CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4199|Reply: 20

PANDUAN MENGEMBANGKAN SIFAT SABAR

[Copy link]
Post time 22-4-2009 02:44 PM | Show all posts |Read mode
Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang
lain.

Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti.

Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati
mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan.

Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya.

Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka
melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda.

Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan
anda mendapat hak yang sama itu.

Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda.

Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda.

Bersimpati terhadap orang lain akan membantu anda bersifat lebih sabar.

Jangan fikirkan bahawa sifat yang tidak menentu itu (moodiness) dalam diri seseorang adalah terlalu penting.

Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu.
Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.

Jangan fikir bahawa cita-clta dan apa yang anda kehendaki adalah terlalu penting.
Terimalah hakikat bahawa wujudnya kesulitan jika terlalu mengharapkan sesuatu perkara dalam hidup, terhadap diri anda dan orang lain.
Jika anda terlalu berharap, kedukaan dan kekecewaan akan menjadikan anda sedih dan berkelakuan hilang sabar.

[ Last edited by  ibnur at 23-4-2009 17:12 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2009 11:42 PM | Show all posts

Reply #1 mrohaida's post

aida...

tulisan tu agak menyakitkan mata untuk dibaca...

apa kata aida edit (tukar font) supaya senang dibaca...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 01:14 AM | Show all posts
ye betul tu aida...

kasi besar sikit font tu ye....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 01:15 AM | Show all posts
Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik inipun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu itu.
Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri anda itu.


setuju...

always look forward to learn about and be close to yourself......
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 01:15 PM | Show all posts
Originally posted by aku_komeng at 22-4-2009 23:42
aida...

tulisan tu agak menyakitkan mata untuk dibaca...

apa kata aida edit (tukar font) supaya senang dibaca...


copy paste masuk word, pah tu letak le nak font mana, kaler apa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 02:23 PM | Show all posts
Originally posted by alien7749 at 23-4-2009 13:15


copy paste masuk word, pah tu letak le nak font mana, kaler apa.

aku tau...

tapi kalau aku tak tegur, nanti berulang lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2009 05:12 PM | Show all posts
susah sangat bagi aku jer edit
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2012 09:31 PM | Show all posts
up thread.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2012 11:28 AM | Show all posts
Terima kasih TT.. dari aku yang mmg tengah tersepit dgn masalah ni... mohon izin print ya...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2012 04:05 PM | Show all posts
Reply 9# want2bhappy
amalkan Terapi Istighfar utk menyelesaikan masalah anda:

http://votreesprit.wordpress.com/2012/05/06/terapi-istighfar/
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2012 08:35 PM | Show all posts
sifat sabar, byk ganjarannya nanti di sana..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2013 11:44 AM | Show all posts
     
   
   
   
   up
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 02:52 AM | Show all posts
bagaimana nak tarbiyah diri supaya sabar ni. apa monolog atau bentuk komunikasi dalam diri kita untuk ingatkan dan tingkatkan awareness yang kita tengah hadapi situasi yg stressful dan need to calm down and sabar?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:04 AM | Show all posts
Wah...Alhamdu lillah...bagus ni.

Bila dah tersusun macam ni....maknanya kita tahu satu perkara...
...sesiapa pun akan hadapi keadaan teruji sabar ni...
...waktu kita kena praktik pesanan ni...
sedarlah, orang lain pun sama jugak keadaannya.

ps.. samalah dalam forum pun. Kalau berjumpa orang tak spendapat dng kita.

Bagus lah topik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 12:51 PM | Show all posts
mbhcsf posted on 9-12-2013 03:52 AM
bagaimana nak tarbiyah diri supaya sabar ni. apa monolog atau bentuk komunikasi dalam diri kita untu ...

kita tak akan tahu yang kita ni sabar atau tidak selagi kita tidak diuji...
selagi tidak ada orang-orang yang melontarkan kata-kata yang kita tak sanggup nak dengar...
dan sabar itu memang payah untuk diraih.
saya juga masih dalam proses untuk membina kesabaran yang tinggi.
bagi saya yang paling praktikal adalah tarik nafas dalam-dalam dan istighfar...
ia memang sangat sukar...sangat payah...
tapi percayalah kita tidak perlu membalas yang jahat dengan jahat sebab kita akan jadi sama seperti mereka.

fikirkan result jika kita juga menjadi seperti mereka dan membalas seperti mereka.
dan fikirkan juga level kita semua tidak sama, jadi maafkanlah.
it'll be worst right...
itu sahaja yang dapat saya kongsikan....
wallahua'lam....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 12:56 PM | Show all posts
vamplave posted on 9-12-2013 12:51 PM
kita tak akan tahu yang kita ni sabar atau tidak selagi kita tidak diuji...
selagi tidak ada oran ...

permulaan yang baik utk jadi sabar....


Alhamdulillah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 01:03 PM | Show all posts
ussopp posted on 9-12-2013 01:56 PM
permulaan yang baik utk jadi sabar....

mod boleh la tambah mana yang kurang...

lagi satu sy nak cadangkan dengarlah IKIM....
PILIHAN UTAMA!
read all the positive words!
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 01:15 PM | Show all posts
banyak manusia teruji kesabarannya apabila ianya berkaitan dengan kuasa, pangkat dan harta.

sebagai perbandingan kita boleh dapatinya dalam sirah Nabi dan para sahabat, kisah para nabi & rasul berhadapan dengan kaum masing2.

sebagai permulaan, apakata seseorang islam yang anda ketahui ianya adalah pengguna khamar berkala, meminjam duit anda, katalah RM100, katanya untuk membeli barangan makanan, adakah anda dapat bersabar untuk tidak prejudis dan bersabar untuk tidak berprasangka yang tidak baik lantas meminjamkan seperti yang diminta dengan hati lapang?

atau kerana terdapat prasangka dari anda disamping ingin melihat kebenaran, anda sendiri membelikan keperluan asas rumah dan menghantarnya sendiri ke rumah?

ini baru urusan sesama manusia, belum masuk urusan dengan makhluk lain... umpamanya... seperti dicatatkan dalam sirah, nabi saw tidak pernah mencela makanan. dalam bab makanan pun ada sabar untuk tidak mencela makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 05:04 PM | Show all posts
tepat sekali...sabar tu perlu practice. Itu lah tips nya.... ya lah dunia memang tempat bersabar. Senang pun sabar dan syukur, susah pun sabar lanjutkan ke redha. Kat barzakh dgn hari akhirat, sabar sabar dah tak kira dah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2013 09:58 AM | Show all posts
Alhamdullilah,

bersyukur kepada Allah dengan nasihat yg cukup bermakna pada diri saya yg bersifat lemah. semoga Allah bersama2 orang2 yg tetap teguh dengan apa yg dimaksudkan di dalam Alquran dan Sunnah.

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.068247 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list