View: 3768|Reply: 24
|
PENAMATAN KONTRAK KAKITANGAN AWAM
[Copy link]
|
|
Nasib 50,000 pekerja kontrak jadi persoalan
KUALA LUMPUR - Sebahagian daripada kira-kira 50,000 kakitangan awam yang sedang berkhidmat secara kontrak mungkin terpaksa ditamatkan perkhidmatan menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman.
Mereka adalah kakitangan yang kontraknya disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara, tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.
Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan untuk menamatkan perkhidmatan mereka, kerana kerajaan dilihat masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.
Cuepacs, katanya telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat sehingga lebih 20 tahun.
"Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap," kata Omar
Dipetik : Kosmo 24/10/2008
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM :
1-UNTUK MAKLUMAN SEMUA, TIDAK ADA PENAMATAN PERKHIDMATAN KONTRAK OLEH PIHAK KERAJAAN.
2-DATA YANG DIBERIKAN OLEH ENCIK OMAR OSMAN IAITU SERAMAI 50,OOO ORANG ADALAH SALAH.
3-JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) TIDAK MEMPUNYAI KUASA UNTUK MENAMATKAN PERKHIDMATAN KONTRAK, PENAMATAN KONTRAK DILAKUKAN OLEH KETUA JABATAN TEMPAT INDIVIDU TERSEBUT BERTUGAS.
UNTUK MAKLUMAN LANJUT SILA HUBUNGI :
Jabatan Perkhidmatan Awam, Blok C1 & C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya
No Tel : 03-8885 3000/4000
Yang Benar,
Wakil JPA
|
|
|
|
|
|
|
|
buat aku nak terkencing je semalam |
|
|
|
|
|
|
|
dengan penjelasan ni,xde la org ramai takut nak bekerja ngan gomen.
iya la ingat kan kalau kerja ngan gomen more secure. |
|
|
|
|
|
|
|
hhh
Tu la..aku pun dah 5 tahun kontrak tapi takde apa apa berita lagi.... dengar cerita kontrak aku dah nak ditamatkan..rungsing gak tak tau nak wat ape dalam sebulan 2 ni..tapi nasib abik la tak kawin lagi..kalau tak parah...kenapa susah sangat nak dapat keja tetap ni... sepatutnya kami yang kerja kontrak ni la yg dipermudahkan.... tapi aku cuba gak tanya pegawai sumber manusia berkenaan perkara ini diorang cakap mereka perlu pekerja yang mempunyai tahap pendiidikan tertinggi makna kalau ada degree kelayakan utk kerja kerajaan hendaklah 3.00 pointer keatas. tapi aku heran gak kenapa dulu diaorang ambik kami ni kalau tak layak.... aku walaupun ada degree aku kerja sebagai pegawai berekelulusan STPM je.. aku tak kisah janji dapat diserapkan ke jawatan tetap.... . macamna nak buat ni ye... apa pandangan korang... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 tempur\ catat
pergi buat kerja... jangan asyik nak berforum... macam mana nak dapat post tetap...... |
|
|
|
|
|
|
|
Kakitangan kontrak diminta semak terma lantikan kerja
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak diminta menyemak semula terma dan syarat pelantikan sebelum menyalahkan mana-mana pihak sekiranya perkhidmatan mereka ditamatkan.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam berkata, golongan kakitangan awam berkenaan perlu mempunyai persediaan sejak dari awal bahawa perkhidmatan mereka mungkin tidak diperlukan lagi bila-bila masa.
''Mereka tidak boleh andaikan bahawa kontrak kerja yang diperoleh itu membolehkan mereka berkhidmat dengan kerajaan untuk selama-lamanya sebaliknya perlu memahami ia hanya sah untuk tempoh tertentu sahaja," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman hari ini dilaporkan Bernama sebagai berkata, kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan.
Menurut Omar, golongan tersebut ialah kakitangan yang kontrak disambung dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap tetapi melakukan tugas yang sama.
Omar menambah, CUEPACS tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan itu.
Ismail berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan bahawa kekangan kewangan menjadi salah satu punca kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak tidak disambung kontrak mereka.
''Bagaimanapun, kita harus faham bahawa golongan kakitangan awam berkenaan bekerja dengan pelbagai kementerian, jabatan, agensi, universiti dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
''Organisasi-organisasi yang berbeza mempunyai sebab tersendiri kenapa kontrak seseorang pekerja tidak disambung malah kakitangan awam tetap juga boleh diberhentikan kerja atas sebab-sebab tertentu,'' jelasnya.
Menurut beliau, pihaknya akan membantu kakitangan awam yang terbabit untuk mendapatkan kerja baru melalui bantuan daripada Kementerian Sumber Manusia.
''Selain itu, kami akan bertanggungjawab dan membayar pampasan kepada kakitangan awam terlibat jika perkhidmatan mereka ditamatkan sebelum tempoh kontrak tamat,'' ujarnya.
Dipetik : Utusan 24/10/2008 |
|
|
|
|
|
|
|
ngeri jugak keje kontrak gomen ni..igtkan keje kontrak swasta je.hehee...baik kje swasta je..gaji lg beso.experience lg bergunaa :@ |
|
|
|
|
|
|
|
ko org tak faham ker betullah JPA tak ada kaitan JPA ada kaitan ngan kakitangan tetap jer, problem sekarang tak ada duit jabatan lah yg tamat kan contract dia org dah tak da peruntukan, bukannya pekerja kontrak nih di lantik oleh JPA memang la JPA tiada kaitan |
|
|
|
|
|
|
|
perlu risau ke? rasanya kerajaan bn mesti akan cuba pertahankan sumber undi mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 Gemukkkkkkk\ catat
pilihanraya lambat lagi la... |
|
|
|
|
|
|
|
emm, tahun depan kan ada satu 'pilihanraya'. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat mencari keje baru kepada semua kakitangan kontrak.hehehe...sediakan payung sblom ujan...kalo dah dia warn mcm tu...kerajaan mmg dah takde duit ni...mcm tempat aku..dia nk spend for overhaul putrajaya network..nk beli device yang cikai2 je..tak nk beli ygn mahal2..yg stabil..entahlahh... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #7 miss^kimchi\ catat
ha'ah...betoi tu...
pasni leh teruskan apply koje gomen lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 tempur\ catat
tempur....awak keje post ape?
takpe bykkan bersabar...
kekadang tu tak paham gak ngan polisi kerajaan nie...nak yg pointer 3 ke atas je...mcmla yg pointer tinggi tu pandai bebenor wat keje...:@ |
|
|
|
|
|
|
|
SPA gampang tu mmg nak 3.0 jee
kerana senang keje depa malas nk sorting teruk2
lagipun ramai gila pemohon so mmg berdsr nasib laa
korang dpt panggilan ke x
regards |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|