CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2455|Reply: 19

Isu Dadah Niezam Zaidi: "Janganlah Salahkan Saya, Dah Habis Tugasan Dan Buk

[Copy link]
Post time 9-11-2021 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Niezam Zaidi, 29, berharap dirinya tidak terus dipersalahkan oleh segelintir pihak sebagai punca industri kreatif tidak boleh berjalan seperti biasa berikutan insiden 'hitam' dilaluinya pada Oktober lalu.


Niezam dalam temubual bersama Melodi TV3 berkata dia mohon maaf kepada pihak industri kerana kejadian itu berlaku selepas tugasan kerjanya selesai.


Foto: IG




"Kalau industri nak salahkan saya jadi punca atau apa, bang awak baca kes tak, awak tahu fakta tak? Untuk pengetahuan, masa saya bagi salam di rumah itu, saya dah habis tugasan. Saya bukan tengah 'shooting' ya.


"Saya duduk di situ sebab teruja dan berminat mengorek ilmu dengan insan berbakat yang saya kagumi ini. Jikalau industri nak salahkan saya, mohon maaf abang dan mohon maaf sangat-sangat kakak, janganlah salahkan saya sebab saya dah habis tugasan dan bukan kena di set," katanya.


Niezam berkata dia sangat mengharapkan peluang dan ruang.


Ujarnya lagi, jangan menilai seseorang itu di atas sesuatu kerana kita tidak tahu apabila kita beri peluang kedua, mana tahu orang itu dah cuci tangan.




  



"Bagilah saya peluang dan ruang. Kalau saya jadi punca, biarlah punca pada kebaikan. Kehidupan kita ini, bersyukur sajalah. Naik, jatuh, terbaring, meniarap ke, tetap alhamdulillah. Sebab itu saya sentiasa semangat dan sabar, insyaAllah takkan pernah berhenti.


"Dalam kehidupan dan kerjaya saya, pengalaman mematangkan kehidupan, tiada sedikit pun kekesalan. Malah, saya syukur dan reda," katanya.


Niezam yang meraikan ulang tahunnya pada 26 Oktober lalu mengakui banyak perkara terjadi  padanya di bulan berkenaan. Baginya, dia bersyukur di mana cara untuk mematangkan diri sangat-sangat unik.




  



"Semua kejadian berlaku dalam bulan Oktober itu. Saya sangat berterima kasih pada orang terdekat iaitu keluarga dan sahabat yang banyak memberi sokongan.


"Apa-apa yang kita lakukan sama ada baik dan buruk, itu antara kita dengan Allah. Alhamdulillah, sangat-sangat manis. Mungkin pada pandangan orang lain pahit, tapi rasa pahit itu kalau ditelan akan jadi ubat juga," katanya.




  



Terdahulu, Niezam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar, Perak atas tuduhan memiliki dadah. Turut mengaku bersalah atas pertuduhan sama, pengarah filem, Mohd Latiff Zami, 49, dan penolong pengarah, Saiful Zaidrin Ismail, 46. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2021 09:48 AM | Show all posts
dia ni siapa? xpernah nampak pun
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 10:36 AM | Show all posts
siapa yang cipta dadah sampai rosak habis manusia level2 rockstar hollywood pun ramai mati sebab dadah
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Kepam..........
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
lotsa crap. kenapa industri ni tak nk ban je artis2 yg buat hal ni mcm zaman tok mat dulu. helo bekerja mana2 pun kalau ada isu dadah forsure kena buang kerja. ni artis siap dibg peluang byk kali. nonsense. this is why i nyampah industri kita ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Makin bercakap makin nmpk kurang cerdik.
Muhasabah diri dulu dok diam2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2021 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kening dia cantik
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 12:29 PM | Show all posts
kepam dan busukkkkk... rupanya sebab mendadihhh....
udah2 ler tu dikkkk tak payah bersuara... pergi la menyorok celah tepi bucu katil rasanya lebih bagus...
ni rupa pun takde... sape la nak maafkan... kalau herlokkk ada la jugak yang akan maafkan seperti iolss ni...

nak pakai tudung? ko tu jantan!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2021 12:31 PM | Show all posts
missyL replied at 9-11-2021 11:12 AM
Makin bercakap makin nmpk kurang cerdik.
Muhasabah diri dulu dok diam2..

dia dah boleh start aktiviti penyucian macam Jah kaka....
suruh dia masuk tabligh sambil di kucup2 dan di lawati osim...
confirm lepasni netizen maafkan dengan pengarah2 ambil balik berlakon asalkan rm300 per episod
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nmpak bodo sgt niezam ni.bkn soal ko tgh keja ke tak. Soalnya ko positif kan. Budusssss
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Punyalah nak justitfy dadihhhhh

Ke lautan hindi laa ko
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 9-11-2021 12:29 PM
kepam dan busukkkkk... rupanya sebab mendadihhh....
udah2 ler tu dikkkk tak payah bersuara... pergi  ...

Boleh pakai jubah peluk debitlew.

Lepas tu yiiihaaaa! Happy time tayang lutut mcm nabil.

Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 02:31 PM | Show all posts
Oo dia ni ke yg kene pangkah ngan cyst?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis tu kalau penjawat awam mendadih lepas opis hour tak salah la ye??gilo punya alasan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasni abang2 beruniform pon boleh la guna alasan luar waktu kerja untuk mendadih

Orang mendadih ni mmg auto jadi bodoh & entitled ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2021 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Stupidnya ko ni. Dadah kot najis negara pembunuh manusia. Ko nak halalkan ambik dadah ke apa?? Otak sudah rosak ye tak boleh pikio dadah tu najis n racun. Aisyyyy kasi ban ini orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2021 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Duk dendiam je la dari banyak komen

Dah salah diam je lah..nak penyucian, gi ambik gambar dengan dewasayu & gi ikut jalan2 distribute makanan
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Artis minta tlg belajar sikit yeee.. Kalo salah toling diam. Jgn byk ckp. Lg ko ckp lg byk ko salah dan lg byk aib ko. Ko just keep quite pukeyyymak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2021 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa dia meraban ni. Tetap la kau salah sbb dah positif. Maksudnya mmg kau ambik menatang tu sbb ada dalam badan. Tiberrr nak play victim. Mangkuk ayun!
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2021 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
nia_salina replied at 9-11-2021 10:54 AM
lotsa crap. kenapa industri ni tak nk ban je artis2 yg buat hal ni mcm zaman tok mat dulu. helo bek ...

Kannn! Zaman tu rambut panjang pun kena banned. No lgbt. Sekarang ni kemain lagi berleluasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2026 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049028 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list