View: 23311|Reply: 168
|
"Ini Drama Bollywood 3 In 1,"- Nynaa Harizal Tak Jadi Cerai, Kembali Taat Suami
[Copy link]
|
|
Kemelut rumah tangga yang berlaku antara Nynaa Harizal dan suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas sampai ke penghujung akhirnya.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk berbaik.
Foto: IG
Pasangan tersebut hadir menaiki kenderaan yang sama ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi pada Rabu bagi sebutan kes tuntutan nusyuz yang difailkan suaminya 12 November lalu.
Peguam yang mewakili Fahmi, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar menyatakan hubungan berjaya diselamatkan dan tiada isu nusyuz.
"Hari ini di hadapan hakim Muhammad Yusof Sulaiman kita berjaya merekodkan penyelesaian atau perintah persetujuan antara kedua belah pihak.
"Antara terma-termanya akan diberitahu melalui sidang media akan datang dan salah satu daripadanya adalah kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berbaik semula.
BACA: Tak Dera Mental, Fizikal- Suami Nynaa Harizal Ada Bukti Kemesraan Mereka Berdua
BACA: Video Nynaa Harizal Berseronok, Tak Macam Kena Culik Pun?
"Jadi tiada isu lagi, tiada isu nusyuz dan semuanya kembali taat dan seperti dapat dilihat pasangan ini hadir secara baik dan bersama.
"Alhamdulillah rumah tangga mereka dapat dipelihara dengan izin Allah," ujarnya kepada mStar.
Foto: mStar Online
Fahmi kata tak lama lagi dia akan menjelaskan apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka secara terperinci kepada media tak lama lagi.
"Apa yang penguam saya cakap adalah benar, kami akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat.
Foto: mStar Online
"Kami akan jelaskan segalanya tentang situasi kami, kalau kamu minat drama Bollywood... ini adalah drama Bollywood 3 in 1.
"Dekat sidang media nanti anda boleh tanya semua soalan yang ingin diajukan sebab mahkamah dah bagi perintah, kertas kerja akan siap petang ini atau esok."
Syukur, semoga yang baik-baik sahaja selepas ini. Tak sabar nak tahu kisah sebenar di sebalik drama culik-menculik sebelum ini. Tak gitu?-CARI |
|
|
|
|
|
|
|
pulak...okay dah boleh masuk gua balik. Harap lepas ni takde drama kena paksa begitu begini pulak ye, berdasarkan track record siblings laki sheols... hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik meols team shuben sheols dr awal! Mmg ting tong bethol pompuan ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Hahahahaha kita semua kena scam ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Either tiba² kerajaan jamaica yg kalah main guli semalam dah u-turn tak jadi pilih dak jelly ni sebab tiba² meletup cerita OR semua org kena scam dgn dua² makhluk. |
|
|
|
|
|
|
|
tahun 2022 mungkin akan ada season 2 pulak. percayalah |
|
|
|
|
|
|
|
drama bangsat apa la yang korang lakonkan ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah tu kembali berbaik.lakinya betul2 sayang lah tu tak nak lepaskan.harap mak bapak nynna selagi lakinya tak buat benda jahat kerjakan nynna mencurang ke tak payah lah masuk campur dh kawin pun anak tu bagi masa lah nak sesuai kan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Skeri nya.. kalau iolss baik cerai terus je.. igt boleh bahagia ke bila kau dah cerita smua kat public sebelum2 ni.. family pon mesti dah jauh hati.. mcm kene paksa stay pon ade pompuan ni.. skeri betul dunia kayangan |
|
|
|
|
|
|
|
tomaz replied at 1-12-2021 12:29 PM
Skeri nya.. kalau iolss baik cerai terus je.. igt boleh bahagia ke bila kau dah cerita smua kat publ ...
Sbb tu ada negara yg sggp jd republik. Xkuasa nk menten sejarah2 bagai ni. Antaranya sbb mcm ni ler |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur... Dah together gether kembali. Cam lawak pulak. Mungkin tak banyak job berlakon. Almaklum la pkp berderet2 itu yg nak kena buat drama sendiri.
Moga baik2 je la lepas ni. Apa lg nak dah masuk dlm golongan kayangan pun. Pasang badan jaga shuben dah. Mandi duit le nnt. |
|
|
|
|
|
|
|
so nina dh blh kua dr johor ke…bulu dh lbt tumbuh pon xpandai guna a aakal |
|
|
|
|
|
|
|
tomaz replied at 1-12-2021 12:29 PM
Skeri nya.. kalau iolss baik cerai terus je.. igt boleh bahagia ke bila kau dah cerita smua kat publ ...
Rasanya fami ni dah payah la nak baik2 dan rapat2 dgn family nynaa ni, sebab dah pakai press bagai, buka citer, pasal isu kewangan bagai, adess, tu pun tak tau la. Hati dah terguris tak mungkin elok lagi dah, luka sembuh tapi parutnya tetap ada, aaa gitew |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 1-12-2021 11:59 AM
oooo ok nasib baik dah berbaikk... boleh la @Acikgomen duduk tido lena mengingati dahi hitam si hari ...
Acikgomen - 1
Dudaberhias - 0
Tamat
|
|
|
|
|
|
|
|
Forumers kena game ke?
Tunggu press conference je |
|
|
|
|
|
|
|
Normabaru replied at 1-12-2021 12:40 PM
so nina dh blh kua dr johor ke…bulu dh lbt tumbuh pon xpandai guna a aakal
Agar2 dah kena jemur kering la kaka norm
Buat persiapan kuih raya ajjiommmmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Emm..tah la..
Susah nak caya berbalik romantik gitew..
Mcm something fishy..
Apa pun tetap mendoakan keharmonian rumah tangga diaorg |
|
|
|
|
|
|
|
fahdramli replied at 1-12-2021 12:43 PM
Rasanya fami ni dah payah la nak baik2 dan rapat2 dgn family nynaa ni, sebab dah pakai press bagai ...
Meols puji tindakan shuben nina ni. Biar mati kerana pertahankan chenta. Melainkan ada bukti lakinya ada kes curang/mendadih/domestic violence/biawak hidup. Yang ni mmg mak pak mesti masuk campur |
|
|
|
|
|
|
| |
|