CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2048|Reply: 19

Ingat Lagi Salma, Juara Mentor 5? Tak Aktif Media Sosial Punca Nama Tenggelam

[Copy link]
Post time 10-12-2021 08:11 AM | Show all posts |Read mode
"Saya tak aktif di aplikasi Smule, TikTok serta pelbagai lagi dan orang pun tak kenal saya ini siapa. Kalau setakat TV mungkin mereka tahu siapa saya tapi selepas itu hilang dan lupa begitu saja," kata penyanyi Salma Asis mengulas kegagalannya mencuri hati peminat sebelum ini.


Juara Mentor 5 pada 2011 dan 3 Juara pada 2016 ini berkata, kurang mesra dengan aplikasi terkini menjadi punca dia tenggelam dari radar industri seni tanah air.




Salma dan keluarga, Foto: Harian Metro




"Semasa menang Mentor lagi perkara ini sudah berlaku di mana orang lebih tertarik dengan bakat kelahiran Smule. Mungkin cita rasa orang dah bertukar.


"Sekarang kita boleh tengok penyanyi yang suaranya hebat pun tak popular berbanding yang menyanyi lagu ala santai dan boleh menari TikTok cepat naik dan dikenali. Saya tidaklah terasa hati kerana mungkin ini trend zaman sekarang. Saya tak boleh nak salahkan industri kita kerana ini zaman mereka untuk dapat perhatian," katanya kepada Harian Metro.


Menurutnya, mereka yang memilih aktif di aplikasi begini perlu konsisten dengan apa yang dilakukan. "Hari-hari kena muat naik video agar orang kenal dan senang ingat. Saya tak tertarik sangat kerana rasa benda ini remeh dengan TikTok dan yang lain-lain.




Foto: mStar




"Lagipun macam tak sesuai saya buat TikTok kerana saya pun ada anak dan mereka sudah besar. Kalau tengok emaknya terkinja-kinja dekat TikTok mesti mereka nak ikut benda yang sama.


"Kita tak nak anak-anak kita terjerumus dalam TikTok dan itu sebabnya saya tak buat. Mungkin zaman sekarang zaman tular, jadi tak naklah tular dengan benda tak elok kerana anak pun dah besar," katanya. Penyanyi yang mempunyai tiga anak ini mengakui anak-anaknya suka menonton TikTok.


"Anak yang sulung kini berusia 14 tahun. Saya memang tak suka mereka tengok TikTok dan pantau mereka. Setakat ini mereka tiada akaun TikTok. Kalau sekiranya mereka tengok perbuatan yang tak beradap seperti bercakap kasar dan biadap, saya terus larang mereka tengok," katanya.


Salma bakal tampil dengan single terbaru berjudul Memuja Asmara ciptaan Asturi dan Yan Senara terbitan Mohd Fazli Hassan dan Asmadie Mokhadar di bawah syarikat Eria Ventures SB & Maiamanja Pictures SB. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Suara mmg power..
Tp i jenis xsuka sgt dgr jerit2..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 08:52 AM | Show all posts
Elok lah tu tak aktif media sosial. Elok terus kalau tinggalkan niat jadi penyanyi ni. Hidup kena bergelumang dengan kontoversi barulah ada kick sikit untuk kekalkan momentum popular. Tengok lelaki dengan anak-anak pun rasanya tak sesuai lah kalau nak teruskan jadi penyanyi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 09:25 AM | Show all posts
nok, kau feeling? Tengok Dato' Sri Siti Nurhaliza, Anuar Zain, dan lain-lain top artist, semua ada je Tik Tok, ada socmed, siap boleh maintain bertahun-tahun. Bukan suruh kau berjoget bertenggek pun, mostly update diorg punya career life, kau tak nak libat personal life pun boleh je nyehhh....takyah nak feeling socmed tu jahat, walhal kau memang sendu pun, masuk lah apa pun boleh menang, tapi kalau attitude kau feeling-feeling kau sentiasa terbaik tu silap lah...memang pulang balik ke kuburan je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 09:26 AM | Show all posts
suara sedap
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
X Pasti ni tnye je.
Bkn ke laki die yg dera anak tiri die..
Anak perempuan die tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2021 09:31 AM | Show all posts
nok, kau feeling? Tengok Dato' Sri Siti Nurhaliza, Anuar Zain, dan lain-lain top artist, semua ada je Tik Tok, ada socmed, siap boleh maintain bertahun-tahun. Bukan suruh kau berjoget bertenggek pun, mostly update diorg punya career life, kau tak nak libat personal life pun boleh je nyehhh....takyah nak feeling socmed tu jahat, walhal kau memang sendu pun, masuk lah apa pun boleh menang, tapi kalau attitude kau feeling-feeling kau sentiasa terbaik tu silap lah...memang pulang balik ke kuburan je lah...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 09:35 AM | Show all posts
Tapi dia aktif kat starMaker. Ajl berapa tahun lepas pun dia ada kan? Lagu ajai. I thought dia dah tak bersama dengan azri. Moga baik2 aja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 10-12-2021 09:27 AM
X Pasti ni tnye je.
Bkn ke laki die yg dera anak tiri die..
Anak perempuan die tu..

Baru nak tanya soalan sama. Anak cmne? Masih dok skali ke dgn bapak tiri yg dituduh mendera dlu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 09:43 AM | Show all posts
ashilalat replied at 10-12-2021 09:40 AM
Baru nak tanya soalan sama. Anak cmne? Masih dok skali ke dgn bapak tiri yg dituduh mendera dlu?

Yang dalam gambar atas ni, anak suami baru ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 10-12-2021 09:40 AM
Baru nak tanya soalan sama. Anak cmne? Masih dok skali ke dgn bapak tiri yg dituduh mendera dlu?

Btol ke die yg ade kes tu...

Tu anak yg 14thun tu la

Mcm bapa tiri same lg..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 10:17 AM | Show all posts
tak hengat. hengat ajl kuota salmah jahh. sempena heshe ni kah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 10-12-2021 09:25 AM
nok, kau feeling? Tengok Dato' Sri Siti Nurhaliza, Anuar Zain, dan lain-lain top artist, semua ada j ...

Pastu ujung2 dengki ngn retis ada follower berjuta dapat job sana sini jadi duta sana sini
Sambil sindir2 konon retis tu beli follower bagai.
Padahal ko tengoklaa berapa puloh ribu dh dia post gambar kat instagram tu, dah berapa lama dh dia ada acc socmed.
Hari2 berapa kerap dia post, tahukah korang bila korang tak aktif kat socmed mmg acc korang akn makin mendap, tak naik kat feed dan follower akan berkurangan sampai la tinggal sorang dua.
Takde sapa nak follow acc yg tak aktif.Sbb iols penah tak aktif sampai 4 tahun mmg gitu la jd sendu kawan2 pun dh tak koser nak follow kita lagi.
Ni zaman socmed kena ikut trend dan peredaran zaman laa kalau ko bebetul nk seriu dlm bidang seni ko tu.
Igt retis yg menari2 kat tiktok tu mmg sesaja ke? Rata2 semua founder product, sambil nari2 dia spray perfume, buat video nari2 sambil cuci muka bagai.
Kawan iols siap ada join kelas tiktok lagi utk marketing product dia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 11:54 AM | Show all posts
dia ni suara sedap jugak. hurmm tgu gv jelaaa
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
So nak masuk gv berapa ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
aina abdul dkt 5 tahun kot dok nyanyi cover dkt youtube.. bljr sampai boleh buat lagu. ujung2 prg appreciate jgk… moral ilmu kena ade.. lagu jerit2 tak semua org suka…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Pelik kenapa she x famous tp aina abdul boleh famous. Suara sama jah. Betul la mmg wajib ada bad publisiti
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 07:36 PM | Show all posts
yg menang AF, One in a Million tu pun sendu... apatah lagi Mentor yg orang tak tengok ponnnn
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry to say, dia mmg xde aura utk jadi glemer..menang2 utk pertandingan tu yer la..tapi lepastu forgettable je la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2021 03:13 PM | Show all posts
yang penting suara dia sedap.haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2026 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.408682 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list