Kemerdekaan Erti sebuah kebebasan Mengasuh kita mencintai keamanan Enggan kita lepaskan, Rasa bangga berbunga di dada Di daerah merdeka yang permai ini Engkau dan aku menikamatinya Kekal dibawah rahmat Illahi, Aku dan engkau anak merdeka Anak bangsa yang untung menikmati Nikmat kemerdekaan ini
Kalaulah anak bangsa hari ini mengerti.. Entah mengapa nilai jati diri anak bangsa hari ini semakin pudar Meratapkah aku dengan kepincangan sosial ini
Enakkah anak muda hari ini dibuai kelalaian nan sementara ini Ramaikah yang masih berpaksikan adat, adab dan susila tinggalan nenek moyang dahulu kala Dalam mencari kegemilangan bangsa yang hilang dimamah penjajah aku bertemu erti kekuatan Erti perjuangan dan erti kesetiaan Kuharapkan merdeka ini penuh makna buat generasiku kerna ia bukan mainan semata Apa yang kita nikmati hari ini adalah perjalanan tamadun beribu tahun sejarahnya Anak-anakku,pengalaman dijajah beratus tahun telah melunturkan kegemilangan bangsa Namun akhirnya kita merdeka tanpa berhunus senjata dan sayangilah merdeka ini..
KITA TELAH LAMA BEBAS
ENGKAU DAN AKU GENERASI MERDEKA
MELIHAT DARI PERBEZAAN PEMIKIRAN
ERTI SEBUAH KEMAJUAN
RASA MUAK DENGAN HAMBA-HAMBA POLITIK
DI DALAM DIRI MEREKA LAH YG BENAR
ERTI KEMERDEKAAN SEMAKIN KABUR
KERANA POLITIK YANG SEMAKIN DI AGUNGKAN
ANAK BANGSA PULA SEMAKIN HANYUT
ADA YG MELARAT DAN MEREMPAT
NIKMATKAH KEMERDEKAAN INI?
Kehebatan sebuah kemerdekaan bukan terletak pada nombor-nombor tahunnya Enak mengulit rasa, sehingga terlupa sebuah memoir duka Merdeka tak pernah mudah, tapi sering dipandang tanpa jiwa oleh mereka Entah mengapa mereka seolah terlupa erti sebuah kemerdekaan Resah rasa hati memenuhi segenap rongga Desir angin kuutus agar membawa pesanan ini Ertikanlah kemerdekaan ini, ertikanlah ia Kerana kamu perlu menyampaikan erti tersebut pada generasi seterusnya Anggap sejarah silam sebagai satu pedoman Agar dijadikan suluh hidup dalam mencapai kemajuan, kerana... Negara yang lupa sejarah adalah negara yang menempah kegagalan untuk kesekian kalinya
Mari kita kembali menyelak naskhah-naskhah luka bangsa entah pernah dibaca warga muda atau hanya dipandang sepi malam langit kelam adalah igau ngeri para nenek moyang pejuang bersama membina musim gundah mimpi indah apakah yang tinggal saat angin perubahan datang bertandang cuba menjarah kembali atas nama teknologi atau menjalar berlenggang lenggok kerana kemajuan Ke mana hala tuju jatidiri anak bangsa entah masih utuh atau menanti saat relai berderai mahukah kita menjadi saksi bisu esak tangis derita anak cucu andai kecundang lagi ditanah sendiri? ratib dan mentera difasih kembali dalam jiwa datang bersama dengan sejuta wangian kesedaran kerana esok adalah milik anak cucu yang menjadi pewaris kita kembali menulis aksara-aksara sumpah atas kalam semangat dipinjam dari pejuang lampau akan sebuah kesaksian citra makrifat negara ini adalah tanah berdaulat!
Maaf sebab lambat bagi kredit... Tapi itu bukang makna aku lupa... Heh! Heh! Heh! Berikot adalah senarai pemenang yang telah pong aku bagi 'ketolang batunya' mengikot ranking... Tahniah kepada pemenang...
01 Membaca Kemerdekaan - attokz (10)
02 Tinta IX - hunt_fear (09)
03 try test ayt - plasterhati (08)
04 coba nasib - ctaz (07)
05 yang memendam rasa - Siot_Jer (06)
06 sajak sepatah dua - a1a (05)
Ketika bendera-bendera berkibar di udara, kemerdekaan telah pun kalian rebut dan telah kalian wariskan kepada negeri ini.
Engkau menjadikan kami generasi yang tidak kenal lagi rasa rendah hati seperti yang kalian rasakan di zaman penjajah.
Maka semua ini akan membuah kesedaran pada kami lalu burung-burung bernyanyi di dahan-dahannya dan kami berteriak “Merdeka!”
Entah bila kala sore ini datang, menghayati muzium yang lengang dan darimu berpesan; ‘bertatihlah sendiri,' nun dari kejauhan dan,
Redha di bawah patung kemerdekaan yang letih kerana berjuang di waktu kebebasan adalah impian keabadian.
Dan tersorok di bawah mimpi reformasi; kering seperti dulu ketika tubuhmu terkapar penuh luka dan negeri yang kacau mengubur riwayatmu dalam sejarah berdebu.
Elusan angin mengibarkan tirai serta pucuk-pucuk cemara ke musim perjuangan pada suatu sore yang sepi ketika rinai hujan menitis di jendela.
Kemerdekaan ialah ketika hati nurani bebas melangkah dengan gagah, bebas berkata tanpa terbata-bata.
Akan tetapi sungguh hatiku amat pilu ketika kudengar lagi tangis berjuta rakyat dibungkam mulutnya
Aku turut menangis berjuta mata yang terus melihat tapi dipaksa untuk tidak mengatakannnya
Negara ini turut menangis ketika berjuta telinga yang terus mendengar omongan kosong pemimpin Negara, namun sungguh aku tetap mencintaimu, Malaysia.