM
Kang nnt bersidai cloth pad tu dh mcm org sidai baju, korg jgk yg sakitt mata kata malu lah, jaga ma ...


Cloth pads boleh saja sidai dalam rumah jika tak ada kawasan tertutup di luar. Dalam bilik pun boleh. Cloth pads kecil saja, bukan sidai seperti baju. Gantung di hook/ hanger letak bawah kipas atau dekat dgn kipas. Pasang kipas dan tinggal semalaman. Unless terlalu miskin kipas pun tak ada, then mungkin ambil masa sikitlah utk kering. Personally i think using cloth pad is cheaper, environmental friendly, hygienic and more comfortable. Kecuali memang jenis malas nak membasuh. Rendam saja dlm mild detergent for about an hour or less hilanglah kotoran degil. Tak perlu sental. Jika travel bawa small wet bag yg boleh simpan dlm purse boleh simpan soiled pads dan basuh bila sampai ke destinasi. Eh dah macam penjual cloth pads ya Just my suggestions saja ni. Ikutlah kemampuan masing2, ada byk choices cuma mahu atau tidak saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2021 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Aerhys replied at 24-12-2021 04:20 PM
Cloth pads boleh saja sidai dalam rumah jika tak ada kawasan tertutup di luar. Dalam bilik pun bol ...

Tu lah..ikut la pada keselesaan memasing..mcm iol selesa dgn disposable pads je, insyallah mampu beli lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Beli smartphone boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 24-12-2021 04:26 PM
Tu lah..ikut la pada keselesaan memasing..mcm iol selesa dgn disposable pads je, insyallah mampu b ...

I used to wear disposable pads too but my skin is sensitive. Sejak bertukar ke cloth pads bebas chemicals dan toxic materials tak ada lagi masalah ruam. It's good that you don't have skin problems boleh pakai apa saja.
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 04:57 PM | Show all posts
org dulu2 elok jer pakai kain or sapu tangan. lepas guna basih bersih2 kalo sidai org tak tahu. sebenar malas dan nak kena suap.. biar miskin tapi rajin akan ada jer akal nak buat macam mana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.077457 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list