"Ini mikrofon pertama saya beli. Ikutkan dari 2019 sudah sampaikan hajat dengan pembekal mikrofon, tapi baru tahun ini cukup duit untuk beli. Mikrofon ini juga ditempah khas atau 'custom made'."
Kredit foto: IG
Demikian pengakuan Aina Abdul yang sanggup berhabis puluhan ribu ringgit demi kepuasan sendiri.
Pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani, 28, itu bagaimanapun enggan mendedahkan harga sebenar mikrofon biru itu.
Berkata kepada Harian Metro, Aina tidak sabar membuat persembahan pertamanya selepas aktiviti persembahan dan hiburan dibenarkan di Istana Budaya pada 6 November ini menggunakan mikrofon baru itu.
Kredit foto: IG
"Insya-Allah buat pertama kali gunakan mikrofon ini dalam nyanyian secara langsung. Saya sudah buat percubaan selepas mikrofon ini sampai. Memang puas hati dan 'best'.
"Alasan kenapa saya beli mikrofon sendiri adalah sebagai keperluan untuk bekerja, kepuasan diri, penghargaan pada diri dan untuk jenama sendiri," katanya.
Berapa agaknya harga sebenar mikrofon itu ya sampai makan tahun kumpul duit? - CARI
|