View: 5990|Reply: 24
|
Makanan yang halal - adakkah ia penting bagi pemakanan keluarga anda
[Copy link]
|
|
Salam,
maaflah kalau dah ada thread ni. Cuma lately banyak diperbincangankan hal ini. Dulu masa muda-muda, saya tak kisah sangat pasal isu ini. Pada saya asalkan bukan kaki pendek ....cukuplah .... main belasah jer makan. Tetapi sekarang ni saya terasa betul macam ditipu buta-buta jer pasal halal haram ini. Sekarang baru tahu pasal halal ini bukan sahaja kerana sembelihan ajer ..tapi banyak lagi.
Sekarang saya mahu serius pasal ini semua kerana ia akan menjadi darah daging kita . Kekadang tu terfikir gak ... no wonder budak-budak sekarang ni muka lain macam jer ... muka macam tak ada seri ... tak tahulah kalau saya silap.
Ingin saya tanya pendapat semua ... bagaimana anda rasa sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
saya pun dulu tak de la kisah sangat. tapi sekarang pun dah jadi sensitif isu halal haram ni. lagi satu, saya ambik berat tentang sapa yang keluarkan sesuatu produk tu.
kita perempuan ni, yang selalu pegi shopping barang2 dapur mesti alert, kalau nak harapkan suami, dia selalu ambik yang depan mata je tak de nya nak belek2.
antara benda2 yang saya elakkan:
1. ayam. memang dah bertahun tak makan ayam dari pasar, atau chicken nugget ke chicken burger. kalau nak makan, suami balik kg, beli ayam kg, sembelih sendiri. ada lah 2-3 kali setahun. semua resepi yg ada ayam2 ni, memang tak penah dapat try.
tapi saya tak cakap ayam kat pasar tu haram tau. cuma was2 je tentang cara sembelihan tu, jadi bila ada was2, lebih baik ditinggalkan. ni untuk keluarga saya la. walau mcm mana pun, kadang tu tak leh nak elak kalau mkn kat luar, walaupun dah request tak nak ayam, kadang tu sup2 mungkin ada letak perasa ayam ke apa ke. kitaorang anything yang berkaitan dengan ayam ni, kira last choice la. kalau boleh elak, akan elak.
2. saya kalau beli brg dapur, akan cari produk bumi. beras, sos, kicap, rempah. kalau yang saya tau tu confirm islam/bumi yang keluarkan, SAYA MESTI PILIH. sebab pada saya, kalau org islam yg keluarkan produk tu, dia ada tanggungjawap memastikan hasil keluaran sykt tu halal & toyyiban.
3. kadang tu, kita dah sebati dengan sesuatu jenama cth: maggi. sos cili ke apa ke. walaupun ada tanda halal, tapi saya rasa kita patut cuba produk muslim, jangan setia dan berbangga pada produk yang dah bertapak lama. bagilah peluang pada sykt kecil2, sokongan dan dorongan dari orang kita amat diperlukan.
4. barang mcm fish balls dan yang seangkatan semua saya tak penah beli. bila tanya kat kedai, sapa yang buat, jawapan tak tahu. terus saya kensel nak beli. kalau tahu yg melayu buat, saya beli la.
5. kalau beli brg mkn utk masakan western pulak, biasanya saya tengok label nya. kalau ada halal dan saya rasa yakin baru beli. kalau tak de tanda halal, saya baca list of ingredientsnya. kalau mana yang saya tak tahu, saya memang tak ambik, balik tanya pakcik google dulu, kalau puas hati baru saya beli. |
|
|
|
|
|
|
|
ni saya petik dari buku Ringkasan Ihya' Ulumuddin - Imam Al ghazali:
antaranya:
hadis nabi:
" Barangsiapa makan makanan halal selama 40 hari, Allah menerangi hatinya dan mengalirkan sumber-sumber hikmah dari hatinya melalui lisannya"
Diriwayatkan bahawa Sa'ad memohon Rasulullah SAW agar memohon kepada Allah SWT supaya doanya mustajab. Makan Nabi SAW bersabda:
" Makanlah makanna yang baik (halal), nescaya dikabulkan doamu."
Dalam hadith Ibnu Abbas dari Nabi SAW, baginda bersabda:
" Bahawa Allah mempunyai seorang malaikat di atas Baitul Maqdis yang berseru setiap malam. Barangsiapa makan makanan haram, tidaklah diterima amalnya baik yang sunat mahupun yang wajib"
Ibnu Abbas r.a. berkata : "Allah tidak menerima solat seseorang yang di dalam perutnya terdapat makanan haram" |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by batricia at 19-4-2010 21:15
Post Last Edit by batricia at 19-4-2010 20:48
lagi:
Ketahuilah bahawa seluruh makanan haram adalah busuk, hanya saja sebahagiannya lebih busuk daripada sebahagian lainnya. Seluruh makanan halal adalah baik, hanya saja sebahagiannya lebih baik.
Tingkat pertama dan paling sedikit ialah:
menghindari apa yang dinyatakan haram oleh para fuqaha
tingkat kedua: ( kewarakan para solehin )
iaitu menolak segala yang mengandung kemungkinan haram, walaupun mufti memberi rukhsah berdasarkan lahirnya, tetapi dari jalan yang menimbulkan syubhat.
tingkat ketiga:
segala yang tidak diharamkan oleh fatwa dan tiada keraguan tentang kehalalannya, tetapi dikhuatiri menimbulkan keharaman, iaitu meninggalkan sesuatu yang tidak berdosa kerana takut berdosa.
tingkat keempat:
sesuatu yang asalnya tidak berdosa dan tidak dikhuatirkan menyampaikan sesuatu yang berdosa, tetapi dimakan tidak kerana Allah SWT dan bukan kerana niat bertakwa dengan beribadah atau dalam menjalankan sebab-sebab yang memudahkannya timbul kemakruhan atau maksiat, sedangkan menjauhinya adalah kewarakan pada sidiqin. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by batricia at 19-4-2010 21:22
Post Last Edit by batricia at 19-4-2010 20:51
Ketahuilah bahawa seluruh makanan haram adalah busuk, hanya saja sebahagiannya lebih busuk daripada sebahagian lainnya. Seluruh makanan halal adalah baik, hanya saja sebahagiannya lebih baik Tingkat pertama dan paling sedikit ialah: menghindari apa yang dinyatakan haram oleh para fuqaha tingkat kedua: ( kewarakan para solehin menolak segala yang mengandung kemungkinan haram,walaupun mufti memberi rukhsah berdasarkan lahirnya, tetapi dari jalan yang menimbulkan syubhat. tingkat ketiga: segala yang tidak diharamkan oleh fatwa dan tiada keraguan tentang kehalalannya, tetapi dikhuatiri menimbulkan keharaman, iaitu meninggalkan sesuatu yang tidak berdosa kerana takut berdosa tingkat keempat: sesuatu yang asalnya tidak berdosa dan tidak dikhuatirkan menyampaikan sesuatu yang berdosa, tetapi dimakan tidak kerana Allah SWT dan bukan kerana niat bertakwa dengan beribadah atau dalam menjalankan sebab-sebab yang memudahkannya timbul kemakruhan atau maksiat, sedangkan menjauhinya adalah kewarakan pada sidiqin.
buku yang saya quote ni bagus sangat. banyak yang saya belajar.
kalau ikut dari apa yang saya quote kat atas tu, ada 4 tingkatan. kita nilaikan diri kita kat mana.
ada orang yang asal ada melayu makan kat restoran yang tak tau status halal nya, dia pun makan, sebab? tu, ada orang melyu makan, maknanya boleh la makan.
ada orang yang tengok logo halal je, okeh boleh makan...
ada orang yang tengok logo halal, tapi tetap rasa was2.
ada orang yang makan kat restoran seafood cina tapi tetap rasa yakin halal.
ada orang yang dah tau benda tu halal, tapi rasa bila makan tu dia takut menyebabkan dia kekenyangan, makan bukan kerana Allah, takut malas beribadah, dia tetap tinggalkan makanan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada orang hari2 berzikir nak bersihkan hati tapi makan babi dan minum arak.. Macam mana hati nak bersih!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku lak takleh makan ayam atau daging yang disembelih depan mata...memang tak lalu lah makan.lagipun bau daging tu ade lain macam la.
kalau aku balik mesia biasanya beli ayam kat orang kita sendiri.alhamdulillah takde rasa was2.
kalau aku di australia macam sekarang nih,beli daging halal sini senang.kat masjid,musalla atau surau mesti ade sediakan free copy senarai kedai makan atau butcher yang jual daging halal.
pernah sekali aku dan kakak nak beli daging kat butcher halal ni,tapi masa tu management dia baru je bertukar.penjual tu (mat salleh) cakap dia tak berani nak jual daging kat kami sebab sijil halal belum sampai lagi.memang daging dia halal cuma pengesahan aje belum sampai2. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by batricia at 19-4-2010 21:13
FIL saya orang yang very strict tentang makanan. memang banyak benda yang dia tak makan. mula2 dulu saya pelik kenapa. dia hanya makan nasi sedikit lauk pun sedikit je. asal makan. segala kuih muih, agar2, sardin, western food, fast food, terlalu byk benda yang dia tak makan. bukan pasal ada sakit ke apa. tapi dia memang mengelakkan.
bila saya baca buku ni, baru saya faham sikit.
rupanya orang yang yang nak menyucikan diri dan mendekatkan diri pada Allah, adalah orang yang mengawal syahwat perut & kemaluan. (antaranya lah )
quote:
Al Hasan ra. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda
" yang terbaik di antara kamu kedudukannya di sisi Allah SWT adalah yang paling lama laparnya dan paling lama berfikirnya, sedang yang paling dibenci Allah SWT diantara kamu ialah setiap orang yang terlalu banyak tidur, terlalu banyak makan dan terlalu banyak minum."
.....dengan rasa lapar orang dapat tekun menjalankan ibadah. Maka siapa merasa kenyang, ia pun malas dari melakukan ketaatan. Banyak makan menyebabkan banyak persiapan, seperti mencari, memasak, mencuci tangan, membersihkan makanan di gigi dan sering masuk kamar mandi untuk buang air. ......
dlm buku ni ada tulis: ada yang berlatih dengan lapar selama 3-43 hari. bayangkan la...
kita ni baru pada takat nak menentukan halal haram makanan- pun susah. sedangkan orang yang betul2 nak mendekatkan diri pada Allah, lapar adalah sebahagian dari hidup mereka.
kita tahap yang paling asas pun kita struggle. belum lagi takat nak berlapar dan dahaga.
sekarang ni saya nak cuba berubah sikit2 la. nak cuba kurangkan makanan yang diproses, junk food, fast food walaupun makanna tu ada tanda halal....mcm2 makan sakit pun macam2 juga. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketahuilah bahawa seluruh makanan haram adalah busuk, hanya saja sebahagiannya lebih busuk daripada sebahagian lainnya. Seluruh makanan halal adalah baik, hanya saja sebahagiannya lebih baik
Tingkat pertama dan paling sedikit ialah:
menghindari apa yang dinyatakan haram oleh para fuqaha
tingkat kedua: ( kewarakan para solehin
menolak segala yang mengandung kemungkinan haram,walaupun mufti memberi rukhsah berdasarkan lahirnya, tetapi dari jalan yang menimbulkan syubhat.
tingkat ketiga:
segala yang tidak diharamkan oleh fatwa dan tiada keraguan tentang kehalalannya, tetapi dikhuatiri menimbulkan keharaman, iaitu meninggalkan sesuatu yang tidak berdosa kerana takut berdosa
tingkat keempat:
sesuatu yang asalnya tidak berdosa dan tidak dikhuatirkan menyampaikan sesuatu yang berdosa, tetapi dimakan tidak kerana Allah SWT dan bukan kerana niat bertakwa dengan beribadah atau dalam menjalankan sebab-sebab yang memudahkannya timbul kemakruhan atau maksiat, sedangkan menjauhinya adalah kewarakan pada sidiqin.
buku yang saya quote ni bagus sangat. banyak yang saya belajar. kalau ikut dari apa yang saya quote kat atas tu, ada 4 tingkatan. kita nilaikan diri kita kat mana.
ada orang yang asal ada melayu makan kat restoran yang tak tau status halal nya, dia pun makan, sebab? tu, ada orang melyu makan, maknanya boleh la makan.
ada orang yang tengok logo halal je, okeh boleh makan...
ada orang yang tengok logo halal, tapi tetap rasa was2.
ada orang yang makan kat restoran seafood cina tapi tetap rasa yakin halal.
ada orang yang dah tau benda tu halal, tapi rasa bila makan tu dia takut menyebabkan dia kekenyangan, makan bukan kerana Allah, takut malas beribadah, dia tetap tinggalkan makanan tu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku lak takleh makan ayam atau daging yang disembelih depan mata...memang tak lalu lah makan.lagipun ...
tabasco Post at 19-4-2010 20:56
mat saleh tu ada ethic. bagus, tak mcm kat malaysia ni. banyak kawan saya kata logo halal kat australia & s'pore leibh reliable dari yg kat malaysia. malaysia punya banyak jenis, dan kurang pemantauan dan senang dicilok. ni pada saya lebih pada rasa tanggungjawap dan kesedaran penjual tu sendiri, kat malaysia, bak kut teh pun ada logo halal....pelik bin ajaib. |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
Post Last Edit by AceHand at 19-4-2010 22:44
Salam,
maaflah kalau dah ada thread ni. Cuma lately banyak diperbincangankan hal ini. Dulu masa ...
Zielah Post at 19/4/2010 13:51
Bagos... Nampaknya ramai worang Islam sudah makeng sedar akan kepentingan perlunya mengambel makanan yang halal ni... Bukan saja untok kebaikan kita malah untok kebaikan generasi... Dan aku percaya sebab 'makanan halal' ni ler banyak berlakunya 'keruntuhan moral' kalangang generasi baru... Bukannya salah mak bapak tak pandai didek...
Tapi perlu ingat... Produk halal jugak bukan saja mesti sebab ia halal mengikot cara Islam tapi jugak mesti halal dari sumbernya... Maksud aku duit yang kita buat beli produk halal tu... Adakah dari sumber yang halal atau haram... Ini ramai yang maseh miss... Jadi takde maknanya jugak beli produk halal sebab haselnya hapa yang dia dapatkan tu tetap dah 'tak halal'... Kurang berkat lar gitu...
Sumber haram ni tak semestinya daripada rasuah dan penyelewengan semata mata... Kerja pong nak kena ikhlas... Depan baek... Bakang dok kutuk boss... Kojer selalu curi tulang jer hapa... Ini pong antara musibah yang menjurus pada sumber pendapatang yang 'kurang berkat' gak tu...
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...
saya pun dulu tak de la kisah sangat. tapi sekarang pun dah jadi sensitif isu halal haram ni. lagi s ...
batricia Post at 19/4/2010 20:17
1. Kalau was was memang patot jangan beli... Errr... Ayam jer... Daging camne...? Ke ko banyak makan ikan jer...?
2. Sokong keluaran Islam memang bagos... Tapi jangan lupa perkara kedua yang penting selain dari halal... Bermutu... Maksudnya lebih berkhasiat...
3. Bukan nak sokong produk keluaran 'luar' tapi kebanyakkan 'mutu' produk tempatan ni belom cukop untok menandingi produk tempatan yang 'diyakini halalnya'... Banyak guna MSG... Pewarna dan peras tiruan... Bahan pengawet... Bla bla bla... Tak guna kalau makan produk 'halal' tapi dapat penyaket lain lak belom sampai tua...
4. Bukan ajer fish ball... Paleng utama taufu yang memang susah nak pastikan produknya 'dari mana' walaupong kita tahu ia 'mungkeng halal' sebab ia adalah 'produk tempatan'... Even sayur pong kalau difikirkan secara logiknya... Mana tahu 'jurujual' tu takde pegang 'binatang haram' sebelom tu sebelom buat urusan jual beli...?
5. Western food ni banyak jenis... Fries pong kita bleh consider sebagai western food gak... Siap ada memacam perisa lagi lak tu... (Tu yang lagi bahaya tu...) Kekadang tu kita beli jer sebab dah tahu cuma ubi kentang jer... Tak tengok pong logo halal tu ada ke tak...
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Errr...
Ada orang hari2 berzikir nak bersihkan hati tapi makan babi dan minum arak.. Macam mana hati nak ber ...
gila Post at 19/4/2010 20:55
Ni merujuk pada sapa ni...?
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Wooo...
aku lak takleh makan ayam atau daging yang disembelih depan mata...memang tak lalu lah makan.lagipun ...
tabasco Post at 19/4/2010 20:56
Aku paleng teruja bau daging fresh ni...
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
Aku paleng teruja bau daging fresh ni...
Jizzz... Klong! Klong!
AceHand Post at 19-4-2010 23:08
yeke?yang aku perasan lah kalau ayam ni disembelih lepas tu dicabut bulu dan masak,bau dia ade lain sikit lah.bau ayam kot.penah sekali aku tolong ayah aku sembelih.rasa pening lak tengok darah banyak sangat tu.mungkin kerana sifat aku yang penyayang pada binatang nih hehehe disebabkn itu gak aku suka ikan,tak perlu sembelih. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh!
yeke?yang aku perasan lah kalau ayam ni disembelih lepas tu dicabut bulu dan masak,bau dia ade l ...
tabasco Post at 19/4/2010 23:21
Aku cerita pasal daging lembu... Kalau ayam ni aku lebih teruja yang dah gaul kunyit garam tu... Leleh air liur aku... Hah! Hah! Hah!
Jizzz... Klong! Klong! |
|
|
|
|
|
|
|
erm.. kawe pun udoh lame x makan ayam dr pasar besar spt G*****, T****, M***** dan sbginyer... beli kat kedai makcik melayu tuh.. sbb ayam dia x berbau.. kalo yg was2 nih.. ayamnyer berbau aaa,.. nak senag ku mkn aje seafood... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni saya beli ayam kat pasar ajer dengan orang Melayu, bila mee kuning, tauhu dan fishcake hasil tangan orang Melayu. Kat pasar Shah Alam lah. Kalau nak makan burger, hotdog dan yang sewaktu dengannya ambil Ramly burger punya. Walaupun harga ada sikit mahal tapi untuk keyakinan diri ... beli jer.
makan sekarang ni banyak kat tempat yang memang sah orang Melayu punya ... kalau tak pun masak sendiri kat rumah. Kopitiam semua tak layan kecuali kopitian eton kat bomba bukit jelutong tu.
masa ke Bangkok, pernah perasan daging dendeng yang dijual kat pasaraya di sana, rasanya daging dia sama dengan daging dendeng utk bubur nasi yang selalu menjadi kegilaan... sah-sahlah x halal ... so sekarang nasi bubur dah tak ambil daging dendeng tu .... banyak benda lain boleh makan.
betullah .. makanan halal dan rezeki yang halal itu penting untuk kehidupan kita ... |
|
|
|
|
|
|
|
baru2 ni ada dengar kt malaysia ni .. beberapa kopitiam je yg ada halal betul.. tp kenapa tk listkan? pelik |
|
|
|
|
|
|
|
zaman skrang ni payah nak declare which is makanan yg halal atau haram, sijil halal pun siap bleh cetak sendiri.. especially mkanan segera / dlm tin. byk ingredient tersembunyi yg kita kadang2 xtau and termakan.. berapa kerat sgt org kita yg betul2 nak jaga cara pemakanan diorang, asalkan tengok ada label halal trus sambar.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|