|
Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim berdepan detik cemas apabila anak perempuannya, Nur Amna Qalesya, sembilan tahun mengalami kecederaan pada bahagian dahi akibat terhantuk di bucu pintu hingga koyak, semalam.
Sheila bekata, dia dan Lan dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bagi memeriahkan program Gegar Vaganza (GV) namun terpaksa bergegas pulang sebaik saja dimaklumkan mengenai insiden menimpa anaknya itu.
Foto: IG
"Kisah malam tadi, saya dan suami baru saja keluar rumah hendak ke PICC untuk menghadiri program GV. Baru keluar dalam tiga minit, nenek telefon minta patah balik ke rumah kerana dahi Kak Long koyak.
"Rasa seperti hendak meletop dada. Sepanjang hendak patah balik rasa seperti lambat lampu hendak hijau. Sehingga sempat saya melihat semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk melihat punca kejadian.
"Jadi nampaklah, luka terbabit berpunca daripada terhantuk pada bucu pintu. Adoilah anak, begitulah sementara hendak besar kan? Nampak gayanya minggu depan sajalah kami ke PICC ya," kata Sheila.
Terdahulu, Lan dan isteri pernah berdepan insiden sama apabila anak lelakinya, Akid terkoyak pada bahagian kepala pada Ogos 2018.
Lan ketika itu sedang menghadiri sesi temu bual di konti Suria FM.
Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 6 dan Muhammad Akid Qassyaff, 5 dan Nur Amna Quxandra, 3 tahun.-CARI
Sumber: Harian Metro
|
|