CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6225|Reply: 66

Tak Pernah Paksa Atau Kata Apa-Apa, Fahrin Ahmad Bersyukur Akhirnya Isteri Bertudung

[Copy link]
Post time 9-12-2021 09:17 AM | Show all posts |Read mode
Perubahan imej isteri yang kini menutup aurat dan berhijab sejak awal tahun lalu membuatkan pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad benar-benar bersyukur dan gembira.


Fahrin, 42, berkata, dia tidak pernah memaksa isterinya Elena Eleas melakukan perkara itu, sebaliknya selalu berpesan bahawa perkara itu merupakan satu tanggungjawab yang wajib untuk setiap wanita Islam.


Pelakon drama Dear Cinta ini juga mendoakan pasangannya itu terus istiqamah dengan keputusan tersebut.






Foto: IG




"Saya tak pernah memaksa atau kata apa-apa, sebab saya nak benda itu datang daripada hati dia sendiri. Sebelum isteri berhijrah lagi saya dah pernah berpesan kepadanya, memakai hijab merupakan satu tanggungjawab.


"Tak boleh nak pakai sebab nak ikut orang atau hanya sekadar mencuba, kena bersedia untuk berubah dari segi penampilan dan pembawakan diri apabila sudah berhijab.


"Memang terkejut sebab saya dapat tahu isteri berhijab sewaktu dia upload gambar di media sosial waktu hari pertama memakai tudung. Jauh dalam sudut hati saya mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar isteri istiqomah, Alhamdulillah...semuanya berlaku naturally," katanya kepada mStar.




  



Fahrin mendirikan rumah tangga bersama Elena Hani Eleas, 41, pada 9 Mei 2015 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Khalifa Fahrel yang kini berusia lima tahun.


Dalam perkembangan seni, Fahrin menganggap tidak menjadi masalah pemilihan pelakon dilakukan berdasarkan jumlah pengikut di media sosial.


Bagaimanapun Fahrin berkata, bakat individu berkenaan perlu diasah terlebih dahulu supaya tidak menjejaskan kualiti karya sebuah produksi.




  



"Kalau nak bandingkan zaman saya dahulu sebelum ada media sosial ini, kita lebih memandang kepada bakat yang ada pada seseorang untuk diketengahkan.


"ada pendapat saya mungkin ada juga sesetengah pihak mengambil pendekatan ini sebagai satu jalan pintas untuk menjadikan hasil karya mereka mendapat tontonan yang lebih tinggi.




  



"Tetapi jika jumlah follower digunakan sebagai penanda aras untuk menjadi seorang pelakon, nanti orang akan persoalkan pula mutu lakonan. Paras rupa dan jumlah followers merupakan satu kelebihan, tetapi mereka juga perlu diberikan latihan untuk menggilap bakat," ujarnya.


Dalam perkembangan lain, Fahrin bakal keluar dengan drama berjudul Khilaf Asmara terbitan Radius One yang bakal menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Nelydia Senrose dan Fattah Amin. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 09:56 AM | Show all posts
alhamdulillah. moga terus istiqomah
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah bagus bagus. moga kekal istiqamah
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:39 AM | Show all posts
berita baik, tahniah and semoga terus istiqamah..
fahrin tetap yummeyh dimata mek
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Lawo isteriiii........
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 10:48 AM | Show all posts
moga istiqomah. happy tgk married life dorang ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2021 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan amy mastura tadi. Samaa, btw bini dia cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Cantik bini die putih melepakkk

Mcm muka pengacara wow shop sorang tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
wak_pijah replied at 9-12-2021 11:16 AM
Ingatkan amy mastura tadi. Samaa, btw bini dia cantik.

Aku pun nampak mcm amy mastura versi tembam.
Cantik. Semoga istiqamah
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 11:32 AM | Show all posts
alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 11:41 AM | Show all posts
alhamdulillah syukur.. aku doakn rumah tangga dorg bahagian sentiasa.. amin yra..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau tau tak apa maksud gosip tu???????
Lain la pahrin ni yg nak pakai tudung lehnat
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 11:48 AM | Show all posts
alhamdulillah..tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 12:09 PM | Show all posts
Jual produk oem gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 12:16 PM | Show all posts
ok alhamdulilah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Wife dia ni sejenis cantik, freehair cantik pakai tudung pon cantik. Tp masa sblm kawen dulu lg cantik ????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 12:46 PM | Show all posts
ini la first time iols tgk muka anak heols..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Encem anak nya.. sok2 berjodoh ngn lara hihi
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
aiols je ker rase wife heols x cantik sbb cucuk botox?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2021 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak wangi bersih family ni
Anak pun helok je
Hensem bila besar ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.376746 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list