Post Last Edit by bunick at 20-7-2010 10:41
“Kau pergi pasar malam kat mana Bunick?” Kia keluar dari dapur sambil tatang dulang yang berisi teko dan empat biji cawan. Dah macam anak dara pingitan pulak Kia ni, dengan kain batik dan baju kurung Kedahnya sambil bawak dulang. Rupa anak dara yang nak nak kena pinang pun ada jugak.
“Bangi,hari ni kanSabtu.”
“Haah, aku lupa hari ni Sabtu. Nape tak ajak aku sekali? Aku nak cari tudung cadangnya.”
“Bukan kau keluar dengan Chengkeh ke tadi? Kau ingat kau tu superhero ke nak ada kat banyak tempat dalam satu masa?” Bunick tarik meja jepun dan letak kat depan TV. Walaupun rumah bujang tu ada meja makan, namun mereka lebih suka makan sambil bersila sambil tengok TV sambil sembang.
“Kita orangkeluar kejap je la. Kau tu yang keluar diam-diam. Kau pergi dating ye Bunick?”
“Kau nak aku dating dengan sape? Orang buta pun tak ingin nak tengok aku tau. Macam mana la pulak nak ada pakwe.” Bunick buat muka sedih.
“Dah memang orang tu buta, dia nak tengok kau macam mana.” Kia sekeh kepala Bunick yang dah gonjeng tanpa tudung.
“Wei,kau ingat kepala aku ni takde insurans ke? Kalau bergegar sikit sel otak aku ni,aku boleh claim insurans tau.” Bunick gosok kepala dia. Sebenarnya tak sakit pun, saja je nak try screen test depan Kia dengan Chengkeh.
“Miko tak turun lagi ke Kia?” Chengkeh tanya Kia bila tengok housemate mereka yang paling pemalu dan sopan santun tu tak ada kat bawah.
“Jap,aku panggil dia. Jangan dia dok nangis dalam sauna tu dah la.” Kia bangun dan lari naik atas. Bunick dengan Chengkeh dah siap bersila depan meja Jepun.
“Lambat la Miko ni. Dia buat apa kat atas tu?” Bunick dah tak sabar nak buka polistrin nasi goreng kuali besar.
“Dia tengah meratapi kehilangan cadar yang kita beli kat Ireland dulu tu.” Chengkeh jawab sambil kutis kerangka ayam goreng. Suka sangat Chengkeh ni makan skeleton ayam, tak ngeri ke makan ayam yang kurus kering macam dia tu.
“Hilang? Macam mana boleh hilang pulak?”
“Entah,tadi dia bising-bising dengan Kia kat atas. Aku pun tak tau camne boleh hilang. Dia salah letak kot. Aku tengok dengan dia sekali nak masuk dalam almari zip tu cari cadar kesayangan dia.” Chengkeh gelak kecil.
“Tula, semua barang kesayangan dia nak sumbat dalam sauna tu. Dah macam stor pulak aku tengok almari purba Miko tu.” Bunick makin seronok pulak mengata almari zip Miko. Dia dengan Chengkeh dah gelak, jangan lah Miko dengar diorang gelakkan almari Miko tu.
“Korang gelakkan aku ye?” Tiba-tiba je Miko dah berdiri kat depan TV. Cepat-cepat Bunick dengan Chengkeh tutup mulut. Jangan sampai Miko yang pemalu ni marah, kalau tak memang tsunami la jawabnya rumah bujang ni.
“Mana ada, kitaorang gelak pasal lain la.” Bunick jawab sambil berkalih duduk. Nanti tak muat pulak Miko dengan Kia nak duduk keliling meja bulat tu.
“Meh makan Miko, lepas ni kita jadi Conan ngan Inspektor Gajet cari cadar kau tu.”Chengkeh tarik tangan Miko suruh dia duduk.
“Sorry Chengkeh sebab tuduh kau curi cadar aku tadi.” Miko cakap sambil hulur tangan nak salam dengan Chengkeh. Macam budak-budak diorang ni. Mesti Kia yang suruh salam minta maaf zahir batin hari raya ni. Hebat sungguh Kia ni, memang sesuai jadi tok batin dalam rumah bujang empat anak dara ni.
“Takpe, aku faham. Otak kau tengah serabut kan. Nanti lepas makan kita geledah satu rumah ni cari cadar kau.” Chengkeh jawab sambil sambut huluran tangan Miko. Kia dengan Bunick senyum je tengok sesi bermaafan di malam minggu.
“Jomlah makan, aku dah lapar ni.” Kia dah tuang air dalam cawan. Meja bulat yang tak berapa besar tu dah jadi makin sempit bila bungkusan makanan dilonggokkan atas tu.
Masing-masing makan dengan penuh berselera. Sesekali tangan masing-masing singgah di dalam bungkusan makanan orang sebelah, peel nak merasa lauk jiran kekdahnya.
“Akunak naik atas. Sape nak tolong punggah barang dalam almari jom ikut aku.” Miiko terus buat kerahan tenaga sebaik sahaja makanan dah selamat masuk dalam perut.Tak sabar betul Miko ni. Nasi belum betul-betul turun kat perut lagi dia dah nak start buat operasi mencari dan menyelamat.
“Minum dulu Miko, nanti tak pasal-pasal ko tercekik pulak. Sape nak bagi pertolongan cemas kat ko nanti?” Chengkeh bagi cawan yang berisi nescaffe kat Miko.
“Akususah hati la. Kau ingat senang ke nak dapat cadar tu?”
“Tulah, kau simpan je lagi cadar tu. Mak aku cakap, barang kalau kau simpan je tak pakai kena bayar zakat tau.” Bunick sengaja tambah runsing di hati Miko.
“Hissshhh….kau ni Bunick, takkan cadar pun nak kena bayar zakat jugak.” Chengkeh cubit lengan Bunick. Orang tengah susah hati, boleh budak kecik ni main-main pulak.
“Mak aku yang cakap, kalau dia tipu aku maknanya aku tipu korang la ni.” Bunick cubit Chengkeh balik. Walaupun rasa tulang je bila cubit Chengkeh, dia tetap puas hati.
“Korang beria gaduh ni kenapa? Yang hilang cadar tu Miko, korang yang lebih-lebih bertekak ni pasai apa pulak?” Kia yang dari tadi diam je bersuara. Dia pandang Bunick dengan Chengkeh yang sedang menghadap antara satu sama lain. Budak-budak ni bukan setakat macam anjing dengan kucing, dah macam ultraman dengan raksasa pun ada dah ni.
Kalau masa baik, melekat macam isi dengan kuku dah. Tu belum masuk lagi kalau salah sorang tu takut nak tidur sorang-sorang, berkongsi selimut pun diorang boleh. Tapi bila gaduh, macam nak pecah rumah teres dua tingkat ni dibuatnya. Amboi Kia, bukan main lagi kau membebel ye…kau pun sama jugak dengan kanak-kanak Ribena tu. Kalau dapat bergasak, dengan kau sekali join Kia wei….
|