View: 17550|Reply: 25
|
Duit poket isteri termasuk dalam nafkah zahir.
[Copy link]
|
|
Syarak telah menetapkan tanggungjawab suami utk memberi nafkah kpd isteri dan anak-anaknya berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan segala keperluan yg munasabah dan tidak bercanggah dgn syarak.
Firman Allah SWT dlm surah an-Nisa’ ayat 34 yg bermaksud ;
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin yg bertanggungjawab terhadap kaum perempuan kerana Allah telah melebihkan org lelaki (dgb beberapa keistimewaan) berbanding kaum perempuan dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”
Kadar pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seorang suami dan suami tidak wajar membebankan dirinya melebihi dari kemampuannya yg sebenar. Maksud membebankan diri di sini ialah melakukan sesuatu yg melebihi kemampuan atau di luar upaya suami.
Sebagai contoh berhutang dgn mana2 pihak bagi merealisasikan kehendak isterinya yg melampau. Diceritakan seorang sahabat bernama Hakim bin Muawiyyah bin Hidah al-Qusyairi R.A pernah mendengar ayahnya berkata bahawa dia pernah bertanya kpd Rasulullah SAW ;
“Wahai Rasulullah….Apakah hak isteri kami ke atas suami?” Maka Rasulullah SAW bersabda ; “Memberinya makan apabila kamu makan, memberinya pakaian apabila kamu berpakaian.” Hadis riwayat Abu Daud.
Dalil yg dikemukakan diatas merupakan antara dalil2 kukuh berkaitan nafkah. Jelasnya tiada ayat atau hadis yg menjelaskan seorang suami wajib memberikan wang poket kpd isteri. Kewajipan yg perlu ditunaikan ialah memberikan makan minum yg cukup, pakaian yg menutup aurat, tempat tinggal yg selamat dan pelbagai keperluan asas lain yg sesuai dgn keadaan isteri dan anak2 dan yg paling penting tidak melanggar tuntutan syarak.
Jelasnya, jika suami telah menjalankan segala kewajipan member nafkah yg patut dan wajar seperti yg diterangkan sebelum ini, maka si suami tidak perlu memberikan wang poket kpd isterinya lagi.
Ya lah! Semuanya telah tersedia, kenapa masih perlukan wang poket lagi? Opsss! Nanti dulu, itu hukum asal….sesuai dgn keadaan semasa, menepati maksud hadis riwayat Imam Ahmad;
“Kamu lebih tahu tentang dunia kamu”, (Ingat ya…kewajaran menggunakan hadis ini bukan bererti Islam tidak syumul atau sempurna tetapi sbg satu tanggungjawab kpd mukmin kini utk terus mendaulatkan agama Islam) maka terdapat ketetapan yg memperuntukkan dlm keadaan tertentu.
Suami yg tidak memberi wang yg poket kpd isterinya boleh disabitkan sbg telah melakukan keganasan terhadap isterinya. Keganasan ini termasuk di bawah keganasan kewangan yg boleh berlaku dlm 3 keadaan :-
1) Melibatkan seseorang iateri yg dihalang dari mencari pekerjaan atau tidak dibenarkan utk membuka akaun bank atau menyimpan wang pendapatan nya sendiri.
2) Menyebabkan isteri bergantung sepenuhnya kpd orang lain utk mendapatkan wang walaupun utk keperluan asas sendiri.
3) Tidak mempunyai simpanan yg mencukupi utk kes2 kecemasan.
Berdasarkan ketetapan tersebut, mana2 suri rumah sepenuh masa yg tidak melakukan apa2 pekerjaan sampingan yg boleh member kpd sumber pendapatan sperti tidak berniaga kecil-kecilan, tidak menjalankan perniagaan jualan langsung, tidak mengasuh anak2 jiran atau secara mudahnya, suri rumah ini tidak akan mempunyai wang jika tidak diberi oleh suaminya, maka wanita sebegini merupakan mereka perlu menerima wang poket drpd suaminya.
Wassalam…. |
|
|
|
|
|
|
|
biasanya yang suri rumah yang macam ni diaorang tak tau nak meminta hak mereka,isteri yg bekerja pulak kadang2 lebih mempertahankan hak dgn minta duit dari suami dan macam2 kan..
bila tak bekerja tiada pendapatan senang dianiya suami.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1# rosemary70
.... Jelasnya tiada ayat atau hadis yg menjelaskan seorang suami wajib memberikan wang poket kpd isteri. Kewajipan yg perlu ditunaikan ialah memberikan makan minum yg cukup, pakaian yg menutup aurat, tempat tinggal yg selamat dan pelbagai keperluan asas lain yg sesuai dgn keadaan isteri dan anak2 dan yg paling penting tidak melanggar tuntutan syarak.
Jelasnya, jika suami telah menjalankan segala kewajipan member nafkah yg patut dan wajar seperti yg diterangkan sebelum ini, maka si suami tidak perlu memberikan wang poket kpd isterinya lagi. Memandai2 je.....sang suami tak perlu berikan wang/duit kpd sang istri......ulama/ustaz/zah mana yg ckp ni...
Ya lah! Semuanya telah tersedia, kenapa masih perlukan wang poket lagi? ...Istri adalah ibarat Menteri Kewangan dan Menteri Hal Ehwal dlm rumahtangga...biasanya si istri lebih mengetahui apa keperluan dlm pembelanjaan, urusan dan kedudukkan situasi dlm rumahtangga. Dan sisuami adalah sebagai Perdana Menteri seharusnya bijak menguraikan masalah yg dihadapi oleh si istri.. |
|
|
|
|
|
|
|
ermm tula tp cmne klo suami xbg kn mintak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ermm tula tp cmne klo suami xbg kn mintak ke?
julietsayang Post at 7-8-2010 22:51 
kalau 2-2 kerja kalau tak minta ada setengah suami buat tak ingat/tak tau..
dulu sy tak minta tp sekarang sy minta tapi bukan melampau la sebagai tanda pemberian dah cukup... |
|
|
|
|
|
|
|
Memandai2 je.....sang suami tak perlu berikan wang/duit kpd sang istri......ulama/ustaz/zah mana yg ckp ni...
ni mesti tak baca habis ni....baca dulu baru komen..... |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti tak baca habis ni....baca dulu baru komen.....
rosemary70 Post at 8-8-2010 11:54  Saya dah baca semuanya......hanya ambil petikkan utk dibincangkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Memang betui lah begitu... nafkah zahir ni, termasuklah bagi duit poket kat isteri... tapi boleh kiralah berapa ramai suami yg buat begitu... beruntunglah isteri yg mendapat suami sebegitu... tokwan pun tak bagi kat isteri tokwan... awai2 dulu hulur jugaklah lama2 mula lupa kemdian ni terus la senyap dan sunyi... kalau ikut yg betuinya, biar orang rumah kita bekerja, ada pendapatan sendiri, malah gaji dia lebih besar dpd kita,.. kita kena bagi kat dia duit poket, ikut kemampuan kita... duit poket ni bukan duit pasar... duit poket ni, duit utk dia sendiri, utk belanja dia, utk suka2 dia... jadi, bolehlah kot tak bagi, bulan2, kita bayarlah kalau dia nak beli make-up ka, barang kemas ka, nak masuk parti tapaware ka... apa2lah yg utk suka2 dia... kira macam kita bagi duit poket jugaklah... tapi yg terbaiknya, bagi tiap2 bulan macam gaji gitu... tapi, tak taulah sapa suami yg boleh buat lagu tu... suami mithali betui tu... layaklah dia nak tambah cawangan lagi kot boleh buat gitu... (dari perspektif tokwan la!)
masa hidup suami isteri aman damai, rukun, bahagia... isu duit poket ni tak timbul... tapi bila kes cerai, baru timbul, baru si isteri buat tuntutan... hmmm ni pun satu... masa elok reda la cakap, awat masa tak elok, jadi tak reda pulak?... tapi kebanyakannya macam gitulah!... tambah2 lagi bila bercerai sebab suami tu kahwin muda... macam2 tuntutan yg keluaq... jenuh bekas suami nak menangkis... last2 pasai banyak sangat yg tuntut, langsung tak dapat apa... nak harap ke mahkamah, hmmm, makan tahun la pulak nak bicara... last2 si pempuan pun naik cemuih... habis lagu saja... yg gumbira, bekas laki yg tak guna tu!... bini baru dapat, tanggungan semua lepas!... |
|
|
|
|
|
|
|
buat surirumah2 sekelian..ikut mcm akak...akak buat MOU dengan suami akak...kalau dapat duit lebih (selain dr gaji) contohnya macam bonus, dividen atau lain2 untung pelaburan akak akan minta 10% dari yg dia dapat untuk duit poket akak...tapi kalau ada duit lebih pun dia bagi juga.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# honey08
wah tu dia..MOU bertulis ke akak siap signature gitu..curlast!
wanita ni memang gol lemah kan,kalau tak bagi tak tergamak nak minta takut suami kata ngada2 kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 10# nickname
xda la sampai MOU bertulis....takat janji2 mulut aje....bila dia dpt duit lebih...akak buatlah muka seposen gitu...nak buat mcm manakan...dulu akak kerja dia suruh berhenti jaga anak..jd terpaksalah dia hulur2 duit poket sbb akak ni kan... rasa mcm sakit aje kalau xda duit ni..!!! Tapi bila dia tengah pokai..dia pinjam balik jugak... sbb tu dia xkisah kalau nak bagi duit terlebih pun..gitulah hidup suami isteri...kena ada give and take...! |
|
|
|
|
|
|
|
awal2 perkahwinan kenalah minta $ atleast 200 utk beli baju kasut henbeg mekap n barangan utk diri sendiri. $ anak lain
kalu x bg kidnap laki punya duit |
|
|
|
|
|
|
|
tajuk yg menarik
tapi aku confius sesuatu
duit poket isteri ni selalu asing dari duit barangan rumah kan?
sesapa yg arif sila btw sini |
|
|
|
|
|
|
|
Reply  nickname
   
xda la sampai MOU bertulis....takat janji2 mulut aje....bila dia dpt dui ...
honey08 Post at 10-8-2010 13:47 
kalau sy pun buat sama mcm akak..dah kerja disuruh berenti kan...dah biasa duit ada kat tangan alih2 tak berduit tak senang duduk la kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# honey_dew
betul la,duit poket asing dgn benda lain..yg tu suka hati kita nak simpan atau belanja..
tp kalau nafkah ni lebih kepada menyediakan keperluan isteri rasanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 15# nickname
TQVM for your info
sharing n caring |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 9# honey08
mcm sy tak leh nak buat mcm tu dpt 10% sbb suami keje sendiri so kita pun tak tahu bila dia ada duit lebih.. tp selalunyer dia bagi duit sendiri bila time raya so kita boleh beli apa je kita nak dgn duit tuh!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 17# zamnie
kalau ikut pengalaman akak...suami ni bila dia buat sesuatu atau dpt sesuatu yg lain dr biasa...perangainya jadi lain mcm sikit.....akak kalau dia ada duit lebih akak mmg cepat ja detect...kata org 'bahasa badan'nya akak boleh baca. Bila akak tanya.."hai bang..nampak muka abang mcm muka ada duit lebih je.." dia mesti tersengih sambil hulur 10% akak ...mmg xboleh sembunyi dr akak punyalah...kalau dia cuba nak bohong...lagilah akak tau!! korang cubalah belajar bagaimana nak alert perkara2 mcm ni! Bukan setakat kalau mereka ada duit ja...tp lain2 perkara juga.....kalau baru setahun dua kawin mungkin susah sikit tp insyaallah kalau kita seorang yg perihatin...lama2 akan faham juga perangai suami ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai skg laki & pompuan pon keje juge
isteri tu keje untuk bantu suami tambah pendapatan mana x cukup
dgn pendapatan perempuan tu, sekiranya ia redha & ikhlas wang gajinya diguna untuk membantu perbelanjaan rumahtangga, maka ia adalah sebaik2 sedekah...
kn untung tu, tiap2 bulan dapat pahala sedekah wpun blanje untuk keperluan rumah sendiri
x ke untung, ble isteri saling membantu. rumah tangga pun lebih rukun & semakin rase bahagie serta saling memerlukan sesama suami isteri |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 19# syaiful
mmg ok klu suami isteri bekerja......suami tak terasa beban sgtlh dgn pemberian duit poket isteri.....tp, masalah yg kerap berlaku bile suami sorang je yg bekerja.....isteri bergantung pd pendapatan suami je dan tak mendpt keizinan utk keluar bekerja.....suami mcm nilh yg perlu sedar keperluan isteri dan hak nafkah isterinya....klu yg nak berpoligami tu kene fikirlh masak2 sebelum buat keputusan....sbb bile berpoligami ni, tanggungjawab nafkah akan meningkat.....sendiri mau ingat.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|