View: 2209|Reply: 20
|
Iman Suhana Tak Tahan Bau Suami, Paranoid Mengandung Musim Covid-19
[Copy link]
|
|
Kematian dan komplikasi yang berlaku kepada segelintir wanita hamil ketika negara sedang dilanda pandemik bukan satu hal yang menyenangkan buat segelintir kaum ibu.
Kerisauan sama turut dilalui dramatis popular, Iman Suhana yang kini sedang hamil lima bulan.
Kata Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Mohamad Wahid, 31, walaupun menerima khabar gembira kehamilan kedua, dia mengakui dilanda paranoid kerana mengandung ketika kes jangkitan Covid-19 sedang meningkat.
Foto: IG
“Alhamdulillah saya disahkan hamil sekitar Mei lalu tetapi ketika mendapat berita gembira ini, mental saya agak ‘koyak’ kerana banyak membaca tentang tidak sesuai mengandung pada musim Covid-19.
“Disebabkan itu, saya berehat sebentar daripada media sosial. Tanpa sedar, berita sebegitu boleh mematahkan semangat ibu-ibu yang sedang hamil sehingga memberi kesan kepada kandungan,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.
Ujarnya, dia berharap agar semua wanita yang sedang hamil terus kuat dan jangan hiraukan kata-kata negatif orang lain.
“Kepada semua wanita yang sedang mengandung, kuatkan semangat.
“Percayalah bahawa setiap kehamilan sudah ditentukan Tuhan. Jika Allah SWT kata sudah sampai masanya (hamil), Dia akan tetap akan beri,” katanya lagi.
Bercerita lanjut, dia yang terkenal menerusi drama Takdir Yang Tertulis itu memberitahu alahan yang dialaminya teruk berbanding ketika hamil anak pertama.
“Tiga bulan pertama memang terbaring saja, asyik muntah dan bau masakan seperti bau tumisan pun tidak boleh.
“Selain itu, saya juga tak boleh dengan bau badan suami sendiri. Dia mandi atau tidak, saya tetap tidak boleh terima,” ujarnya.
Untuk rekod, pelakon kelahiran Taiping, Perak itu berkahwin dengan Muhammad Shazwan Ibrahim , 32, iaitu seorang ahli perniagaan pada tahun 2018.
Pasangan itu seterusnya dikurniakan seorang anak perempuan, Maya Inara yang kini berusia tiga tahun. -CARI
Sumber: Kosmo
|
|
|
|
|
|
|
|
baru nak cakap whu are yus...rupanya dia ni..ok la berlakon takde la kayu sangat...lawak yang masa dia sekolah kan didie alias dalam cite apa tah.. |
|
|
|
|
|
|
|
princessmiang replied at 20-10-2021 08:37 AM
baru nak cakap whu are yus...rupanya dia ni..ok la berlakon takde la kayu sangat...lawak yang masa d ...
Tapi memang who are yusssss pun kaka...
Dah kenapa la gosip retisss sekarang asyik pasal bunting je??? Apa kata cerita sekali proses sebelum bunting tu. Apakah posisi sebelum bunting tu??.. Isteri atas katil dan suami nyorok dalam karpet ke... Somi atas katil dan bini bawah katil ke... Atau somi atas tilam, bini tersangkut kat kipas dengan selimut ala2 cirque show agitteww... Yang ni takde pulak deorang nak gosip. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni kategori acik teruk dah ni ramainya tak kenal dah tah siapa je la pelakon ke penyanyi dengan influenzer pelik-pelik |
|
|
|
|
|
|
|
Aku kenal je dia ni.Time watak jahat annoying betul muka dia. |
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 20-10-2021 08:58 AM
Tapi memang who are yusssss pun kaka...
Dah kenapa la gosip retisss sekarang asyik pasal bunting ...
Hahaha.
Musim pkp u.
Rezeki.
Tp ade yg kate x elok bgthu preggy. Haha
Dah beranak br bgthu. Smbil pgg perut |
|
|
|
|
|
|
|
so laki tido luar ke |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols nie berlakon best jugak. Pandai bawak watak. Xsangka binik + mak orang rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
hareeeesah replied at 20-10-2021 09:09 AM
Aku ni kategori acik teruk dah ni ramainya tak kenal dah tah siapa je la pelakon ke penyanyi dengan ...
Sma je mcm iol, iol pun xknal dia ni siapa. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni berlakon best, lawak boleh watak serius pun boleh. Masa berlakon ngan Amyra Rosli aritu aku rasa lakonan dia lagi ok dari Mira. Baik bagi dia je watak utama |
|
|
|
|
|
|
|
siyes ar.. dia ni dah lekat kat otak i umur2 form 4 espiem je.. sukar nak ubah beri pandangan umur 31. |
|
|
|
|
|
|
| |
|