Kejadian ini berlaku beberapa semester yang lepas. Pada semester tu, intake student ramai, kampus plak kekurangan kelas menyebabkan aku terpaksa mengajar mass-lecture dan tempatnya di dewan kuliah pada waktu malam (kul 8.15-10.00). Jam dah menunjukkan pukul 9.30...aku pun dah penat mengajar, tambah student pun dah ramai buat muka mengantuk...tambah2 ada pulak student yang hyperactive (maklumla student first semester) bercakap dan buat bising...dalam 9.30 aku pun cakap kalau u all senyap, kita balik dalam 10 minit lagi.
Apa lagi students pun senyap sebab nak balik awal kan...bila time aku bukak mulut nak buat conclusion/wrap up..tiba tiba ada student perempuan ni bangun dan terus menjerit..”aku nak study la..jangan ganggu aku”. Aku pun naik angin la kot kot ada kawan-kawan dia yang kat sebelah tu duk usik dia..baru nak bukak mulut nak membebel terdengar ada budak bukak mp3 orang mengaji..ada 2-3 org budak cakap “sir, dia kene hysteria”.
Aku dah kecut perut dah masa tu... Takut kelas jadi panic or berjangkit kat budak-budak lain, aku suruh kelas bersurai, tinggal je kawan-kawan dia yang kuat semangat sikit.
2-3 orang pergi panggil ustaz.
Masa duk tunggu ustaz datang dia duk meracau racau cakap “kat depan...kat depan...kita org ni blur la apa yang kat depan nya? Then ustaz datang, baca sikit sikit, dia pun ok...habis kat situ untuk malam tu.. Esoknya aku terserempak dengan dia..aku tanya are you alright? Dia cakap dia dah ok..so apa yang terjadi malam tadi? Dia cakap kat belakang aku, iaitu kat meja lecturer ada perempuan rambut panjang mengurai muka buruk duk tengok dan kacau dia...kat depan aku lak, atas meja student (tapi takde student duduk kat meja tu) ada baby pulak...dua dua entity tu duk usik dia..tu yang dia jadi tension.. Minggu seterusnya, tempat yang sama, hari yang sama, kelas yang sama...kali ni aku pulak yang kene..waktu tu baru kul 9.00 malam...means awal sangat lagi..ramai lagi student kat kampus duk study or buat aktiviti..tengah-tengah mengajar terasa pulak punggung aku kene cuit..so biasalah aku pusing kat belakang kot kot ada student tersentuh bontot aku, so aku boleh ke tepi supaya student tu dapat lalu (aku mengajar kat tengah dewan, pintu masuk kat belakang aku, so bila student nak masuk ke kerusi masing masing, kene lalu belakang aku la). So aku pun toleh kiri tak de apa, aku toleh kanan pun takde apa, student dah pelik dah sebab aku berpusing pusing..masing masing senyap dan kelu, takut peristiwa minggu lepas terjadi..so aku pun apa lagi, habis kan kelas time tu jugak... Tu je peristiwa nak kongsi..tak seram mana pun, tapi kalau terjadi time time tu meremang jugak la bulu roma..nanti aku cite lagi sejarah si rambut panjang mengurai... |