CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4450|Reply: 24

KisahKu sebagai Seorang CEO...

 Close [Copy link]
Post time 21-5-2009 01:07 AM | Show all posts |Read mode
Bacer sampai habesh...untuk pengajaran

Ingin aku ceritakan sedikit tentang kisah hidup aku. Aku dilahirkan didalam sebuah keluarga yang sederhana. Kedua ibubapa ku ialah guru.

Alhamdulillah. .aku dianugerahkan oleh Allah akal yang cerdik. Dalam usia 18 tahun aku telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara iaitu di negara matahari terbit, Jepun. Aku mengambil jurusan Kejuruteraan. ..dalam masa beberapa tahun disana aku fasih bertutur dalam bahasa Jepun.

Selepas bertungkus- lumus hampir 5 tahun akhirnya aku berjaya mendapat segulung Ijazah. Aku tidak terus balik ke tanah air..sebaliknya aku mengambil keputusan untuk terus menetap disini dan bekerja untuk mengambil sedikit pengalaman. Dalam usia semuda 23 tahun aku bekerja sebagai Eksekutif di sebuah firma terkemuka Jepun.

Aku cepat menyerap segala ilmu yang dipelajari semasa bekerja disini. 3 tahun lebih bekerja akhirnya aku mendapat kepercayaan pihak pengurusan dan dinaikkan pangkat dari Eksekutif ke penolong pengurus dan seterusnya menjadi Pengurus termuda didalam Firma tersebut. Hampir 6 tahun bekerja disana akhirnya aku diarahkan oleh majikan aku
untuk pulang ke Malaysia .

Mereka telah melakukan pelaburan di Malaysia dan telah membuka sebuah Firma baru disini dan akulah orang yang paling layak untuk mengendalikan firma mereka disini. Alahamdulillah. ..aku dilantik sebagai Pengarah Urusan.

Aku bekerja siang dan malam...bertungkus lumus...dunia aku hanyalah di pejabat. Sekarang aku mempunyai 3 orang cahaya mata anugerah tak ternilai dari Allah SWT.

Tahun demi tahun aku semakin sibuk dengan urusan kerja. Firma yang aku kendalikan telah bertambah maju dan akhirya disenaraikan di papan kedua bursa saham Kuala Lumpur. Tidak sampai 7 tahun beroperasi sekali lagi kami telah disenaraikan ke papan utama BSKL. Hasil penat lelah selama ini ahkirnya berbaloi...aku dilantik sebagai CEO tempatan pertama di firma ini dengan bergaji sebanyak RM38 ribu bersih sebulan beserta 3 buah kereta mewah...Syukur Alhamdulillah.

Dalam usia 46 tahun sebagai CEO....aku mula terasa kehilangan sesuatu!!!!!

Kebahagian keluarga...Kesibukan aku menyebabkan aku serahkan segala tugas sebagai seorang ayah kepada isteriku. Hubungan aku bersama keluarga renggang. Anak-anak aku tak terurus...yang sulung dah tak macam orang...rambut warna merah...bertindik di hidung. Apabila tiba waktu makan malam sudah tidak bersama lagi.

Segalanya kucar kacir. Pelajaran mereka pun entah kemana...Aku terlalu sibuk di pejabat. Meeting sana sini. Lunch pun nak meeting...main golf pun bincang pasal kerja...dinner pun meeting lagi!!!!...sampai tiada masa untuk bersolat!!

Setiap pagi aku kena periksa segala laporan-laporan eksekutif aku...sebelah petang kena buat report pada Board of Directors. Sembahyang 5 waktu aku tunggang terbalik...kekadang buat...kekadang terlupa...astaqfirullah !!!! Setiap hari ada temujanji bersama client aku dari Jepun.

Aku mungkin kaya...tetapi jiwa aku kosong...kadang kala jiwa aku tertekan!!!

Bila aku pulang ke rumah lewat malam aku bersolat...aku menangis...aku memohon doa kepada Allah semoga diberikan ketenangan jiwa. Semoga keluarga ku bersatu kembali.

Selang seminggu aku bernekad...! !!! Aku telah meletakkan jawatan ku sebagai CEO.

Aku tinggalkan gaji aku sebanyak RM38K sebulan dan aku pulangkan kesemua kereta-kereta mewahku pada syarikat. Keluarga ku terkejut. Isteriku menangis...tetapi bukan menangis marahkan aku meninggalkan jawatan sebagai CEO...tetapi menangis kerana gembira...mereka gembira akhirnya aku kembali kepada mereka..!!!

Aku beritahu mereka aku ingin berniaga sendiri. Buka gerai jual Kuew Teow Goreng..!!!!

Aku diketawakan oleh mereka...tak apa aku akan buktikan yang bekas CEO akan lebih berjaya dengan berniaga kuew teow goreng !!!!

Dengan sedikit pengalaman sebagai tukang masak (tukang masak tak bertauliah) semasa belajar di Jepun dan sedikit duit simpanan aku memulakan perniagaan pertama aku di sekitar Ampang...bersebelah an dengan Citroen Showroom. Aku dibantu oleh anak sulung aku.

Hari pertama berniaga aku mendapat untung RM170.00 sehari. Berniaga dari jam 4 petang hingga 10 malam. Hari Kedua dapat RM 120.00 sehari. Hari ketiga dapat RM220.00 sehari....alhamduli llah. Dan hari-hari seterusnya lebih kurang RM380.00. sehari.

Anggaran kasar pendapatan aku sebulan lebih kurang RM9,880.00 untuk satu gerai. Perniagaan aku bertambah maju dalam 8 bulan aku membuka satu lagi gerai di Cheras...dari 2 gerai aku membuka 3..dan seterusnya sehingga sekarang aku memiliki 6 gerai makanan. Pendapatan bersih dari 6 gerai tadi aku memperolehi rezeki dari Allah dalam RM60, 000.00 SEBULAN.

Bayangkan pendapatan seorang CEO RM38K sebulan dan pendapatan dari berniaga Kuew Teow sebulan RM60K. Kini aku bersenang lenang bersama-sama keluarga ku. Setiap bulan kami bercuti bersama.

Kini aku telah dapat kembali keluarga ku yang 'hilang'. Anak-anak aku memang malas nak meneruskan pelajaran mereka. Jadi aku latih mereka berniaga. Merekalah sekarang yang menjalan perniagaan tersebut. Aku cuma memantau...atau lebih kurang jadi 'chairman'.. ..dan anak-anak aku sebagai Directornya.

Sekali-sekali aku melihat jam di tangan. Oh, baru pukul 12.30 mlm...lambat lagi nak balik.Cepat la sikit pukul 4.00 pgi. ..bolehla aku berangan lagi...Beginilah kehidupan aku seorang kerani biasa...

Jgn marah ek.......hehehe.. tp jdkan impian..x salah wooo berangan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2009 01:20 AM | Show all posts

Balas #1 CEO's2001-2009\ catat

  takper la... mana taw angan2 bole jd kenyataan....
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 01:27 AM | Show all posts
menarik ..............
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 01:34 AM | Show all posts
wah bestnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 01:49 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 02:07 AM | Show all posts
Kerani apa kerja malam2 camnie??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2009 07:52 AM | Show all posts
cam logik jer ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 08:57 AM | Show all posts
very interesting story..pandai jugak ye CEO mengarang cerpen.. ..kalo bole nak sambungannya lg..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2009 09:24 AM | Show all posts
aku mcm pernah baca dlm emel pasal ni...tp ceo nih dh tokok tambah sesedap rasa dh..
  
tak baik tawwww ciplak karya org len..plagiat namanyeeee
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 09:30 AM | Show all posts
CEO ni engineer kan..

owhhh i adore engineer....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 12:45 PM | Show all posts
hihihihi... ....
menarikkkkkk......
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2009 03:09 PM | Show all posts
angan2 tu penting..jadi bila betul kita ada peluang, kita tau dah nak buat apa..

he he he..nice story..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 12:37 AM | Show all posts
adoi....
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2009 03:23 PM | Show all posts
Originally posted by fariepari at 21-5-2009 09:24
aku mcm pernah baca dlm emel pasal ni...tp ceo nih dh tokok tambah sesedap rasa dh..
  
tak baik tawwww ciplak karya org len..plagiat namanyeeee


ni bukan plagiat lg dah tapi patut kena piat telinga ni..
penah gak dpt email story ni..

anyway, credit to the original author..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 03:09 AM | Show all posts


ade cawangan kat SACC kan...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 02:52 PM | Show all posts

Reply #1 CEO's2001-2009's post

besh ea berangan

berangan pong ble jadik CEO hehe ok ar tu
beria org baca tadik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-5-2009 12:04 AM | Show all posts

Reply #16 EmA^Allure's post

x sempat nk berangan...bz..bz..bz
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2009 03:51 AM | Show all posts
huhh..wa saspen jerrrr.....menanah mate aku ...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 04:43 PM | Show all posts
wah bestnya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2009 05:04 PM | Show all posts
kuew teow goreng satu!!!!....teh o ais limau tamau ais satu!!!....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.573131 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list