CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4951|Reply: 27

'Suami Mula-Mula Tak Tahu Saya Penyanyi' - Zee Avi Rancang Honeymoon Di Kampung Suami

[Copy link]
Post time 27-11-2021 12:04 PM | Show all posts |Read mode





Penyanyi Zee Avi atau nama sebenar, Izyan Alirahman, 35, yang baru beberapa hari bergelar isteri kepada Kenji Matano, 41, menceritakan bagaimana suami yang berketurunan Jepun itu tidak tahu dirinya artis ketika mula berkenalan.


Menurut penyanyi kelahiran Sarawak ini, Kenji mula mencari dan mendengar lagu-lagunya selepas bertemu di satu majlis, seperti mana dipetik dari temubualnya bersama Berita Harian.


"Kami berjumpa pada majlis anjuran teman di sebuah premis di Kampung Attap, di sini pada 2018. Ketika itu, saya baru pulang ke Malaysia selepas menjayakan siri jelajah mini di Eropah, persembahan di Bali, Indonesia dan Shanghai, China.

"ada perjumpaan itu, kawan-kawan menyuruh saya menyanyi lagu Kantoi. Ketika itu, dia sedar semua orang tahu lirik lagu berkenaan, kecuali dirinya.

"Bagaimanapun, saya gembira dia tidak tahu siapa saya sebelum ini. Jadi, dia dapat kenal Zee Avi sebagai diri saya sendiri," katanya kepada BH Online.







Berkongsi lanjut mengenai Kenji melalui sidang media secara virtual, petang tadi, Zee Avi berkata, suaminya yang bekerja sebagai penganalisis kandungan di sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) tempatan sejak empat tahun lalu, melengkapi hidupnya.


"Dia baik hati, memahami, tenang dan penyabar. Sifat ini bagus untuk seseorang seperti saya kerana personaliti kami agak berbeza.

"Kesimpulannya, dia faham gaya hidup saya dan sentiasa menyokong dalam apa juga keadaan. Dia adalah kawan saya yang sentiasa di sisi.

"Dia membuatkan saya memberi yang terbaik. Disebabkan itu, saya fikir dia adalah lelaki terbaik bagi saya," katanya yang dilamar Kenji pada hari jadinya pada 15 Disember lalu.


Menjawab pertanyaan media mengenai tindakan merahsiakan pernikahan, Zee menjelaskan, pada awalnya dia merancang berkongsi berita baik selepas selesai sesi fotografi perkahwinan.


Bagaimanapun, foto dirinya menyarung baju kurung moden putih lengkap berselendang dan mengenakan inai di jari tular dalam media sosial, terlebih dulu.


"Kami ada jurugambar dan juruvideo. Jadi, kami mahu tunggu kami bergambar cantik-cantik dan edarkan kepada media. Itulah sebab kami panggil jurugambar.

"Tapi ketika saya masih lagi menyarung baju pernikahan, saya perasan notifikasi berkenaan pernikahan saya. Mujur maklum balas yang diterima, positif.

"Disebabkan itu, saya memutuskan untuk berkongsi dengan media, hari ini. Bagi saya, apabila sudah sah, barulah saya mahu bercerita kerana keseluruhan proses agak mencabar," katanya.


  



Bercerita mengenai majlis pernikahannya, Zee berkata, majlis dianjurkan sederhana dengan dihadiri kurang daripada 15 tetamu.

"Alhamdulillah, majlis lancar. Suami saya juga melafazkan akad dalam Bahasa Inggeris dengan tenang," katanya yang mula menguruskan pernikahan sejak Februari lalu.


Vee merancang mengadakan majlis resepsi di kampung halaman di Sarawak dengan dihadiri keluarga dan rakan-rakan dari seluruh dunia.


Pasangan ini turut merancang untuk "honeymoon" pada tahun hadapan di kampung Kenji, di Tokyo. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2021 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlok jugek laki nya ni, nampak sempoi aja. Congrats zee!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 02:10 PM | Show all posts
tahniah kaka zee... macam mana suami sheolss nak tahu sheols penyanyi... sheolsss kan lepas beberapa tahun menyanyi masuk dalam kesenduan macam najwa latiff... padahal best2 kot lagu deorang... yuna tu takyah cerita la.. dalam malaysia je kemainnn hengat sheolss mendunia rhoperrrnyaaaa nan haus di luar sana jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm melayu rupa suami dia. Bergambar pun segan silu. Ok lah yin yang dgn Zee yg gila-gila. Btw, Zee Avi ni juga dikenali sebagai Koko Kaina kan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Suara dia sedap.. Tapi dah tak ada lagu baru ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama tk dengar psgn sy tk tau sy retis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-11-2021 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Oklah, dpt perbaiki keturunan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
missbigrockstar replied at 27-11-2021 03:15 PM
Mcm melayu rupa suami dia. Bergambar pun segan silu. Ok lah yin yang dgn Zee yg gila-gila. Btw, Zee  ...

Koko Aina Tu nama YouTube dia before kantoi pemes kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2021 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
selamat selamat. moga bahagia. tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 08:34 PM | Show all posts
Semalam I call you you tak answer...

Jarang orang jepun berjambang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lohhh muka melayu laki nyaa
Warna lipstik tu buat sheol nampak tua
Congratsss
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh masuk gegar vaganza nex year utk lebib dikenali..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Zee Avi & suami. Tau lagu Kantoi je. Btw suami dia tak nmpk Japanese sgt. Muka suami dia bersepah kt Msia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kpd mempelai. Semoga jodoh berdua kekal hingga akhir hayat
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
makadek replied at 27-11-2021 04:36 PM
Lama tk dengar psgn sy tk tau sy retis

kannn.. standard mcm tu lah.. bila psgan bukan artis, “dia tak tahu pun saya ni penyanyi, dia tak tahu pun saya ni pelakon”… aritu pun si bini haqiem rusli tu pun sama ayatnya. hahahahaha klise betul
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2021 06:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka suaminya nmpak bijak. Hahahaha. Syoknya anak mix breed. Tahniah Zee!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2021 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 27-11-2021 10:59 PM
kannn.. standard mcm tu lah.. bila psgan bukan artis, “dia tak tahu pun saya ni penyanyi, dia tak ...

Klu dek qiwim tu bbnu sskjp tak kenal memang memongak la sgtnya. Dah la instafamous cikki tu kan. Mustahil nau la haiii.. Kecoli klu qiqim bagik gambau bokak spek pastu suruh teka, haruslah beliau tak kenal.

Btw...suka la lagu Zee Avi neh. Cuma gossip beliau tak brp bergentayangan sgt, jadi tade le acik kenal orangnya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
i teringat awal elyana kawen, dia pn ckp bnda sama. laki die x tau die ni artis. hehehhe lawak lak dgr. btw i pn x kenal zee avi ni. die ni sape ha? saing2 sape
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 07:11 AM | Show all posts
yondu replied at 29-11-2021 01:26 AM
i teringat awal elyana kawen, dia pn ckp bnda sama. laki die x tau die ni artis. hehehhe lawak lak d ...

Famous jugalah lagu Kantoi Zee ni..

Antara lagu English Zee yang saya suka..


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2021 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah kedua mempelai!! Meols kenal lagu kantoi ja.. lagu tu zaman meols bbnu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.261507 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list