|
View: 1781|Reply: 7
|
Bakar Rumah Bekas Isteri Nak Kahwin Lelaki Lain
[Copy link]
|
|
|
Seorang lelaki di Mesir yang cemburu dan mahu membalas dendam kerana bekas isterinya mahu berkahwin dengan lelaki lain, bertindak membakar kediaman wanita itu sehari sebelum majlis perkahwinan mangsa, lapor akhbar Gulf News.
Suspek yang berjaya ditahan polis mengaku melakukan perbuatan tersebut. Katanya, selain cemburu, dia bertindak demikian untuk membalas dendam kerana mangsa meninggalkannya lima tahun lalu.
Bekas isteri suspek yang juga merupakan sepupunya, meminta cerai melalui anak perempuan mereka selepas berlaku pertikaian dalam kedua-dua keluarga lima tahun lalu.
 Gambar Hiasan
Bagaimanapun, pada hari kejadian, pertengkaran sekali lagi berlaku dalam kalangan ahli keluarga suspek dan bekas isterinya di kampung Abu Tesht, utara negeri Qena, menyebabkan empat orang cedera.
Suspek kemudian pergi ke apartmen baharu bekas isterinya itu dan membakar kediaman tersebut.
Namun, kebakaran itu berjaya dipadamkan oleh pasukan bomba dan suspek kemudiannya ditahan. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah 5 tahun pun x boleh move on ye |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Org mesir ni pun main bakar2 mcm kelly.ng ek |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu diaaa dah 5taun kot. Bawak2 laaa move on  |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rentung kek fondant hantaran sheol
Sure bengang bab duit ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
You don't own me
I'm not just one of your many toys
You don't own me
Don't say I can't go with other boooyys...

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Huhhhhh
Tak boleh move on
Berbilion lagi perempuan dalam donya
Oh well
Selamat perempuan dari berlakikan dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|