CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4874|Reply: 79

[Tempatan] ASNB umum agihan pendapatan 2.74 sen ASN Imbang 1

[Copy link]
Post time 30-11-2021 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
AMANAH Saham Nasional Bhd (ASNB) pada Isnin mengumumkan pengagihan pendapatan 2.74 sen seunit bagi ASN Imbang (Mixed Asset Balanced) 1 (ASN Imbang 1) untuk tahun kewangan berakhir 30 November 2021.

Ia melibatkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM27.46 juta bagi unit amanah harga berubah itu.


Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan pengagihan, yang diumumkan syarikat pengurusan unit amanah milik penuhnya itu, adalah bersamaan hasil dividen sebanyak 2.85 peratus berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) terkini dana.

“Jumlah pengagihan pendapatan yang diisytiharkan adalah bersamaan 2.74 sen seunit yang memberi manfaat kepada 44,752 pemegang unitnya dengan pelaburan berjumlah 1.00 bilion unit,” menurutnya dalam kenyataan.

Setakat 26 November 2021, ASN Imbang 1 mencatatkan jumlah pulangan sebanyak 6.92 peratus, mengatasi penanda aras 50 peratus Indeks 100 Teratas FTSE Bursa Malaysia (FBM 100) dan 50 peratus deposit tetap 12 bulan Maybank sebanyak 7.13 peratus, tambahnya.

Menurut PNB, pengagihan yang diisytiharkan akan dilaburkan semula secara automatik ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Disember 2021.

Dalam tempoh yang sama, ASN Imbang 1 mencatatkan pendapatan bersih direalisasikan sebanyak RM31.20 juta, sebahagiannya didorong oleh strategi kepelbagaian pelaburan ke pasaran antarabangsa, jelasnya.

“Sehingga kini, dana ini memperuntukkan sekitar 21 peratus daripada asetnya dalam ekuiti global yang menyumbang 61 peratus kepada pendapatan kasar.

“PNB akan meneruskan momentum usaha mempelbagaikan portfolionya agar institusi ini dapat memberikan pulangan yang mampan kepada para pemegang unit,” tambahnya.

Urus niaga di semua cawangan dan ejen ASNB untuk ASN Imbang 1 telah ditangguhkan buat sementara waktu dari 26 hingga 30 November 2021 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan.

Pemegang unit boleh menyemak dan mengemas kini akaun mereka di portal myASNB (www.myasnb.com.my), melalui aplikasi mudah alih myASNB, atau di mana-mana cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara apabila urus niaga beroperasi semula pada 1 Disember 2021. - Bernama

Apa pandangan forumer semua?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana @Acikgomen asb biliun biliun

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
ASN imbang 1 ni apa ek?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 30-11-2021 01:10 AM
Mana @Acikgomen asb biliun biliun

Sikitnye
Baik acik park duit FD kat bank jehhh
Koman2 dpt guna facility bank yg ada
Boleh jugak haku sembang kari kat porem nak beli rumah sana sini
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:19 AM | Show all posts
So boleh humban loan asb ke apa ni? Kerajaan melayu moslem masih mengekalkan dividen asb serendah 2 sen sesaham.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:27 AM | Show all posts

Imbang 1- kepelbagaian pelaburan/ Mixed Asset.
Kalau Imbang 3 rasonya utk pelabur Unit Trust/ Equity.






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2021 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni ASN, bukan ASB.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:42 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 30-11-2021 08:19 AM
So boleh humban loan asb ke apa ni? Kerajaan melayu moslem masih mengekalkan dividen asb serendah 2  ...

Kalau akak....dah lama cabot lari.

Tahun
Dividen (sen)
Bonus (sen)
Jumlah (sen)
2010
6.00
6.00
2011
6.05
6.05
2012
6.30
6.30
2013
6.45
6.45
2014
6.45
6.45
2015
6.10
6.10
2016
5.00
5.00
2017
3.65
3.65
2018
3.25
3.25



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 08:45 AM | Show all posts
makin teruk,baik simpan kat bank je  kalo gini
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 08:54 AM | Show all posts
Ciputnye asn..ke mmg gitu je div dia sblm ni? Apa la nasib asb plak…
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:01 AM | Show all posts
asb belum declare lagi rasa
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:04 AM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 30-11-2021 09:05 AM

dats y now meols masuk rakuten trading

bukan rakuten viki tu ye
so far dah merasa la dividend maybank... berkat mora yg korang2 amek dulu tu.. bank hutong biliyun2..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:09 AM | Show all posts

kut ini agihan ASB mau kena bako ASNB tu

tp rasa this year mmg rendah.,.. ntah2 4 pun tak sampai, tp ye la nak election ni rasa mmg cecah 4 la.. kang harus umah2 kepam tak undi umngok
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:11 AM | Show all posts
Acikgomen replied at 30-11-2021 08:04 AM
Sikitnye
Baik acik park duit FD kat bank jehhh
Koman2 dpt guna facility bank yg ada

ehh chuols jota2 takkan preffered client manager tak hapdetttt

selain dr dapat the edge punya copy
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:16 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 30-11-2021 09:09 AM
kut ini agihan ASB mau kena bako ASNB tu

tp rasa this year mmg rendah.,.. ntah2 4 pun tak sampai, ...

Takdo kena mengena dengan election dek.
Kalau portfolio theyols dlm hartanah, bursa saham...redho sajor 2 percen.
3 persen tu dah kiro miracle.
Saham2 dan hartanah2 zaman kobid ni meriah memang naik kannn...ko ghaser?

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 09:17 AM | Show all posts
ketipongtipah replied at 30-11-2021 09:16 AM
Takdo kena mengena dengan election dek.
Kalau portfolio theyols dlm hartanah, bursa saham...redho  ...

mana tahu nak kasik gula2
sbb ASB tu bumi je boleh beli and capped at rm200K jeww

and selalu paling tinggi antara smerr


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2021 09:32 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 30-11-2021 09:17 AM
mana tahu nak kasik gula2
sbb ASB tu bumi je boleh beli and capped at rm200K jeww

Mebi...kito lihat siapa yang bakal kena.
Kito putar dulu Halim..."ASB kekal kompetitif" katonyo gitooo..

2020: 4.25 + 0.75 (pengagihan ehsan)
2019: 5.00 + 0.50
2018: 6.50 + 0.50
2017: 7.00 + 1.25
2016: 6.75 + 0.50
2015: 7.25 + 0.50
2014: 7.50 + 1.00
2013: 7.70 + 1.00
2012: 7.75 + 1.15
2011: 7.65 + 1.15
2010: 7.50 + 1.25

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:29 AM | Show all posts
Harap2 kita tak disakiti oleh asb....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:32 AM | Show all posts
iols speku tahun ni div asb 3.75
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2021 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 Asb tahun ni dpt 5%...jgn turun lg udah la ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.050068 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list