CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6613|Reply: 34

Nukilan hati

 Close [Copy link]
Post time 24-11-2009 06:28 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by violetulips at 26-11-2009 18:46

haii!! aku dak baru..sudi2 larr bace citer aku kat bawah tu...bla..bla..bla...          




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2009 06:33 PM | Show all posts
apasal test2 cm tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 06:36 PM | Show all posts
hoooooooooooooooooooooooooooooi
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 06:39 PM | Show all posts
hello??
aku pon nak test nih..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 06:40 PM | Show all posts
ASSYURA jasmin : Duniaku.. Dunia baruku !
Perpindahan aku ke sekolah baru ni mencampakkan aku ke daerah pendiam. Aku yang sebelum ni budak paling nakal di sekolah telah menukar tittle kepada budak paling pendiam di dalam kelas. Aku hanya punya dua teman rapat iatu Nur Raudah dan Izzul Hafiz. Raudah yang aku panggil dengan gelaran ‘Adah’ adalah seorang yang baik hati, lemah lembut dan murah dengan senyuman. Tidak hairan jika ramai lelaki yang tunjuk Romeo dengannya. Tetapi hanya lelaki yang bernama  Syahrunnizam yang menjadi pilihan Raudah.  Mereka antara pasangan kekasih yang popular di sekolah. Menurut Raudah, dia dan Syah telah rasmi menjadi kekasih sejak mereka di tingkatan dua. Izzul Hafiz pula adalah kawan rapat lelaki merangkap tutor  tak rasmi aku. Aku masih ingat, Izzul menawarkan aku untuk mengajar subjek biologi memandangkan dia sering mendapat markah tertinggi di dalam subjek tersebut. Izzul berdarah kacukan Arab-Belanda dan memiliki wajah yang tampan. Dia juga seorang pelajar yang cerdik. Mempunyai ramai peminat, sehingga aku dan Raudah tidak menang tangan menjadi posmen tidak rasmi peminat-peminat Izzul. Tetapi tidak satu pun surat yang di balasnya. Aku dan Raudah jugalah yang menjadi mangsa menjawab pertanyaan mereka; “Kenapa dia tak balas?”  “Dia sibuk ke? Tak sempat nak balas ke?”  “Dia tak sudi nak berkawan dengan aku ke?”  “Dah bagi kat dia belum? Kenapa dia tak balas lagi?”...................
  “ Hoi!.. Berangan..” Izzul menjerit kuat di telinga membuatkan bahu aku terjongket. Dia kemudiaannya ketawa melihat. Suka sangat kenakan aku. Aku sekadar mengetap gigi.
“ Mana Raudah?” aku bertanya memandang ke sekeliling kelas yang agak sunyi.
“ Pergi jumpa Syah. Engkau tak nak rehat?” Izzul bertanya dan bangun bersama dengan buku rujukan di tangan. Bersiap sedia untuk ke perpustakaan.
“ Aku puasa. Engkau nak pergi perpustakaan?’
“ Yap..Macam biasa.”
“ Studi dengan Irwan?’                                                                          
Izzul tersenyum lebar memandang ke arah aku. Kemudian dia mengangguk.
    “ Nak kirim salam?” tanya Izzul dengan senyuman penuh bermakna.
    “ Jangan nak mengada.” Balasku dan melarikan anak mata dari menentang wajah Izzul.
    “ Alah, malu-malu pulak dia. Jangan risau, Irwan tu sporting.”
    “ Izzul hafiz! Aku tak suka dia.” Aku menjengilkan mata. Izzul sudah bergerak ke arah pintu..   
   “ Bye, Min. Jangan bimbang, Salam kau akan di terima.”  Dia melambai dan mengenyitkan mata. Aku menunjukkan buku lima memberi amaran. Dia sekadar tersengih lebar dan berlalu.
Izzul Hafiz, memang kalau tak kenakan aku dalam sehari, tak sah. Aku tersenyum sendiri. Secara tidak sedar, gurauan dan usikan Izzul lah yang telah banyak mencorakkan hari-hari yang aku lalui.

       Aku berlari pantas menuju ke arah makmal yang tidak jauh dari kelas. Aku dah terlewat. Ni semua gara-gara menghantar kad jemputan cikgu Mahizan dari kelas ke kelas. Nak kahwin, kahwin aje lar. Entah mengapa, koridor yang aku lalui ni terasa panjang. Terbayang di ruang mata wajah Cikgu Syamsina yang bagaikan singa lapar ingin menelan mangsanya kerana lewat masuk ke dalam lab. Aku masih ingat bagaimana malunya Suhaili menjual muka di luar makmal kerana kelambatannya masuk ke makmal. Tidak ada lain yang aku fikir selain wajah Cikgu Syam. Aku berlari tanpa menoleh kiri dan kanan. Tiba-tiba......
“ Aduh!!” buku yang aku pegang terlepas dari tangan dan terbang entah ke mana. ‘Kayu balak mana yang parking dekat tengah-tengah koridor nie?’ Kepala aku rasa berdenyut kuat bila terhantuk dengan sesuatu yang tajam.
“ Maaf-maaf.. Saya tak sengaja.” Satu suara memohon maaf. ‘Orang rupanya. Ingat balak.’
Aku mengangkat wajah melihat kepada tuan punya badan yang telah melanggar aku sehingga dahiku terhantuk kuat pada dagunya.Tetapi..sesaat aku terpaku melihat mahluk ALLAH yang berdiri di hadapan aku ini. Begitu juga dengan dia.
“ Irwan...” lidah terasa kelu selepas menyebut namanya.
“ Maaf... Nie buku awak.” Irwan menghulurkan buku-buku aku yang jatuh berterabur tadi. Tiba-tiba terlintas wajah cikgu Syam dengan dua tanduk tumbuh di kepala bersama mata yang merah menyala. Memegang cemeti besar dan bersedia untuk menyebat mangsanya.Tanpa membuang masa, aku mengambil buku-buku di tangan Irwan dan terus berlalu. ‘Habislah..habislah aku dengan Cikgu
Syam’ Larian aku yang ibarat berlari marathon itu terhenti di hadapan makmal. Cikgu Syam sudah memulakan pelajaran. Aku menarik nafas dalam dan mengetuk pintu makmal. Dalam hati tidak putus-putus aku berdoa agar aku diselamatkan dari segala musibah yang akan aku terima dari Cikgu Syam. Spontan berpuluh pasang mata terarah pada aku. Masing-masing menunjukkan wajah penuh simpati pada aku yang bakal menerima bahana kerana kelewatan yang hanya beberapa minit. Aku juga dapat lihat wajah Adah dan Izzul yang memandang dengan pandangan penuh penyeslan kerana tidak dapat membantu dan membiarkan aku menghadapi masalah ini sendiri.
“ Kamu dari mana Syura?’ tanya Cikgu Syam sambil membetulkan kaca matanya yang senget.
Aku terdiam. Perlu ke aku ceritakan pada Cikgu Syam, aku terlewat kerana membantu Cikgu Mahizan.Aku berkira-kira sendiri...
“ Assyura!” suara lantang Cikgu Syam menyentakkan aku juga seluruh isi makmal.
“ Saya..sa.. ta..tadi saya......” aku mengeluh berat. Biar beribu alasan pun yang aku akan bagi, kesudahannya tetap berakhir dengan berdiri di luar makmal.
“ Saya minta maaf cikgu.” Aku pasrah. Biarlah Cikgu Syam mendenda aku. Air mata terasa ingin menitis. Bukan kerana malu diperlakukan begitu, tetapi kerana memikirkan aku yang akan ketinggalan pelajaran kerana terpaksa berdiri di luar. Beberapa saat berlalu...
        “ Masuk. Pelajaran tidak akan menuggu kamu.” Cikgu Syam bersuara dan melangkah masuk ke dalam makmal. Kakiku bagaikan di paku. Aku tidak bermimpi. Pendengaran aku juga masih jelas. Aku pasti apa yang aku dengar sebentar tadi bukan khayalan semata. Nyata, kawan-kawan sekelas aku juga tidak percaya dengan apa yang mereka dengar dan lihat sebentar tadi melalui reaksi wajah mereka. Tanpa membuang masa aku melangkah masuk dan mengambil tempat di sebelah Adah yang tersenyum lebar. Begitu juga dengan Izzul yang mengangkat tangan tanda bagus padaku.
“ Kau bertuah Min. Kaulah satu-satunya murid yang tidak di denda sebab lambat masuk ke makmal. Cikgu Syam dah melakar sejarah hari nie.” Bisik Adah perlahan di telinga. Aku tersenyum lebar. Ya, memang aku bertuah. Aku nampak Izzul menulis sesuatu di atas kertas dan dihulurkan pada aku ketika Cikgu Syam sedang menulis di white board. Aku mengambil dan membuka lipatan kertas tersebut.

Kau ada kunci. Kunci yang tiada pada sesiapa. Kunci yang dapat membuka pintu hati cikgu Syam. Kunci yang paling berharga. Iaitu kunci kemaafan. Cikgu Syam telah melepaskan engkau dengan hanya satu perkataan maaf. Betapa besarnya nilai sebuah kemaafan buat setiap insan. Jaga kunci kau baik-baik. Mungkin boleh di praktikkan pada si dia untuk membuka pintu hatinya buat kau...hehehe..

       Aku menjelirkan lidah pada Izzul. Dia mengeyitkan mata diikuti dengan tawa kecil Adah. Irwan...Perlahan-lahan peristiwa tadi menerjah ingatan. Kesakitan pada dahi akibat terhantuk kuat dengan dagu Irwan telah hilang begitu saja. Ketinggian Irwan yang melebihi aku menyebabkan dahi aku dan dagu runcingnya berselisih. Aku meraba dahi. Kemudian tersenyum sendiri. Secara tidak sedar, lelaki warak itu benar-benar telah mencuri hatiku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 06:40 PM | Show all posts
Aku berjalan menyusuri koridor yang terletak bersebelahan dengan padang. Padang penuh dengan pelajar yang sibuk bersukan. Aku mengangkat tangan pada Adah yang sedang melambai-lambai padaku. Adah adalah kapten pasukan bola jaring sekolah. Aku akui, teman aku itu memang mempunyai kelebihan yang luar biasa dan kerana itulah, sekolah aku sentiasa mendapat tempat pertama dalam setiap pertandingan bola jaring. Aku berjalan ke arah sebuah pondok yang terletak di bawah sebuah pokok yang agak besar. Selalunya, aku akan di temani Izzul berehat bersama di pondok itu. Tetapi Izzul telah memaklumkan pada aku yang dia tidak dapat menemani kerana mempunyai urusan dengan Cikgu Herman.
Dari jauh kelihatan sesusuk tubuh berada di pondok tersebut. Aku menghampiri. Seorang lelaki duduk membelakangi aku.
“ Assalamualaikum..” aku memberi salam.
“ Waalaikumsalam” lelaki itu menjawab dan berpaling. Aku terkedu sebaik terpandang wajahnya. Aku jadi serba tak kena.
“ Emm.. Boleh saya duduk?” aku bertanya sopan. Seketika lelaki itu tersenyum dan mengangguk. Aku duduk bertentangan dengannya. Dia kembali menatap buku di tangan. Kelihatan begitu tekun.
“ Buku apa yang awak baca?” Aku bertanya ramah. Memang aku mempunyai sikap yang peramah dan mudah mesra. Kerana sikap aku inilah aku disenangi ramai.
“ Tafsir Al-Quran.” Balasnya dan mengangkat buku berwarna hijau lumut itu.
“ Rajinnya awak membaca petang-petang macam nie. Awak hafal Al-Quran?” aku bertanya lagi. Dia tersenyum manis. Lelaki ini memang murah dengan senyuman. Senyumannya yang menawan itu mempunyai daya tarikan yang membuatkan setiap orang tidak akan melepaskan peluang untuk melihat senyumannya buat kali kedua.
“ Saya tengah cuba menghafal. Insya-ALLAH, dalam beberapa tahun lagi siap lah.” Balasnya.
“ Saya ada hafal satu surah. Tapi baru sampai ayat 17.” Aku bersuara dan memandang tepat ke wajahnya.
“ Surah apa? “ tanyanya..
“ Surah As Syura’aa..”
“ Kebetulan, saya pun ada hafal surah itu. Tapi baru sikit..”
“ Sampai ayat berapa? “
“ Sampai 51...” Dia menundukkan wajah..
“ Wow! hebat.. Kalau tak kisah, boleh tak awak baca? Saya nak dengar..” aku memohon padanya. Dia terdiam seketika dan tersenyum kemudiannya.
       “ Tapi, bacaan saya nie masih banyak kekurangannya.” Dia merendah diri.
       “ Tiada manusia yang perfect. Jangan risau, bacalah saya nak dengar.” Aku cuba mengenepikan rasa rendah diri yang terlalu dalam dirinya.
“ Saya cuba..” dia tersenyum lagi. Aku membalas senyumannya dan mengangguk. Seketika suaranya bergema. Aku terpegun. Suaranya begitu merdu mengalunkan Ayat Suci. Angin bertiup lembut mengiringi bacaannya. Aku teringatkan ayah di kampung. Setiap selesai solat subuh, ayah akan mengalunkan surah tersebut dan aku setia di sisi ayah mendengar suara ayah. Kebetulan, nama surah tersebut seakan-akan dengan namaku. Tanpa sedar, air mata aku menitis.
“ Awak menangis ke?” pertanyaan Irwan melenyapkan kenangan yang beputar. Aku tidak sedar bila Irwan menamatkan bacaannya.
“ Maaflah, banyak yang masih kurang..” Irwan bersuara lagi..
“ Sedap suara awak... Saya suka.” Puji aku ikhlas. Irwan sekadar tersenyum. Senyum lagi.
“ Awak nak coklat?” aku menghulurkan bungkusan coklat cackle kepadanya.
“ Boleh jugak..” dia menyambut senang hati. Aku mengeluarkan lagi satu bungkusan dari dalam poket baju dan membuka bungkusan tersebut. Satu persatu coklat berwarna-warni itu aku kunyah. Begitu juga dengan Irwan. Sesekali mataku mencuri pandang wajahnya.
“ Ini coklat favourite saya sejak dari kecik. Saya suka makan coklat ni bila tengah marah. Macam bagi ketenangan bila kunyah coklat ni. Apa yang awak buat untuk hilangkan marah?” aku bertanya.
“ Nie..” dia menunjukkan Al-Quran yang terletak di sisinya. Aku terdiam. Betapa berbezanya aku dan dia. Seorang hamba ALLAH yang menghilangkan amarah yang bertandang dengan membaca kalamullah manakala aku, dengan memakan coklat dan langsung terlupa untuk beristighfar dan mengingatiNYA. Kerdilnya diri ini.
“ Tapi, ada satu perkara lagi yang saya akan buat bila tengah marah..” Irwan bersuara dan mendongak memandang langit. Aku memandang wajahnya menanti jawapan...
“ Tengok tu...” dia mengangkat tangan menunjukkan ke arah langit. Aku memandang ke atas. Kelihatan Pelangi yang merentas dari utara ke selatan bersinar indah di atas awan. Aku kembali memandang wajahnya yang sedang asyik melihat keindahan ciptaan ALLAH itu. Wajah Irwan mempunyai daya tarikan. Kulitnya hitam manis, keningnya lebat dan mempunyai hidung yang mancung. Aku masih ingat pada kata-kata seorang teman di sekolah lama; ‘Aku tak suka orang hidung mancung. Kalau langgar pintu, nanti patah. Aku tersenyum sendiri. Mata irwan tidak kecil dan tidak juga terlalu besar. Sederhana. Pandangan matanya yang redup membuatkan aku segera mengalih pandangan bila mata kami bertembung.
      “ Kalau awak tengah marah, tapi waktu tu tak ada pelangi kat atas langit, macam mana?” aku bertanya.
“ Kalau macam tu, saya akan tunggu pelangi keluar barulah boleh marah..” dia berseloroh sekali gus mencetuskan tawa kecilku.
“ Saya minta maaf fasal langgar awak hari tu. Saya nak cepat waktu tu..” Irwan tiba-tiba bersuara. Aku agak terkejut. Dia masih ingt peristiwa tu. Dia masih ingat aku....
“ Saya yang patut minta maaf. Saya yang lari tak tengok kiri kanan. Sampai terlanggar dagu awak. Mujur tak patah..” ..Irwan ketawa mendengar..
“ Awak lari macam dalam pertandingan marathon. Tak sempat saya nak mengelak..”
“ Emm.. siapa nama awak?” aku bertanya meski jawapannya sudah aku ketahui.
“ Irsyad Zakwan. Panggil Irwan.. Kalau tak silap, awak Assyura kan? Assyura jasmin sahabatnya Izzul..?” aku hampir tersedak mendengar kata-katanya.. Mana dia tahu?
“ Mana awak tahu?” aku bertanya, langsung tidak dapat menyembunyikan perasaan terkejut mendengar kata-katanya.
“ Owh.. Izzul selalu cerita fasal awak.” Serta-merta aku terbatuk kuat. Irwan agak terkejut.
“ Awak..tak apa-apa?” Irwan agak panik bila batuk aku tak juga surut.. Aku menarik nafas dan melepaskan perlahan.. Apa yang Izzul dah cerita pada dia.. Siap lar kau nanti.. Aku memandang pada Irwan dan tersenyum.
      “ Emm...awak nak coklat lagi?” aku bertanya.
“ Ada lagi ke?” dia mengangkat kening sebelah.. Aku mengangguk dan mengeluarkan sebungkus plastik yang penuh dengan bungkusan coklat dari dalam beg sandang. Aku dapat lihat jelas wajah Irwan yang terkejut melihat bungkusan plastik yang ada di tangan aku. Dia ketawa kemudiannya.................
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-11-2009 06:41 PM | Show all posts
Izzul Hafiz : Aku tidak bisa menipu....
Badanku terasa lemah. Semalam, 2 biji panadol aku telan bagi meredakan sakit kepala nie. Sepanjang malam aku tidak dapat melelapkan mata dan sesekali termuntah. Irwan sedia menemaniku sehingga ke pagi. Terima kasih Irwan. Pagi nie, demam aku tak juga surut. Badan masih panas. Tapi aku cuba bertahan sedaya upaya. Aku berlagak seperti biasa. Aku tidak mahu menyusahkan sesiapa terutama Irwan yang telah bersekang mata kerana menjagaku.
Aku langsung tidak dapat menumpukan perhatian ketika cikgu mengajar. Kepala yang sakit bagai di tusuk jarum nie memaksa aku untuk tidur seketika.
“ Izz...” kedengaran suara seseorang memanggilku. Aku membuka mata perlahan. Jasmin sedang berdiri di hadapan mejaku.
“ Kau sakit ke?” dia bertanya prihatin. Aku cuba untuk tersenyum dan menggeleng.
“ Aku mengantuk. Malam tadi aku tak tidur, baca komik sampai pagi.” Aku ketawa kuat. Menyembunyikan kesakitan yang semakin menjalar. Ternyata lakonanku berkesan bila mendengar Jasmin merungut sendiri.
“ Cubalah malam-malam tu bertadarus. Dapat pahala. Cuba kau contohi Irwan. Bertuah tahu dapat kawan macam dia. Sekurang-
kurangnya dapat menyedarkan diri kita yang serba kekurangan nie.”... Aku tersenyum saat nama Irwan meniti di bibirnya.
“ ye lar mak nenek. Membebel macam nenek.” Aku mengusiknya. Kepalaku terasa dihempap dengan batu besar. Entah sampai bila lagi aku mampu bertahan.
“ Nie, aku nak tanya something.” Gadis comel itu sudah mengambil tempat di hadapanku.
“ Tanya banyak-banyak thing pun tak pe..”
“ Apa yang kau cerita fasal aku dekat Irwan?” dia memandang aku tajam. Bagai terkena renjatan elektrik bila soalan itu di ajukan. Mana dia tahu nie..
“ Mana ada aku cerita apa-apa..” aku berpura-pura meski hati berkocak kuat.
“ Irwan kata, kau selalu cerita fasal aku kat dia. Baik cakap... Kau cerita yang bukan-bukan ye?”
“ Tak ade lah.. Aku cuma cakap dekat dia yang kau suka dan minat sangat kat dia...” aku berbohong dan ketawa. Serentak itu, buku rujukkan Fizik menghempap kuat bahu aku. Boleh tahan jugak dia nie. Badan aku semakin lemah. Kepala semakin berat. Aku bangun dan bergerak ke tandas. Kesakitan ini sudah tidak dapat ditanggung.  
“ Kau cerita macam tu kat dia?! Bohong.. Aku tak suka dia.. Izzul.. nak lari lar tu..” aku dapat menangkap suara Jasmin yang terakhir sebelum badanku rebah mencium simen.....dan semuanya menjadi gelap gelita....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 07:11 PM | Show all posts
ades. saja test ngata. apasal byk sgt neh. pedih mata nak baca. baik ko g post kat blog..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2009 07:17 PM | Show all posts
hmmm..sudi2 lar bace..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 07:17 PM | Show all posts
Assyura jasmin : Akukah yang bersalah?
Sudah tiga hari Izzul tidak hadir. Dia masih tidak sedarkan diri dan di tahan di hospital. Menurut Irwan, sehari sebelum Izzul pengsan, dia demam panas. Sepanjang malam tidak dapat tidur dan muntah-muntah. Dia menipu.... Dia kata dia baca komik sampai ke pagi. Patutlah wajahnya pucat. Suaranya juga seperti orang tidak bermaya. Izzul Hafiz, pandai betul kau berlakon.
Aku masih ingat bagaimana kuatnya aku pukul bahu dia dengan buku yang tebal. Dia hanya ketawa kemudiannya. Dia berpura-pura. Dia sedang berperang dengan kesakitan saat itu. Air mata ini mengalir tanpa dapat di tahan. Setiap hari aku berdoa agar ALLAH menyembuhkan penyakitnya. Raudah akan memeluk aku setiap kali aku menangis sendirian di surau. Dia terpaksa escape dari berlatih bola jaring kerana menemani aku yang benar-benar di serang rasa bersalah.
“ Kau tak salah Min.. Bukan salah kau..” Adah memeluk aku erat, dan aku hanya mampu menangis.
Hari-hari yang di lalui terasa begitu sunyi dan suram. Tanpa gelak tawa dan usikan dari dia. Saban petang aku habiskan dengan termenung di dalam dorm.  Kenangan lalu menerjah ke dalam ingatan.
“ Min, kau bela telur cicak ke?” tanya Izzul di suatu pagi, di dalam kelas. Aku dan Adah terpingga-pingga mendengar pertanyaan Izzul. Telur cicak?
“ Itu...” Izzul menunjukkan ke arah pipi aku yang sudah mula terbentuk jerawat.
“ Telur cicak, hotak kau! Ini jerawat lar..” aku menjerit geram. Banyak lar dia punya telur cicak. Mentang-mentang lar dia tak ada jerawat. Izzul tersengih-sengih manakala Raudah sudah ketawa besar.
Beberapa hari kemudian, jerawat aku sudah menghilang.
“ Min, mana?” tanya Izzul tiba-tiba. Aku dan Adah hairan dengan pertanyaan Izzul yang tiada pokok pangkalnya. Aku mengangkat kening.
“ Dah menetas er..” Izzul menunjuk ke arah pipi aku yang berbekas jerawat.
Serentak itu buku teks Bahasa Melayu menghinggapi lengan Izzul di sertai tawa kuat Adah. Aku selalu pukul dia. Tapi dia tak pernah balas balik. ‘Tak gentelman la’ kata dia setiap kali aku mengajukan soalan itu. Tapi sesekali tangan nakalnya menjentik jari aku. ‘ Jari engkau lawa lar..’ suatu hari Adah bersuara sambil bermain-main dengan jari jemari aku. ‘ Panjang sangat, takut kang orang dah tak dapat beza antara jari dengan ranting kayu.’ Izzul menyampuk dari arah belakang. ‘ Eleh, cakap aje lar engkau dengki..’ aku membela diri. ‘ Tak hingin aku.  Karang, tak fasal-fasal ada belalang hinggap..” Izzul bersuara selamber. Aku masih ingat bagaimana kuatnya Izzul menjentik tangan aku bila aku gagal menjawab soalan Biologi yang diajukan. ‘ Soalan senang pun tak dapat jawab. Lain kali aku mengajar, dengar.. bukan berangan..’ Izzul menjentik-jentik jari aku yang mula memerah. Aku tak mampu membantah. Dah memang salah aku. Petangnya, Izzul memberi aku aiskrim Cornetto kesukaanku. Mungkin sebagai tanda minta maaf kerana telah menjentik jari aku pagi tadi. ‘ Aku minta maaf, Min.’ Dia bersuara lembut. Tercengang aku dibuatnya. Izzul memang baik dan terdapat sikap kelembutan di sebalik dirinya yang tegas. Padanlah dia menjadi rebutan pelajar puteri di sekolah.............................................................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 07:18 PM | Show all posts
Izzul hafiz : Aku mula merinduinya...
Sudah dua minggu aku terlantar di hospital ini. Selepas aku rebah di sekolah minggu lalu, aku terus dikejarkan ke hospital. Aku disahkan menghidap demam denggi. Hari ini, aku dibenarkan pulang. Ibu menyarankan agar aku berehat sehari dua di rumah sebelum kembali ke asrama, tetapi aku membantah. Aku inign cepat kembali ke sekolah. Aku sudah banyak ketinggalan pelajaran.
“ Izz, ibu rasa lebih baik Izz berehat dekat rumah dulu. Lusa, Ibu hantar lar balik hostel.” Ibu memujuk aku ketika dalam perjalanan pulang dari hospital. Aku diam tanpa suara tanda membantah.

Sejak dari kecil, aku akan diam apabila merasa tidak puas hati. Papa yang sedia maklum tentang itu bersuara bagi pihak aku.
“ Biarlah Mah. Dia dah banyak ketinggalan pelajaran, nanti susah pulak nak kejar balik.”... Aku senyum bahagia. Ibu tidak membantah kata-kata papa. Aku memandang ke luar tingkap kereta. Ada sesuatu yang aku rindui di sana. Petang itu, aku kembali ke asrama. Irwan menyambut kepulangan aku dengan senang hati. Dia tak putus-putus mengucap syukur melihat aku yang telah sembuh. Aku rasa gembira dapat kembali ke sini. Sekolah yang aku rindui. Jasmin... Nama itu meniti di bibir. Aku amat merindui gadis itu. ‘Entah apa khabar dia agaknya?’  Petang-petang macam nie, mungkin dia berada di port favourite nya,di pondok yang terletak berhampiran dengan padang bola jaring.
Aku mempercepatkan langkah. Hati berdegup semakin kencang. Kerinduan ini tak dapat dibendung lagi..... Segala-galanya menjadi hampa bila ternyata tiada sesiapa di situ. ‘ Min, engkau dekat mana? Aku nak jumpa kau..’ aku mengatur langkah perlahan ke pondok yang suram itu. Petang begini, padang sentiasa dipenuhi dengan pelajar-pelajar yang  sibuk berlatih. Aku menghirup udara petang. Tiba-tiba, Irwan datang menghampiri.
“ Izz, kau buat apa kat sini?” tanya Irwan yang telah mengmbil tempat di pondok itu. Aku menggeleng perlahan. ‘ Aku cari jasmin..’ hati aku bersuara...
“ Kau cari Jasmin?” Tanya Irwan sekali gus menyentakkan aku.. Macam dapat baca hati aku.. Aku mengangguk tanpa memandang wajahnya. Bimbang Irwan akan menyangka yang bukan-bukan.
“ Kau jangan risau, aku takkan sangka yang bukan-bukan.” Irwan bersuara lagi. Kali ini aku terbatuk kuat. Ajaib betul dia nie.... dia tahu segala yang bermain dalam hati aku...........
       “ Aku kesunyian waktu kat hospital. Aku rindu nak mengusik dia macam selalu. Lepas tu, aku jadi rindu dekat dia. Nak dengar dia ketawa, nak tengok dia merajuk bila aku usik dia.” Aku meluahkan segala yang terpendam pada Irwan. Irwan mendengar penuh teliti. Entah apa pula tanggapan dia pada aku sekarang nie... Tapi aku tahu, Irwan bukan jenis yang suka berprasangka. Selama ini pun, aku banyak bercerita tentang Jasmin kepadanya.
“ Dia sakit...” Irwan bersuara sepatah... Aku pantas berpaling menghadapnya..
‘Apa dah jadi?... Jasmin sakit?....’
“ Apa maksud kau Wan? Dia sakit apa? Kenapa kau tak beritahu aku dari tadi?...” aku bersuara agak lantang. Bukan niat untuk memarahi Irwan, tetapi aku berasa geram apabila dia baru memberitahu aku sekarang, tidak dari tadi.
“ Sorry, Izz.. Aku cuma tak nak kau bimbang.” Irwan bersuara perlahan.. Memujuk..
“ Apa bezanya kau beritahu aku sekarang.. aku pun tetap risau. Dia sahabat aku Wan.. Tapi dia sakit pun aku tak tahu.. Sahabat macam apa aku nie..” .... Aku mengeluh kesal.. Entah mengapa rasa amarah ini datang tiba-tiba..
“ Semalam Adah ada jumpa aku.. Dia kata Jasmin tak berapa sihat. Dia tak selera makan. Kata Adah, dah dekat dua hari dia tak makan...” Irwan menerangkan keadaan Jasmin.. ‘ Kenapa dengan kau, Min..? Apa dah jadi dengan kau?..’...

         Selepas solat maghrib berjemaah, semua pelajar pulang ke dorm untuk bersiap ke prep malam. Aku menunggu di koridor tempat yang dilalui pelajar perempuan. Banyak mata-mata yang memandang hairan pada aku. Tak kurang juga, ada yang memberi senyuman yang juga aku balas dengan senyuman. Aku menunggu dan berharap dapat berjumpa dengan Jasmin atau Adah.. Dari jauh kelihatan mereka berdua berjalan beriringan dengan telekung yang masih berbalut.. aku mengatur langkah ke arah mereka yang langsung tidak menyedari kelibat aku di situ.
“ Min, Adah..” aku memanggil mereka.. keduanya berpaling serentak. Kesempatan itu aku gunakan untuk menatap wajah Jasmin. Tubunya semakin kurus. Keserian wajahnya sirna. Hati aku jadi luluh.. Jasmin.. Mereka berdua mendekati aku.
“ Izzul.... Bila kau balik?” Jasmin berlari-lari anak.. Dia ketawa riang. ‘ Ya ALLAH, rindunya aku kat dia..’  Aku jadi keliru dengan perasaan yang hadir kala ini.
“ Aku baru sampai petang tadi. Korang apa khabar?” aku bertanya.. senyuman tidak lekang dari bibir. Sahabat yang aku rindui berada di depan mata..
“ Aku sihat.. Tapi si Jasmin nie  yang sakit. Rindu kat kau lah tu.. Nie kau dah balik, senyum sampai ke telinga.” Adah bersuara gembira. Jasmin, menyiku Adah yang kemudiannya terjerit kecil. Aku ketawa bahagia. Dia dah kembali.. Sahabat-sahabat yang aku sayang...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 07:19 PM | Show all posts
ASSYURA JASMIN : Cinta? Apakah cinta?
Tiada apa yang dapat aku gambarkan selain bahagia saat melihat dia berdiri tegak di sebalik tiang dengan berkain pelikat dan berbaju Melayu berserta dengan senyumannya yang menawan. Aku seperti tidak percaya, tetapi itulah realiti. Dia dah kembali. Air mata ini bagai ingin gugur tetapi sedaya upaya aku tahan. ‘ Izzul Hafiz.. aku sangat merinduinya...’
“ Min, kau rindu dekat aku tak?” tanya Izzul sambil memusingkan badannya menghadap aku yang sedang khusyuk membaca.
“ Mestilah rindu... Menghitung hari menuggu kepulangan kau..” Sampuk Adah yang tiba-tiba muncul entah dari mana.... Aku mencebir bibir.. Izzul tersengih suka..
“ Alah, kau kan ada Irwan..” tiba-tiba Izzul bersuara seperti jauh hati..
“ Kalau ada dia pun kenapa?..” aku bertanya kehairanan..
“ Si dia tercinta ada di depan mata.. hilang segala gundah gulana.. Mula ku lupa dunia.. Ohhh.... dia yang kucintai....” Izzul menyanyi dengan nada penuh jiwang..  
Aku ketawa bagai nak pecah perut.. Meski aku masih tertanya-tanya akan kata-katanya tadi. Bila dia dah kembali, dunia bagai hidup kembali. Bunga-bunga layu bagai memekar dengan indahnya... Izzul Hafiz, nama yang tak akan ku lupa sampai bila-bila.

Aku berjalan menuju ke tempat duduk yang terletak di tepi kolam ‘Taman Sains’. Pondok itu memang di reka khas untuk beristirehat atau
bersantai selepas penat belajar. Tanaman-tanaman yang di tanam di sekitar taman sains itu pula bertujuan untuk menenangkan fikiran. Oleh sebab Persatuan Sains telah berjaya menceriakan kawasan sekolah, pengetua telah memberi anugerah khas pada persatuan. Kawasan nie memang cantik dan mendamaikan. Pujian ini patut diberikan pada pengerusi Persatuan Sains yang telah mereka pelan untuk projek tersebut. Siapa lagi kalau bukan aku. Ceh, masuk bakul angkat sendiri lar pulak. Aku mengintai ke dalam kolam yang lebar itu. Berbagai-bagai jenis dan warna Ikan Koi berenang-renang dengan bebas dan riang. 15 minit telah berlalu, tetapi kelibat mahluk ALLAH yang aku tunggu masih tak kunjung tiba. Tiba-tiba aku ternampak sekujur tubuh milik Irwan yang agak cengkung menyusuri koridor berdekatan.
“ Irwan...” aku memanggil Irwan dan melambai-lambaikan tangan. Irwan berpaling dan berjalan mendekati aku.
“ Ada nampak Izzul tak?” aku bertanya.
“ Owh dia suruh bagitahu yang dia tak dapat ajar awak petang nie. Dia ada tugas.” Balas Irwan. Aku mengeluh berat. ‘ Ada-ada aje dia tu..’  Aku memandang Irwan. Dia masih terpacak di situ.
“ Awak free tak sekarang?” aku bertanya padanya. Sekilas aku terpandang buku-buku tafsir di tangannya. Mungkin dia ada mesyurat dengan ahli jawatankuasa BADAR kot.. Almaklumla, Ketua Unit BADAR nie sentiasa sibuk. Irwan masih diam. Tiada jawapan yang diberikan. ‘ Cakap aje lar tak, tu pun nak fikir berjam-jam.’..
“ Free! Awak nak minta tolong ajar awak yea..”  Irwan tersenyum manis. Aku jadi kaget. Betul ke dia tengah free nie? Atau sebab tak sampai hati nak mengecewakan aku? Irwan sudah mengambil tempat di hadapan aku.
“ Awak nak minta tolong tunjuk Add Math yea?..” tanya Irwan seraya mengambil buku Add Math di hadapan aku.
“ Tajuk yang mana?” dia bertanya lagi. Aku menunjukkan muka surat yang aku telah tandakan dengan pensil.  
“ Hmm.. Kelas saya pun baru masuk tajuk nie. Saya tak pandai sangat tapi setakat sikit-sikit tu boleh lar..” Irwan menyelak helaian demi helaian. Aku terus diam membisu. Persoalan tadi masih menghantui minda.
“ Irwan...”aku bersuara sepatah.. Dia memandang dan lidah aku jadi kelu. Soalan yang ingin aku tanya bagai terbang menghilang.
“ Kenapa Syura?” Irwan bertanya... Aku mengumpulkan kekuatan untuk bertanya. Nyata, kekok aku masih bersisa apabila berbicara dengannya.
“ Betul ke awak tengah free?”.. Pertanyaan aku di balas dengan senyuman.
“ Sebenarnya sekarang nie memang ada mesyuarat Unit BADAR.. Tapi, tak ape lah, penolong unit boleh tolong handle..” balas Irwan.
“ Saya nie, menyusahkan awak ke?” aku kembali bertanya.
“ Eh, tak ade lar.. hmm.. awak tak faham yang nie ye?” Irwan ketawa kecil kemudian bertanya serius. Aku memandang wajahnya sekilas dan mengangguk.
“ Esok, Cikgu Marlina nak buat ujian untuk subjek nie.” .... Irwan terus memulakan pengajarannya. Ternyata, Irwan juga setanding dengan izzul. Tutor yang bagus. Cuma bezanya, Irwan tak mendera aku macam Izzul yang suka ketuk aku bila aku tak dapat jawab soalan atau berkhayal bila dia tengah mengajar. Irwan mengajar aku hingga ke lewat petang.
“ Irwan thanks ye.. Kalau tak ada awak, tak tahu lar macam mana nak jawab paper esok.” Aku mengemas alat tulis. Irwan membalas dengan senyuman.  
“Sama-sama...”

Hari nie, seharian aku tak bertegur dengan Izzul. Aku sengaja melancarkan mogok bisu sebab dia tak datang mengajar aku semalam. Dah berkali-kali dia memohon maaf, tapi aku tak layan. Aku sekadar pekakkan telinga dan membisu. Adah pun geleng kepala dengan sikap aku nie.
“ Min.........aku betul-betul minta maaf.. Semalam Cikgu Rahman minta tolong aku latih budak-budak debate.. Aku nak bagi tahu kau pun tak sempat. Sebab tu aku minta tolong Irwan bagitahu kat kau.” Panjang lebar keterangan Izzul.. Tapi aku terus membisu. Menghadap buku rujukkan Sejarah, tapi langsung tak masuk apa yang aku baca. Fikiran aku terus melayang......
Semalam...waktu balik dari surau, aku nampak Nur Dalina Ulya. Aku menghadiahkan senyuman tetapi dibalas dengan wajah yang kurang senang oleh penolong ketua BADAR tu... Kenapa ya?
“ Min...! Kau dengar tak nie?” Izzul menjerit kuat. Aku tersentak. Sekilas, jelingan maut aku hadiahkan padanya sebelum berlalu pergi. Kenapa ye, aku marah sangat kat dia? Kalau ditimbang tolak, tak ada apa yang perlu aku marahkan. Aku cuma perlu maafkan dia.Selesai! Tapi..... Entahlah....
             Aku duduk di bangku yang berhampiran dengan  Taman Sains. Tempat nie... tempat aku dan Irwan belajar petang semalam. Lantas kata-kata Irwan semalam terngiang-ngiang di telinga.
“ Syura, saya nak tanya satu soalan, boleh?” tanya Irwan sewaktu berjalan beriringan denganku di koridor.
“ Nak tanya pun kena minta kebenaran ke?” aku bergurau dan tersenyum sendiri. Irwan diam seketika....
“ Tapi awak jangan marah yea..” kata-katanya agak mendebarkan dadaku. ‘Entah soalan ape lar yang dia nak tanya. Agaknye nak tanya  
‘ Sudi tak awak kahwin dengan saya?’hehehe...dan aku akan jawab, ‘ saya sudi wahai cik abang.. ..hehehe......Ishh.. apa aku mengarut nie..’
“Emm.. awak dengan Izzul ada apa-apa ke?” tanya Irwan antara dengar dan tidak. Aku lantas tersenyum..
“ Apa lar awak nie.. nak tanya itu aje ke?....” aku tertawa kecil. Soalan yang biasa tetapi cukup memerangkap. Irwan mengangguk-angguk...
“ Kitaorang kawan aje lar.. Macam saya kawan dengan awak.. Kenapa tanya macam tu? Nampak macam kami nie ada apa-apa ke?” aku bertanya..
“ Emm... lebih kurang macam tu lar.. Awak berdua nampak rapat sangat.. Macam bukan sekadar kawan..” Irwan bersuara lagi.. ‘ kalau bukan macam kawan, takkan macam biawak kowt..’ aku tersenyum sendiri..
“ Kenapa senyum-senyum tu?.... Betul lar kan apa yang saya kata tadi?” tanya Irwan lagi.... Aku mendiamkan diri seketika. Sekali sekala kenakan irwan nie, syok juga.. Tengok sikit dia menggelabah ke tak...... Bermacam-macam idea berputar dalam minda aku yang jahat nie...hehehe.. Irwan, siap sedialah kau..
“ Sebenarnya......saya....” kata-kata aku mati di situ.. sengaja mencari mood irwan dan menunggu reaksinya. Sedaya upaya aku menahan ketawa..
“ Kenapa, Awak ada masalah ke? Masalah dengan Izzul? Emm, ceritalah.. mana tahu saya boleh tolong..” Irwan nampak berminat.. Aku dah berjaya pancing dia..
“ Sebenarnya.. Saya... saya suka dekat...... suka kat awak!..” ketawa aku hampir pecah melihat reaksi terkejut Irwan. Serta merta langkah kakinya terhenti. Dia berpaling menghadap aku dengan wajah kurang percaya..... Aku menundukkan wajah.. Perut aku semakin senak menahan gelak yang menggila.
“ Aa..apa awak cakap ttadii??.....” Irwan bersuara gagap dan reaksi yang penuh rasa kurang percaya.. Aku tidak mampu bersuara lantaran ketawa yang hampir terburai. Aku hanya mampu menganggukkan kepala.
“Tata..tapi.....saya....’ kata-kata Irwan mati di situ.. Dia terus mendiamkan diri.. Nyata, hamba ALLAH yang warak ini jadi gugup dan gagap bila menghadapi situasi seperti ini.. Kali ini, ketawa aku benar-
benar pecah.. Aku ketawa dan terus ketawa.. Lagi sekali kerutan timbul di wajah Irwan.. Dia menjadi semakin pening melihatkan aku..... Seketika serius, tetapi tiba-tiba ketawa. Aku ketawa sepuas-puasnya. Selepas itu, aku memandangnya yang masih tercengang-cengang.
“ Awak percaya ke?” aku bertanya dalam tawa yang bersisa. Dia mengeluh perlahan...
“ Awak nak main-mainkan saya ye?... Sampai hati awak.. Mati-mati saya percaya.”..kata-kata Irwan itu langsung memeranjatkan aku. .. Biar benar dia nie..
“ Saya cuma nak uji awak aje.. Saya nak tengok reaksi awak aje.. Saya minta maaf..” ..
“ Iyelah.. Siapalah saya nie kan.. Sekadar bahan uji kaji..” Perlahan Irwan bersuara dan terus melangkah pergi. Aku terpaku. Kaki aku terpaku di situ sambil melihat Irwan yang semakin menjauh... Apa salah aku????
Ahh.. hidup ini aku rasakan makin rumit.. Lamunan aku mati apabila aku disapa oleh seorang pelajar junior.. Aku sekadar tersenyum.. Sudah terlalu lama aku berada di sini. Mungkin aku perlu kembali ke kelas.. Wajah Izzul berputar di minda. ‘ Aku memang seharusnya memaafkan dia.. Dan aku perlu jumpa Irwan hari ini.. Aku mesti menjelaskan maksud aku semalam dan memohon maaf pada dia.. Lantas aku mengatur langkah ke kelas. Suasana kelas masih seperti tadi. Bising dengan bermacam-macam-macam suara sumbang.. Aku mencari kelibat Izzul di tempatnya..kosong.... Begitu juga dengan Adah..tiada di situ.. ‘Di mana mereka?’.. Tiba-tiba bahu aku ditepuk seseorang.. Aku berpaling. Raudah tersenyum-senyum..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 07:19 PM | Show all posts
“ Cari siapa?” pertanyaannya aku jawab dengan menunding jari ke arah tempat duduk Izzul. Dia tersenyum lagi.. Senyuman penuh makna..
“ Dah tak marah lagi?” tanyanya kembali.. seperti orang bisu, aku menggeleng..
“ Tapi dah terlambat....”...Adah membalas..
“ Apa maksud engkau? Dah terlambat apa?”..aku bertanya. Aku jadi bimbang. Pelbagai andaian buruk berlegar di dalam kepala..
“ Sekarang, Izzul pulak dah tawar hati dengan engkau..”.. Kata-kata Adah itu benar-benar menusuk ke dalam jantung.. habislah...
“ Dia dekat mana sekarang?? Aku bukannya apa.. Kau tahu-tahu aje lah kan, aku nie sensitif.. Bukan senang-senang je nak maafkan orang..”..
“ Walaupun dengan Izzul..? Kawan baik sendiri..”.. Adah memintas kata-kata aku.. Aku mengeluh lagi..
“ Aku tahu.. aku menyesal, aku nak jumpa dia dan minta maaf.. Aku tak patut emosional sangat tadi..”... suara aku mulai kendur.. Aku ibarat seorang pesalah yang sedang diadili di makamah..
“ Mudahnya kan...”..kata-kata Raudah membuatkan aku menoleh memandang tepat padanya..Bagaikan satu sindiran..
“ Apa maksud kau?”.. aku kembali bertanya..
“ Bila orang buat salah, engkau suka menghukum suka hati. Engkau tak pernah nak fikir perasaan orang lain.. Tapi bila engkau buat salah, senang-senang aje kau minta maaf.. Kau nie, egois.. Pentingkan diri sendiri. Semua ikut kepala engkau. Macam engkau yang mengawal satu dunia nie..perasan macam engkau yang berkuasa.. Bila ada orang yang membantah, kau hukum sesuka hati.. Memang engkau tak perasan dan tak pernah perasan.. Sebab hati kau buta.. Tak pernah nak mengaku salah sendiri.. Tapi selalu nampak salah orang lain........”... Aku terkedu mendengarkan semuanya.. Dan yang paling aku terkejut, ia datang dari mulut sahabat baik aku sendiri...Raudah... Terus air mata aku menitis laju. Aku sudah tidak peduli akan orang di sekelilingku.. Aku terus menangis dan menangis.. Hati aku hancur luluh.. Benarkah?.. Benarkah aku begitu??...... Berdosakah aku?... Aku bangun dan beredar dari situ dengan lelehan air mata yang menggila.. Panggilan Raudah sudah tidak aku pedulikan lagi.. Air mata ini, tidak dapat aku tahan.. banyak mata yang memandang bila bertembung denganku.. Mereka pasti tertanya-tanya, mengapakah aku menangis.. Aku sedih.. Aku sedih kerana di katakan begitu.. Benarkah aku begitu.. Pandangan aku kabur dek air mata yang mengalir.. Tuhan saja yang tahu betapa hancur dan luluh hati ini. Tuhan saja yang tahu betapa terlukanya aku.. Tiba-tiba bahu aku berselisih dengan seseorang..
“ Min...” suara itu.. suara yang sangat aku kenal.. Aku memandangnya..
“ Izzul..” ..
“ Min, kenapa dengan kau? Kenapa menangis? Kau dari mana nie?.. Puas aku cari..”.. Cari?.. Bukankah kata Raudah dia telah tawar hati dengan aku.. Untuk apa dia cari aku?.. Tiada kata yang mampu aku ungkapkan lagi.. Kepala aku sudah benar-benar serabut..

Aku tahu, aku memang suka kenakan orang.. Aku nie memang kadang-kadang agak nakal.. Tapi, aku bukan egois! Kenapa aku di tuduh  sebegitu sekali... ‘Sebab hati kau buta.. Tak pernah nak mengaku salah sendiri.. Tapi selalu nampak salah orang lain..’.. Kata-kata Adah masih lagi terngiang-ngiang... Buku Fizik di hadapan aku segera tutup. Otak aku sudah tidak mampu menginput sebarang pelajaran.. Suasana prep malam ini, tidak seperti kebiasaannya. Suasana sangat sunyi bagaikan tiada penghuni. Yang pasti, ramai yang tertidur kerana keletihan dengan latihan sukan yang dijalankan petang tadi. Aku memandang Izzul di hadapanku yang sibuk menyiapkan homework. Wajahnya terus aku renung. Dia memang handsome. Tak dapat di nafikan. Tapi Irwan pun tak kurang juga kacaknya. Lantas aku tersenyum sendiri. Aku menoleh pula pada Adah di sebelah. Dia juga sedang sibuk seperti Izzul. Ingatan aku terus berlayar kepada peristiwa pagi tadi. Peristiwa yang paling bersejarah dalam hidup. Bukan main aku menangis lepas di kutuk macam-macam oleh Adah.. Tiba-tiba dia dan Izzul datang menemui aku yang sedang menangis sendirian di pondok berhampiran taman.
“ Min...” Adah memeluk aku kuat. Aku memalingkan muka. Hati aku tersangat sakit. Izzul hanya berdiri terpacak di situ dan tersenyum-senyum. Suka lar tengok mata aku bengkak nie.
“ Min... kau jangan ambil hati yea..” pujuk Adah lembut. Aku hanya diam tanda protes. Aku benci.
“ Aku kan egois. Buat apa kau pedulikan aku lagi..Pergilah sana..” Aku bangun untuk pergi tetapi di tahan oleh Izzul.
“ Well, aku agak kau tak tahu lagi hari nie berapa hari bulan...” Izzul bersuara dan tersengih lebar.
“ Peduli apa aku.. Berapa hari bulan pun, apa kaitannya dengan aku..” aku bersuara kasar dan melangkah pergi. Tetapi langkah aku terhenti...
“ APRIL FOOL!!!!!!”.......
“ Berangan!..” Izzul mengetuk kepala aku dengan pensil mekanikal miliknya.
“ Aku mengantuklah..” balasku dan menongkat dagu. Kalau emak aku nampak, mesti dia marah.. ‘ Anak dara, tak baik menongkat dagu macam itu. Nanti tak ada orang nak masuk meminang..’ aku rindukan emak.. Dah hampir satu bulan aku tak balik rumah. ‘ Tak apalah.. emak tahu Ayong sibuk.. Belajar rajin-rajin.. Mak dengan Ayah selalu doakan kejayaan ayong..’ kata-kata emak di talian setiap kali aku menyatakan bahawa aku tak dapat pulang ke rumah dan terpaksa stay on kat asrama.
“ Penat??” suara Adah mematikan lamunan panjang aku. Aku mengangguk.
“ Mana tak penat, kan tadi dia menangis sepanjang hari.. “ balas Izzzul dan ketawa kecil. Suka lar gelakkan aku. Adah pun satu, boleh pulak dia bersepakat dengan Izzul nak meng ‘april fool’ kan aku. Aku jadi malu sendiri. Bukan main lar aku menangis serasa hampir kering air mata.  
“Assalamualaikum...” suara orang beri salam dari arah belakang aku. Aku pantas menoleh. Irwan! Kejadian semalam berputar lagi. Aku
pantas melarikan pandangan bila bertembung pandang dengannya. Aku rasa bersalah campur kesal.
“ Hai Wan.. Duduklah..” Izzul menghalakan muncung pada kerusi kosong di sebelahnya. Irwan mengambil tempat dan berborak-borak dengan Izzul dan Adah. Aku cuma diam. Dia juga tak menegur aku. Barangkali, masih marah dengan aku fasal semalam. Aku memandang ke luar tingkap. Jantungku berdegup laju. Aku akan selalu begini bila berhadapan dengan Irwan. Kenapa yea?
“ Syura... Diam aje..” tiba-tiba Irwan menegur. Aku jadi kaget tetapi gembira. Nyata dia tidak lagi berkecil hati akan hal semalam.
“ Dia tengah penat tu.. Pagi tadi menangis aje.. Macam kucing hilang anak..” belum sempat aku membalas kata-kata Irwan, Izzul sudah menyampuk. Aku jadi geram. Serentak itu aku memukulnya dengan botol airku.
“ Kau tengok.. Dia nie, memang laju aje kalau nak mendera orang..” izzul mengusap lengannya yang menjadi sasaran aku. Irwan tertawa kecil. Mujur lah di tak bangkitkan perihal aku menangis tu, kalau tidak mahu aku berkurung dalam dorm setahun kerana malu dengan Irwan. Ditambah pula dengan Izzul yang becok. Bukan tahu simpan rahsia dia nie..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 07:19 PM | Show all posts
Izzul hafiz : Cinta itu menyakitkan...
Assyura Jasmin, nama itu semakin mendapat tempat di hatiku.... Gayanya, gelak tawanya, dan mukanya yang akan memerah saat aku memarahinya.. Semua itu semakin aku rindui... Ahh!! Mungkin aku terlalu mengikut perasaan.. Aku, Jasmin...sekadar kawan biasa. Kawan rapat mungkin.. Tak lebih dari itu.. Lagipun, aku harus sedar status aku yang telah diikat dengan seorang perempuan sejak kecil. Masih segar dalam ingatan betapa sedihnya dia ketika di’APRIL FOOL’kan aku dan Adah.. Sebenarnya, hati aku jadi luluh melihatkan air matanya yang bergenang. Lantas aku buat keputusan untuk berterus terang dengannya.  

          “ Izzul, aku nak tanya sikit boleh tak?” tanya Irwan di suatu petang di dalam dorm. Aku jadi pelik bila permintaan itu keluar dari mulut Irwan.
“ Tak pernah-pernah ko minta kebenaran macam nie bila nak tanya...Ape hal?” aku ketawa kecil. Irwan diam. Dah senyap pulak.. Tadi macam beriya sangat. Takkan merajuk kot???... Biar betul....
“Woi...” aku mencuit bahu Irwan yang sedang berkhayal. Dia sedikit tersentak. Sah, berkhayal!
“ Kau nie kenapa?” aku bertanya.. Macam kena sampuk hantu lar pulak, aku tengok si Irwan nie..
“ Entahlar.....” dia mengeluh perlahan.. Pelik! Irwan yang aku kenal tak pernah-pernah macam nie..
“ Kau kenapa? Ada problem??” aku bertanya lagi. Dia diam seketika seperti befikir.....
“ Aku tak tahu lar nak panggil nie masalah atau Gangguan syaitan..”kata Irwan perlahan..
Gangguan syaitan? Biar betul..Kena sampuk betul ke dia nie..
“  Aku tak faham lar.. Cuba citer detail sikit...” aku mengambil tempat di sebelah Irwan. Entah kenapa aku mula rasa tak sedap hati. Jangan-jangan dia nie sakit tak...
“ Aku rasa...” diam.... Irwan nie, betul-betul buat aku tertanya-tanya..
“ Aku tak tahu lar.. Aku nie dah gilerr agaknya.......huh...” Irwan bersuara dan menunduk..
“ Kau jangan Wan... Giler apanye pulak nie? Citer sikit... Kau sakit ke?” aku bertanya untuk kali yang keberapa tetapi masih belum di jawab...
“ Kau pernah jatuh cinta tak??” soalan Irwan kali ini membuatkan tangan aku spontan meraba dahinya. Tak panas...
“ Aku tanya betul-betul nie..” Irwan menolak tangan aku. Dia kembali keresahan dan memainkan jari jemarinya. Persis lagak Jasmin
kala keresahan. Terus wajah itu kembali bertandang. Dan soalannya dua hari lepas...Tentang lelaki di sebelah aku ini...

“ Izzul, Irwan tu okey tak? Dia macam mana orangnya?” Jasmin bertanya dan membuatkan aku sedikit tersentak. Kenapa tiba-tiba tanya pasal Irwan..
“ Kenapa?” aku kembali bertanya. Aku tenung wajahnya. Ada segaris senyuman di situ.. Dan dia menggeleng. Aku tidak mahu terus
memperpanjangkan persoalan itu. Dan pertanyaan Irwan hari ini aku mula merasa ia berkaitan dengan Jasmin. Kenapa? Adakah mereka dah saling jatuh cinta?? Ya, ALLAH....... Betul ke??
“ Woi!!” Irwan menyiku tanganku dan merentap terus kenangan lalu di minda.
“ Yang kau berangan pulak nie ape hal...?” Irwan merungut geram. Aku memandang wajahnya... Dalam-dalam.. Dia benar-benar dalam keresahan.. Adakah Irwan dah jatuh cinta? Dengan siapa? Dengan Min?... Tidak....
“ Owh.. Aku lupa pulak.. Kau bukan setakat jatuh cinta.. Dah bertunang dah pun..” Irwan tiba-tiba ketawa.. Tunang? Ya.. Aku tunangan orang. Tapi, aku tak pernah merasakan kanyataan  itu... Sebab hati aku bukan pada tunang aku itu.. Hati aku pada dia... dia....
“Nie dah terbalik nie.. Bukan aku yang ada masalah, kau pulak yang macam bermasalah..” Irwan ketawa lagi. Aku diam.. Betul kata Irwan, aku pulak yang termenung lebih panjang. Sekarang, aku mesti singkap rahsia hati Irwan dan Jasmin.. Benarkah apa yang terlintas dalam fikiran aku tadi..
“ Aku tengah fikir lar.. Aku fikir pernah tak aku jatuh cinta...hmm.. Macam pernah.. Asal kau tanya?? Owh... Kau pun dah jatuh hati yea....” aku cuba berserkap jarang . Irwan diam dan mengeluh panjang... Katakan tidak Irwan..katakan tak.....
“ Lebih kurang lar...” kata-kata irwan itu bagai menenggelamkan hati aku jauh ke dasar lautan kehampaan.
“ Dengan siapa?? Citer lar...” aku bertanya...
“ Entahlar... Kadang-kadang aku rasa semua nie macam tak betul.. Agaknye, aku nie dah di hasut syaitan kowt..” katanya lebih perlahan.
Mungkin Irwan malu mengaku.. Irwan bukan jenis yang suka berbicara soal perasaan. Lebih-lebih lagi soal cinta..atau jatuh cinta...
“ Wan. Kau jangan lupa.. Kau pun manusia biasa.. Biasa lar tu bila suka-suka kaum yang berlawanan jenis nie. Tapi luar batas kebiasaan bila kau suka kat kaum sejenis.. Kau kat mana? Jangan-jangan kau suka kat kaum sejenis tak?? Kau suka kat aku ke??” aku berseloroh. Irwan ketawa dan menolak aku.
“ Kau gila!!” kata-katanya diiringi tawa yang kuat. Irwan memang lelaki yang baik. Kadang-kadang agak naif. Irwan, sahabat aku.. Sahabat tersayang.. Macam Jasmin dan Raudah..Sahabat-sahabat yang aku cintai...

Aku memandang wajah di hadapanku satu persatu. Semua begitu khusyuk mentelaah. Irwan, Jasmin, Adah dan Shah......SPM tinggal dua bulan lagi. Aku dan Irwan seperti biasa akan mengulangkaji pelajaran di perpustakaan sewaktu rehat. Tetapi kali ini, Jasmin, Adah dan Shah ikut serta.. Kepalaku terasa berat setelah beberapa puluh minit membaca buku teks sejarah. Tetapi mereka masih tidak berputus asa dan terus mentelaah. Mereka bagai tenggelam di dalam dunia sendiri. Aku merenung Jasmin. Dia langsung tidak perasan akan itu. Minda dan sekelilingnya barangkali telah dipenuhi dengan peristiwa-peristiwa sejarah zaman dahulu yang telah dibukukan dan menjadi salah satu matapelajaran yang wajib dipelajari oleh pelajar sekolah menengah. Kali ini, mataku beralih ke wajah Adah dan Shah. Pasangan kekasih yang telah bercinta selama lebih dua tahun. Mereka juga seperti Jasmin. Khusyuk..... Begitu pula dengan Irwan. Saat itu loceng berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Serentak itu kesemua mereka mengemas buku-buku pelajaran dan bersiap sedia untuk kembali ke kelas. Nyata mereke benar-benar menumpukan sepenuh perhatian tadi. Aku bangkit malas dan meluru keluar. Saat itu, mata aku menangkap susuk tubuh Irwan yang sedang berbicara dengan Jasmin sambil menyarungkan kasutnya. Langkahku terhenti. Mereka nampak mesra. Aku cuba menangkap butir perbualan mereka.
“ Insya-ALLAH...nanti saya tolong..” Irwan bersuara tenang.
“ Terima kasih..” Jasmin pula bersuara dan tersenyum lebar.
“ Nanti kalau ada masa, saya datang kelas awak, okey” Irwan memandang Jasmin dengan sebuah senyuman terhias. Bahang mula terasa di sekelilingku. Tambahan bila melihat senyuman pada wajah kedua mereka. Irwan terus berlalu menuju ke kelas.
“ Izz... Yang kau terpacak kat situ lagi kenapa? Tak nak masuk kelas?” Suara Jasmin mematikan pandangan tajam aku pada kelibat Irwan yang telah lama menghilang. Aku tidak membalas kata-katanya.. Aku menyarung kasut dan terus berlalu. Hati aku benar-benar membara.
“ Izz... tunggulah.. Orang dah tunggu dia, dia tinggal pulak” Jasmin merungut-rungut dan cuba menyaingi langkah kakiku. Kenapa hati aku jadi sakit begini, Ya ALLAH.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 07:20 PM | Show all posts
tau larr tak bez...test je... sudi2 kan larr diri..membaca menambah ilmu..he6x..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 07:21 PM | Show all posts
ASSYURA JASMIN : Hatiku milik siapa....

Trial SPM baru saja berakhir.. aku melangkah lega keluar dewan.. Semua soalan yang aku target, 80% keluar dalam soalan tadi..
“ Min.. tak sia2 kita wat revision kan...” Adah bersuara riang.. aku mencari kelibat Izzul..tiada..
“ Assyura..” satu suara menyapa dari belakang..
“ Irwan..... Nampak Izzul tak??” aku terus bertanya.. Gelengannya menghampakan hatiku.. Mungkin dia dah pergi dulu..aku, Adah dan Irwan meneruskan langkah menuju ke kantin..
“ Izzul kat kantin kowt...” Adah bersuara.. Aku menganggukkan kepala.. mungkin! Terkenang sikap Izzul semenjak dua nie yang semacam ingin menjauhkan diri dari aku.. Adakah aku dah buat salah?? Apa salah aku?
“ Senang tak soalan tadi??” aku menangkap pertanyaan Adah pada Irwan... dan mereka terus berborak.. aku hanya mendiamkan diri.. Mataku mencari-cari kelibat Izzul sebaik sampai di kantin yang sesak... Tiada..hatiku mengeluh hampa.. Di mana Izzul??
“ Adah, kau pergi lah makan dulu.. Aku nak pergi toilet jap..” aku bersuara dan meninggalkan Adah bersama Irwan..Kakiku melangkah laju menuju ke kelas..Mungkin dekat kelas... Aku menjengukkan kepala ke dalam kelas yang sunyi..bunyi kipas siling yang berputar memberi aku harapan bahawa Izzul berada di situ.. Sangkaan aku tepat.. Izzul duduk bersendirian sambil menyelak beberapa helaian kertas. Aku mendekati..
“ Izz... kat sini rupanya kau..Penat aku cari..” aku duduk di hadapan Izzul yang terkejut melihat kedatanganku..
“ Cari aku??” Dia bertanya sambil tersengih-sengih..perasan..
“ Tak nak makan ke?” aku bertanya lagi...
“ Aku tak ada mood lar.... Soalan tadi senang tak??” giliran Izzul bertanya...Spontan wajahku mengukir senyum...
“ Senang! Semua soalan yang aku ngan Adah target, banyak yang keluar..”... Izzul mengangguk-angguk mendengar jawapan ku... Telinga aku sempat menangkap keluhannya..
“ Aku dah study subjek nie.. Tapi keluar soalan, aku macam blurr.. Banyak soalan yang aku escape...” suara kecewa Izzul kedengaran...
“ Sudah lah Izz.. Kan baru trial.. Jom makan.. aku belanja.. “ aku bersuara dan bangun..  Izzul lantas bangun..
“ Pantang dengar orang nak belanja.. Laju jerr..” .. Izzul sekadar tersengih-sengih.. Aku dan Izzul bergerak ke kantin. Kantin yang sesak tadi mulai lengang.. Aku melihat kelibat Adah dan Irwan yang sedang berborak. Makanan yang terhidang di hadapan mereka masih belum terusik. Sebaik membeli makanan, aku dan Izzul menghampiri mereka. Aku mengambil tempat di sisi Adah, berhadapan dengan Irwan. Izzul tersengih penuh makna. Suka lar dia.. memang dia sengaja duduk depan Adah.. Nak kenakan aku! Nak tak nak, terpaksa lar aku menjamah hidangan di hadapan lelaki warak nie..
“ Min.. Sopan betul kau makan hari nie..” aku mengangkat wajah, menjeling pemilik suara yang sedia tersengih bak kerang busuk. Aku memandang Irwan..Mata kami bertembung..pantas aku menundukkan wajah..  Irwan bangun sebaik menghabiskan makanan.. Kesempatan itu aku gunakan untuk makan dengan bebas..
“ Mak oii.. macam tak pernah jumpa nasi..” hampir aku tercekik mendengar suara Izzul yang sedari tadi menghadap aku yang sedang enak melahap.. Adah juga sudah berlalu pergi.. Tinggal aku dan Izzul.. Pinggan Izzul sudah licin, tetapi dia masih tidak berganjak.. merenung aku makan.. Hampeh betul dia nie.. tapi, berhadapan dengan Izzul tidaklah menyekat cara makan aku berbanding berhadapan dengan Irwan.. Kenapa  ya? Aku tidak tahu tetapi itulah yang terjadi..
“ Cepat lar makan..” Adah mendekati semula.. Aku menghabiskan sisa terakhir dan tergesa-gesa bergerak ke sinki. Bahu aku melanggar kuat bahu seseorang..  Nur Dalina Ulya!
“ Emm, maaf..” aku memohon maaf tetapi di balas dengan pandangan yang kurang senang sama seperti beberapa hari lalu.. Lantas kisah beberapa hari lalu berputar..
Ketika aku tergopoh gapah ke surau kerana solat maghrib telah mula, aku terserempak dengan Penolong Ketua Unit Badar itu.. Dia yang berada di muka pintu ketika itu menegur aku “ Cepat sikit.. solat dah mula..” aku sekadar sempat membalas dengan anggukkan.. “ Jangan membelakangkan ALLAH kerana lelaki..” telingaku sempat menangkap kata-kata terakhirnya sebelum dia menghilang di celahan pelajar yang sedang solat ketika itu... Apakah maksud dia?? Bayang Dalina Ulya sudah hilang dari pandangan mata... Tetapi hatiku terus memikirkannya.. memikirkan maksud kata-katanya tempoh hari..
“Syura..” suara Irwan mematikan khayalanku.. Dia berdiri tegak di hadapanku..
“kenapa??” aku bertanya sambil membersihkan tanganku..  Aku memalingkan wajah sebaik terpandang panahan matanya.. Dadaku kembali berdebar laju.. Kantin telah lengang...
“ Nah..”.. Irwan menghulurkan sebuah buku padaku.. Lantas aku teringat akan permintaanku untuk meminjam buku miliknya ini setelah melihat dia yang khusyuk membaca buku ini...
Aku menyambut pemberiannya..
“ Terima Kasih.... nanti dah habis baca, saya pulangkan..”.. Irwan menganggukkan kepala dan berlalu pergi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2009 07:21 PM | Show all posts
Sebaik sahaja selesai prep malam, semua pelajar berpusu-pusu ke surau untuk menunaikan solat Isyak..  Dan seperti biasa, Dalina Ulya selaku penolong ketua unit BADAR  akan memberikan tazkirah pendek pabila tiba malam jumaat..
“ Wanita yang soleh adalah wanita cantik yang benar-benar mencintai ALLAH dan Rasul-NYA dan mencintai semua pencinta-pencinta ALLAH. Sebaliknya ALLAH juga mencintainya. ALLAH tidak mungkin mencintai wanita-wanita yang tidak cantik....Wanita-wanita yang tidak cantik dimaksudkan di sini sebagai wanita-wanita yang tidak baik akhlaknya..... melainkan ia bertaubat dengan taubat nasuha... “...
“ ALLAH SWT itu indah dan ia mencintai yang indah, murah hati dan menyukai kemurahan hatian, menyukai akhlak-akhlak yang luhur dan membenci akhlak-akhlak yang rendah...( Hadis riwayat Al-baihaqi)..”...  Semua pelajar terpegun dengan bicara wanita yang berdiri di hadapan ini.. Patah katanya,tutur bicaranya... Aku dan Adah bangun dan bergerak ke muka pintu sebaik sesi tazkirah selesai...Namun langkahku terhenti apabila mendengar seseorang memanggil namaku..
“ Jasmin... Boleh kita bercakap sekejap...?” aku dan Adah berpandangan sesama sendiri.. Hairan tatkala penolong ketua unit BADAR ini tiba-tiba meminta izin untuk berbicara denganku walhal selama ini, aku tidak pernah berbual dengannya melainkan hanya dengan tegur sapa..
“ Saya ke??” aku bertanya lagi.. Dia mengangguk dan menghadiahkan sebuah senyuman manis..
“ Min, aku balik dorm dulu ye..” Raudah bersuara perlahan.. Aku mengangguk dan mengikut langkah kaki Dalina Ulya ke sudut surau bersebelahan dengan almari.. Aku bersandar di dinding, mengambil posisi yang selesa.. Sesekali tangan nakalku menyelak tirai yang menjadi pemisah antara makmum lelaki dan perempuan... Beberapa pelajar lelaki kelihatan berborak sesama sendiri..  Dalina Ulya duduk bersimpuh di hadapanku..
“ Kenapa Ulya nak jumpa Min..?”  aku bertanya.. mataku singgah pada wajah ayu milik Dalina Ulya yang selalu dihiasi dengan senyuman..persis Irwan..
“ Exam pagi tadi macam mana? Okey?” pertanyaan Dalina Ulya membuatkan aku terdiam seketika... Takkan nak tanya ni aje?? Hatiku bersoal sendiri..
“ Emm.. Alhamdulillah..” aku membalas pendek.. Ucapan terima kasih seharusnya dihadiahkan pada tutor-tutor aku yang tidak lokek ilmu dan sudi membantu aku selama nie, iaitu Izzul,Adah dan.....Irwan.. Aku tersenyum sendiri.
“ Hmm.. dengar macam yakin je.. Mesti dapat result bagus nie..” kata Dalina Ulya dan tersenyum manis.. InsyaALLAH, bisik hatiku... Namun aku tiba-tiba teringat akan tujuan sebenar Dalina Ulya ingin bertemu denganku...Mesti ada sebab lain...
“ Jasmin...... Ulya harap, apa yang bakal Ulya katakan nanti tak menyinggung perasaan Min.. Ulya tak berniat buruk jauh sekali berdendam.. Min tahukan, kita hidup bersaudara sesama Islam harus saling ingat mengingati...” patah kata Dalina Ulya kali ini sedikit mendebarkan hatiku.. Aku ternanti-nanti bicaranya.........
“ Ulya tengok, Min rapat betul dengan izzul...dengan Irwan... Ulya tahu, memang sejak dulu Izzul rapat dengan Min... Tapi Min mesti tahukan batas pergaulan antara lelaki dengan perempuan.. Beberapa minggu lalu, Ulya nampak Irwan dan Min di Taman Sains.. Ulya sedikit kecewa sebab Irwan sanggup tinggalkan mesyuarat BADAR.. Ulya tahu tujuan Irwan itu baik..tapi tetap dilarang berdua-duaan dengan lawan jantina yang bukan muhrim... Apatah lagi Irwan tu Ketua BADAR..... Kadang-kadang, Ulya lihat Izzul dan Min......... Ulya minta maaf..Tapi perlakuan Min dan dia akan menjurus ke arah maksiat.... Ulya tak berniat nak menyinggung perasaan Min...Ulya Cuma ingin berterus terang.. Ramai orang mengadu kerana kurang senang dengan pergaulan Min.. Ulya tahu dalam hal ini kesalahan tidak seratus peratus ditujukan pada Min...Tapi dalam apa jua keadaan, perempuan sering dipersalahkan... Perempuan sering dituduh... Ulya nak ingatkan Min... Sebab Ulya sayangkan Min.. Kita kan saudara seagama... Kita harus sering ingat mengingati........”....
Aku sekadar termangu... Tiada reaksi lain yang harus aku berikan saat ini... Patah kata Ulya sedikit sebanyak menyinggung perasaanku.. Aku dituduh seperti cuba menggoda lelaki..atau aku yang harus bertanggung jawab atas segalanya... Ulya mengenggam erat tanganku.. dia berkata sesuatu tetapi tidak lagi aku dengari... Aku menunduk, menahan rasa hati yang remuk ini... Kemudian perlahan-lahan aku bangun dan berlalu..Panggilan Ulya tidak lagi aku endahkan... ‘ Ya ALLAH... sakitnya hatiku... ‘ Aku terus melangkah menelusuri koridor yang bercahaya malap... ‘Ya ALLAH..tabahkan hatiku...’ ..langkah kakiku terasa semakin perlahan...
“ Min...” satu suara menegurku... Adah berdiri tegak di hadapanku...
“ Aku tak jadi balik dorm..Aku tunggu engkau.. Engkau okey ke?? Kenape pucat je nie...Min...” ..Air mataku mengalir perlahan....Adah memeluk tubuhku erat... Aku berpaut pada tubuhnya.. Sungguh! Kata-kata Ulya tadi memberi tamparan yang besar pada diriku.....
“ Min... kenapa nie...Ape yang Ulya kata tadi...”... suara Adah sayup-sayup meredahi corong telingaku...Aku sendiri sudah tenggelam dalam air mata yang menggila...

Aku terjaga dari tidur tatkala suara Adah yang lantang hinggap di telinga berselang dengan satu suara lain...
“ Puas hati kau sekarang...!” bentak Adah... Aku sedaya upaya membuka kelopak mata yang memberat...
“ Saya tak ada niat pun nak sakitkan hati dia...Demi ALLAH..!” suara seseoarang menyambut bersulamkan tangisan...
“ Habis tu kau nak apa lagi ke sini??” Suara Adah mulai kendur... Aku membuka mata dan bangun... Aku lihat Adah dengan wajah yang menegang...Di hadapannya berdiri tegak kelibat Dalina Ulya...
“ Ulya...” aku bersuara perlahan... Ulya datang menghampiri..Dia kemudian memeluk tubuhku erat...
“ Maafkan Ulya Min...” Ulya berbisik dan menangis teresak-esak...
“ Untuk apa...Ulya tak salah...” ..
“ Teguran Ulya dah sakitkan hati Min... Ulya tak berniat pun...”
“ Min faham... Sudahlah Ulya...” aku cuba menenangkan Ulya yang sedang teresak-esak..... ‘ Ya ALLAH......ampunkan dosa-dosa hambamu ini...........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 07:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by violetulips at 25-11-2009 21:44

Hari nie, hari Jumaat...hari terakhir persekolahan sebelum cuti seminggu... Pagi ini, aku mendiamkan diri di tempatku dan memfokuskan minda pada bacaanku...Buku yang diberi pinjam Irwan semalam sangat menarik... Banyak teladan... Adah sudah lama menghilang dari tempatnya... kelas bingit seperti di pasar khamis seberang rumahku.. Oleh kerana peperiksaan percubaan SPM baru berakhir semalam, jadi masing-masing berasa sedikit bebas... Guru-guru pula tidak masuk ke kelas untuk mengajar... Sedari tadi, Izzul hanya mendiamkan diri di tempatnya.. Aku pula malas untuk bertegur sapa dengannya setelah kejadian malam tadi... Bayangan wajah Ulya melintas di hadapanku...
“ Min...” Izzul membalikkan tubuhnya dan menegurku... Tiada reaksi yang aku berikan.. Aku berpura-pura khusyuk membaca...
“ Min...” sekali lagi Izzul bersuara...masih dalam nada yang sama.. Kali ini aku menoleh memandang wajahnya..
“ Kau kenapa???... Diam je dari tadi....”. pertanyaan Izzul aku balas dengan gelengan.... Dia diam kemudian... Aku kembali menatap buku milik Irwan sedangkan fikiranku melayang jauh...mengenangkan pertanyaannya tadi...
“ Ini buku Irwan ye??” Izzul bersuara kembali... Aku sekadar mengangguk...
“ Patut lah khusyuk semacam...” ... Aku lantas memandang wajahnya sebaik mendengar kata-katanya sebentar tadi...
“ Kenapa pun kalau aku khusyuk..?? Apa kaitannya dengan Irwan??” darahku sedikit menyirap demi mendengar kata-katanya...
“ Emm... takde apelah...” suaranya kendur... Hatiku sedikit sayu... Izzul Hafiz.... Andainya kau tahu...
“ Min... nak tahu something tak???..” Tiba-tiba dia bersuara dengan nada teruja.. Aku jadi hairan... Aku menganggukkan kepala...Aku tidak mahu menyakiti hatinya dengan layanan yang tidak acuh seperti tadi...
“ Emm..aku dah ada tunang tau...!” ..Aku tersentak...
“Oh... siapa gerangan yang malang tu??!...” aku tidak dapat menyembunyikan rasa ingin tahuku...
“ Tak baik kau Min....” Izzul bersuara perlahan...kecil hati mungkin...
“ Aku gurau aje lar... Bila pulak kau bertunang nie... Tak pernah cerita kat aku pun.....”
“Dah lame...Waktu kecik, parent aku dah rancang nak gandingkan aku dengan dia bila besar nanti...”
“ Ye ke... Siapa name dia??”
“ Farah Hanan....”
“ Lawa tak.....???”
“ Kau lagi lawa...” kembang hatiku mendengar kata-kata Izzul... Tapi sebentar cuma sebaik dia menyambung bicaranya...
“ Dia tak lawa...tapi cantik!!” Izzul bersuara megah..Aku menjuihkan bibir...
“ Kau ada gambar dia??” aku bertanya..teringin benar aku lihat wajah tunangan Izzul itu... Izzul menggeleng...
“ Selalu jumpa dia??” aku bertanya lagi...Keadaan sudah terbalik..Aku pula yang kelihatan berminat dan bertanya itu ini...
“ Waktu raya, keluarga dia selalu datang ziarah... Tapi aku tak pernah bersembang pun dengan dia... Tengok macam tu je larr...”..
“ Kesian tunang kau.......Kau suka dia ke??”
“ Emm..” Izzul menagguk perlahan...Entah mengapa, pengakuannya itu ibarat tombak yang menikan jantungku...Aku mendiamkan diri kemudian..Tidak ingin bertanya lagi...Bimbang pertanyaan aku nanti akan lebih mengguris hatiku...
“ Suka...memang lar suka...Tapi suka tak bererti cinta...” ...aku memandang tepat wajah Izzul.. Entah mengapa hatiku berbunga riang..
“ Kau tak cintakan dia??” aku bertanya... Pertanyaanku di balas dengan anggukan Izzul.. Aku tersenyum kemudian...
“ Min... Aku nak tanya...” Izzul bersuara perlahan..wajahnya dipalingkan dari memandang aku... Jarinya mengetuk-ngetuk meja....
“ Kau...dah ada yang punya...???” pertanyaan Izzul sedikti menggocang hatiku...
“ Emm..” aku balas dengan anggukan... Aku kepunyaan ibu bapaku...
“ Hati kau milik siapa??” tanya Izzul lagi.. Hatiku???..Hatiku milikNYA....
“ Milik khalikku...” aku bersuara antara dengar dan tidak.. Izzul mengukir senyuman..Senyuman yang akan aku ingati sampai bila-bila..
“ Aku pun......”.....
“ Pun....Pun ape???.....”
“ Hati aku jua milik tuhanku......”..... Suasana menjadi sunyi seketika.... Baik dia mahupun aku...Tiada siapa yang bersuara lagi....
“ Min, kau boleh janji dengan aku something tak...??”...Izzul memandangku..
“ Janji ape?”..
“ Janji yang kau takkan lupekan aku....Sampai bila-bila.. Walaupun aku dah tak ada nanti....”... Hati aku jadi sayu mendengar kata-katanya...
“ Tak ade....Kau nak ke mana??” aku bertanya..
“ Pergi jauh...”..
“ Pergi mana???”.. Tiada balasan.. Dia hanya tunduk menyepi..
“ Aku nak ikut...” Selamber aku menutur, cuba memancing reaksinya...
“ Aku tak nak bawa kau.....”..
“ Nak ikut jugak...”...
“ Kau nie sibuk je...”..
“ Biarlah...”..
“ Aku pergi senyap-senyap...”..
“ Sampai hati kau.... Kau nak tinggalkan aku....”...
“ Kenape kau suke menyibuk..?..”
“ Aku kan kawan kau...”....
“ Ape korang sembang nie?? Nak ke mana??”Irwan yang datang entah dari mana menyampuk... Aku dan Izzul berpandangan sesama sendiri...
“ Aku nak bawa Min pergi jauh...” selamber Izzul bersuara... Aku jadi malu dan tak keruan.. Irwan memandang aku..Pandangan kami bersatu lantas aku memalingkan wajah.. mukaku terasa panas..
“ Tadi kau kata tak nak bawa....” aku bersuara perlahan.Irwan masih berdiri tegak di tepi Izzul.. Dia hanya mendiamkan diri dan mendengar perbualan aku dan Izzul..
“ Dah kau nak ikut... Sibuk jae..”
“ Tak nak lar ikut...”..
“ Kenapa??”..
“ Kau kata aku menyibuk..”
“ Memang..!”.. Izzul ketawa dengan galaknya...
“ Aku pun nak ikut...!” Irwan menyampuk.... Aku terkejut besar.. Izzul memandang Irwan..
“ Tak boleh... Tiket Cuma dua...” ..
“ Nanti aku beli lagi satu...”..
“ Hmmmm...” Izzul mengurut-urut dagu.... lagak sedang berfikir.. Perbualan gurauan tadi menjadi semakin galak...
“ Kau pun sama macam Min...Penyibuk!”..Irwan ketawa mendengar kata-kata Izzul... Aku juga turut ketawa...
“ Kau bawa larr tunang kau... farah hanan..” aku menyampuk... Tiba-tiba suasana menjadi sepi... Irwan memandang Izzul.. Izzul hanya diam...

          Malam yang hening iniaku penuhi dengan sujud dan berzikir... Lega rasanya dapat jejakkan kaki di rumah sendiri. Rasanya dah hampir dua bulan aku tak balik rumah. Padanlah waktu aku balik tadi emak dan ayah bukan main gembiranya. Aku kembali merebahkan tubuh di atas katil...Fikiranku mula menerawang mengingati kata-kata Izzul pagi tadi.....
“Kalau kau tak nak ikut tak apelar... Aku tak nak bawa sesiapa pun..”  Izzul bersuara perlahan.. Aku diam dan suasana terus menyepi....Aku sedikit terkilan mendengar kata-katanya.
“ Poyo aje lar kau nie..Kau nak pergi mana?!”..Irwan memecah kesepian... Izzul masih diam tidak bersuara.
“ Okey, kau nak pergi sangat pergi larr.. Tak nak bawa Syura pun tak ape.. Biar aku yang bawa dia pergi” sambung Irwan kemudiannya.. Hampir tersembul kedua belah mata aku mendengarkannya.. Dia tersenyum senang..
“ Boleh kan Syura? Izz, kau tak kisah kan??!!”.... Izzul memandang Irwan dan kemudian berpaling pada aku dan mengangkat kening meminta kepastian.. Aku hanya tertawa..

“Min, aku balik dulu ye..” Izzul mendekati bersama dengan sebuah beg sandang yang melekat di bahunya. Aku sekadar mengangguk. Dari jauh kelihatan kereta Toyota Camry milik bapa Izzul memasuki perkarangan sekolah.
“ Jaga diri baik-baik..” aku membalas.
“ Kau pun.. I’m going to miss you..” Izzul bersuara sambil mengeyitkan matanya dan berlalu pergi..... Izzul hafiz...bila la nak berhenti..mengusik aku lagi......



Pagi yang sunyi ini aku kembali ke bilik untuk meneruskan ulang kaji. Mak telah ke rumah mak cik Lina manakala ayah telah ke kebun. Irham dan Nuralwina pula telah ke sekolah awal pagi tadi kerana menghadiri tuisyen. Aku memasang radio dalam nada perlahan. Buku add math di tangan aku letakkan di atas meja dan kembali tenggelam dalam nombor-nombor yang beratus,beribu malahan berjuta. Waktu terus menganjak ke pukul 12 tengahari.  Pena di tanganku terhenti tatkala lagu ‘take my heart’ nyanyian SOKO ke udara..

You can take my heart for a walk on the beach
You can take my heart for a little trip
You can take my heart very close to your heart
You can take my heart forever if you like
But not very heart, Belongs to any others
You and i
You and i are meant to be
I’m the one for you, you the one for me
You love me as much as i do
When you look at me and we’re skin to skin
I want you so please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And i kiss you too
And i kiss you too
If i take your heart, i will cherish it every day
If i take your heart, i will heal these old wounds
If i take your heart, it’s to make it happy
If i take your heart, it’s forever close to mine
But not very heart, Belongs to any others
You and i
You and i are ment to be
I’m the one for you, you the one for me
You love me as much as i do
When you look at me and we’re skin to skin
I want you so please come in
And you love me more and more
And my love grows up with you
And you kiss me more and more
And i kiss you too
And i kiss you too
I don’t care, i don’t care if i’m carried away
If you swaer, If you swear
To give me your heart in return...
Ingatanku melayang pada raut wajah yang sering menemani hari-hariku..
“ Apa nie?” aku bertanya pada izzul saat melihat sehelai kertas yang bertulis...
“ Itu,lagu larr..” Izzul hafiz membalas.
“ You can take my heart....macam mane lagu nye?”..
“ Ntah..”
“ Nyanyi lar..aku nak dengar..”aku memohon pada Izzul namun tidak dilayan. Dia hanya menggeleng dan mengangkat bahu..
“ Ambil lar kertas tu..aku bagi..”
“ Kalau tak tahu macam mana lagunya,nak buat apa..” aku bersuara selamber.Namun kertas itu aku selitkan juga di sebalik buku...
Aku tersenyum sendirian. Fikiran nie selalu melayang ke wajah Izzul.. Mungkin kerana aku terlalu rapat dengannya dan banyak menghabiskan waktu di sisinya,jadi setiap perkara yang aku lakukan selalu mengingatkan aku kepada Izzul..lagipun, dia adalah sahabatku....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 07:22 PM | Show all posts
peace!! komen2 larr skit.. kritik2 pun tak pe....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 02:02 AM | Show all posts
best apa sambung la.....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.465401 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list